kaki pancing dot net…

Pertengahan minggu lepas wa  berbual bual dengan  designer jabatan wa.

Seronok berbual lalu tajuk perbualan menyinggah  ke ketika dimana satu masa dulu kami sama sama telah bertugas part time sebagai bodyguard pada pasangan vvip yang membuat lawatan ke China.

Lalu wa jumpa semula gambar nye ketika  itu.

Di atas ini adalah satu permandangan di Nanjing Road , Shanghai.

Nanjing road ada lah antara laluan membeli belah terpanjang di dunia. Jarak sejauh 6km laluan ini melayan  lebih kurang sejuta pengunjung sehari.

Di bandaraya dimana penduduk nye mencecah 17 juta dan dalam kepadatan saperti Nanjing Road ini almaklum saja la… Bermacam macam jenis ulat mencari kesempatan mendekati kita secara tiba tiba lalu menawarkan berbagai bagai jenis perkhidmatan.

Dalam gambar diatas itu pasangan vvip berada di tengah tengah di kawal oleh sahabat designer wa itu di sebelah kiri dan wa pulak di sebelah kanan.  Beberape kali juga kami menepis ulat ulat ni dari mendekati tanpa disedari pun oleh si pasangan vvip.

T shirt hijau yang wa pakai tu ada lah baju memancing wa…ekekeke.

Di luar alam pekerjaan sahabat wa ni adalah seorang hardcore angler. Dulu pernah wa ikut dia meneroka lombong lombong di Pucong mengail talapia selain meneroka Pulau Ketam. Kini banyak lah perubahan yang wa perasan  telah  di lalui oleh sahabat wa ini dari segi aktiviti riadahnye.

Aktiviti memancing nye kini lebih teratur. Menggunakan nama online dinrias, beliau adalah antara  moderator utama  kakipancing.net  portal komuniti untuk para pemancing di seluruh negara yang berkongsi hobi yang sama.

Komuniti ini dianggotai hampir 5700 ahli dan berbagai aktiviti di adakan selain online forum yang menjadi medan bertukar tukar maklumat dan pengalaman memancing ahli ahli dari setiap pelusuk tanah air.

Selain dari aktiviti berkaitan dengan pancing mereka juga menjalankan aktiviti murni saperti pembersihan sungai dan tempat tempat riadah dari tercemar dari sampah sarap. Mereka lakukan ini dengan senyuman dan santai bersama sama ahli keluarga. Demi alam sekitar wa salute pada komuniti kpn.

Dan hari ini wa terserempak dengan dinrias di kolam pancing yang terletak lebih kurang 2 km dari kawasan perumahan wa.

Dia wa lihat dia sedang menyelaraskan satu pengambaran program para remaja yang melibatkan diri dalam hobi memancing. Kata nya program kerjasama dengan RTM ini masih diperingkat awal mengumpul data dan masih belum mempunyai nama spesifik lagi.

Kalau begitu baik lah wa suggest kan nama program nye mana lah tau mereka akan setuju. Wa cadangkan nama program tu sebagai...

” jalan jalan cari umpan”

..huuuaahahahhaha. Ok ape …sebelum lu orang pergi mancing lu orang memang  kena cari umpan dulu.  Kalau kena umpan yang betul betul ngam  bukan ikan saja yang lu boleh dapat …orang pun boleh sangkut ..ngeeeeeee.

action!

Ketika mereka mengambil shot dari sudut ini wa pulak ambil shot wa dari sudut sama tapi  bertentangan arah dengan camera handphone wa..hehe.

Silap silap muka wa muncul di kaca tv dan pasti lah jurukamera itu pulak sudah pun muncul dalam blog wa ni..ekekeke.

dia beri penerangan

Satu ketika semasa adegan adegan melontar kail berlaku lah sedikit masaalah teknikal pada joran.

Weiii..terkedu wa bila bila melihat masaalah itu di perbetulkan oleh seorang technical expert..dan si expert tu adalah seorang remaja ..pompuan!

dia..betulkan joran

dia jugak..pasangkan umpan.

Semasa wa tengah snap sana, snap sini, adik kat bawah ni sambil menuding jari pada wa bertanya pada ibu nye.

” Ibu, ibu kenal tak pakcik tu?…”

Huuuaaaahahahaha..lu tengok wa belum apa apa lagi dah glamour..bayangkan saja nanti bila mereka dah tersilap edit filem dan muka wa termuncul di TV.  Mahu wa bertanding dalam PRU13 nii.

So sementara mereka masih sibuk dengan pengambaran wa tanya lah dinrias apa jenis ikan yang telah berjaya di kail nye. Dia tunjukan…

Bagaimanapun balik kepada tajuk pasal sahabat wa ni tadi, dinrias yang wa kenali banyak membesar dalam suasana kampung di Bentong, Pahang.

Sejak dari zaman persekolahan rendah nye lagi dia sudah menjelajah segala sungai dan ceruk di kampung nye. Dan setelah dewasa dia menjelajah pula kampung orang lain di serata pelusuk tanah air tercinta kita ni.

Pada zaman  kanak kanak nye, wa tahu dia menyimpan  satu memori menarik mengenai seorang sahabat yang di panggil Jantan Hitam, seseorang yang  lebih besar, lebih nakal dan lebih berusia darinya ketika itu. Lama gak wa nantikan jika cerita Jantan Hitam akan muncul dalam blog nye. Hingga kini wa masih menunggu.

Wa tamatkan jengukan pagi minggu wa di kolam memancing itu dengan singgah sebentar di pasar mini kerana hari ini mem wa bercadang nak masak rendang daging stail orang minang.

Selamat Maju Jaya buat dinrias sahabat wa dan juga ahli ahli forum kakipancing.net dengan ucapan …

All the romance of  fishing exists in the mind of the angler and is in no way shared by the fish.  

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “kaki pancing dot net…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: