penawar rindu wa… – bahagian 2.

Kami check- out dari resort tu pukul 12 tengahari lebih kurang dan terus menuju arah bandar Penawar. Strategi  nye kami akan makan dahulu dan solat zohor di kompleks sukan di mana majoriti ahli rombongan menginap dan kemudian selepas solat terus saja ke rumah pihak perempuan.

Di bandar Penawar  kami mengalami sedikit kejutan budaya. Terkejut kami tidak nampak akan kelibat orang ramai berkeliaran bahkan kelibat para remaja nye sekalipun.

Semalam pada hari sabtu sedemikian juga. Bandar ini amat sunyi …kemanakah atau apakah penduduk bandar ini hanye tinggal didalam rumah dan tidak ada keperluan untuk keluar?

Selepas makan kami juga beli  pisang dan tempe goreng kata nye saja buat…        ” kunyah kunyah ” dalam kereta…lagi pun makan tempe kulit muka boleh jadi licin.

Di pendekan cerita kami pun tiba lah di rumah pihak perempuan yang terletak gi kawasan Felda Papan Timur.

Wa  turut menjadi ‘ penyeri majlis’ dan duduk di sebelah ‘ Bang Aji ‘ adik wa ni. Ada kala wa turut mengangguk2, kalau ada lawak, wa pun turut ” hehe..haha ”. Jadi tak boleh la wa pulak snap gambar beriye riye. Kualiti gambar pun pudar sebab tak fokus..alahaiii.

Majlis perundingan berjalan lancar dan  tidak berlaku tawar menawar. Rasa nye banyak kerja homework telah di lakukan lebih awal oleh kedua dua belah pihak. Bermula dengan intro ucapan2 selamat datang dan sehingga  lah ada elemen taskirah dan kemeriahan terserlah dengan ada nye jualan dan belian dua tiga rangkap pantun. Complete lah kemelayuan nye…hehe.

Bagaimana pun pada pemerhatian wa suasana dan nilai2 pinangan telah jauh berubah dek keadaan dan peredaran masa. Kini di majlis pertunangan si teruna tidak lagi perlu menyembunyikan diri. Wa lihat mereka juga menyediakan pelamin untuk acara menyarung cincin pertunangan.

Maka bila ada nye pelamin lalu sesi bergambar menjadi meriah dan ibu bapa pasangan yang belum ada ikatan ‘ mati ‘ ini juga di sua sua untuk bergambar. Bermacam2 aksi di pengaruhi oleh jurukamera hingga kita yang dah tua ni kadang2 menunjuk jugak isyarat tangan ‘ v ‘….peace…tanda sporting ..ahahahhahaa..wa no hal punye.

Selepas semua acara dalam rumah tamat kami di hidangkan dengan nasi briyani dan berbagai2 lagi di bawah khemah.

Masa tu pun dah  dekat2 pukul 4 petang. Bayangkan saja jika masa datang tadi wa belum makan tengahari.

Lalu majlis perpisahan di lakukan dengan bersalam salaman dan sesi bergambar group photo sebagai merakamkan kenangan abadi.

Takde la muka wa dalam gambar ni pasal wa dah kedepan merakamkan nye. Bagaimanapun mem wa berbaju hijau tu dan si teruna berbaju melayu berkaca mata hitam nombor tiga dari kanan tu ceria sekali dan tidak segan2 untuk beraksi.

Kemudian kami berangkat pulang dan bagi kumpulan alphard wa ada satu lagi destinasi compulsory harus wa singgah. Ketika datang semalam ketiga tiga mem dalam alphard yang wa pandu ni sudah terperasan akan pusat membeli belah  ” Johor Premium Outlets ”.

Kalau boleh mereka ingin singgah ketika itu juga. Wa terpaksa berjanji weii…tekanan hebat kat bahu wa, pasal ini alphard wa yang pandu.  So…lu bayangkan lah kalau wa tak singgah, mahu terbalik alphard ni sebelum sempat wa ambil tiket tol lagi.

On the way songkok atas kepala wa dah bertukar pada topi character ” ol’ rascal ” .  Maka laksana  pemandu professional wa memandu terus hingga ke parking JPO.  Wajah ketiga tiga mem jadi berseri …senyum. Mesti mereka anggap wa seorang budak yang baik, mendengar cakap…ekekeke.

Di situ, selain kesakitan kaki yang telah dipendamkan,  wa juga berkesempatan bertemu ” sally ”  bekas jurutera kilang wa yang kini telah tinggal dan bekerja di kawasan sekitar Kulai.

Di food court kompleks tu kami berbual bual sambil pekena kopi o panas..sementara  dua  mem lagi  tu telah ‘ ghaib ‘ entah kemana.

Sally menunggu sehingga kami berlepas pulang. Maka dengan itu tamat lah obligation wa. Wa akan memandu toyota alphard pulang ke Kuala Lumpur.

Dan setiba nye di Kuala Lumpur wa akan sekali lagi memandu pulang ke rumah wa sendiri di Port Klang.  Wa akan memandu semula van tua tu hingga pulang ke sarang .

Ketika wa memandu van tua  tu pulang pada pukul 2 pagi itu terasa benar kepayahan nye dan teramat lah jelas akan serba serbi kekurangan.

Tetiba perasan nak jadi kaya timbul semula untuk membolehkan wa memiliki kenderaan se power alphard!

Alahaiiiii…..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “penawar rindu wa… – bahagian 2.

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: