i came back..

Wa kembali ke taman negara….

Image

Ohh ye…wa paparkan gambar yang pertama ini sebab wa rasakan ia shot terbaik dari handphone wa..ngeeeeee.

Selain jadi part time blogger wa juga sedang berjinak2 dengan photography. Sementara itu sehingga lah wa berkemampuan membeli DSLR wa akan menggunakan kamera dari handphone.

Image

Wa kembali dengan peranan yang berbeza.  Kali ini wa adalah  renjer taman untuk para rascals yang lebih ramai.

Teruja dari gambar2 trip  pertama wa dulu maka kali ini wa dah tak boleh nak mengelak   kerana sebahagian kos telah di taja.

Namun taman negara juga gagal menjemukan wa sekurang2 nye sehingga kini.

Image

.

28 April 2012. Di Kuala lumpur ketika mereka sedang merempuh barricade di Dataran Merdeka maka di Kuala Tahan wa sudah pun menyeberang  sungai untuk mendaftar permit masuk hutan untuk para rascals di pejabat renjer Perhilitan.

Esok nye wa kira para rascals wa boleh terus buat aktiviti di hutan tanpa ‘ terganggu ‘ menunggu wa mendaftar. Wa sudah lebih berpengalaman kini..hehe

Pada hari minggu itu ketika penduduk  Lembah Klang sedang berebut rebut membeli akbar untuk bersantai menatapi berita sekitar peristiwa semalam nye wa pula di Kuala Tahan sedang merakamkan  warm up oleh junior rascals sebelum memulakan  trekking di hutan antara yang tertua di dunia.

Pergerakan warm up di ketuai oleh anak bongsu wa dan yang  terkecil di  antara mereka sungguhpun begitu dia adalah antara yang sudah berpengalaman di samping sepupu sepapat yang lebih besar dari nye dalam konteks jungle trekking di taman negara.

Sebaik tiba di HQ Perhilitan Taman Negara wa lepaskan dulu para junior rascals dan di ketuai oleh anak pompuan wa.

Wa pula akan mengiringi…hehe ..si bapak2 dan si mak2 yang badan2 mereka kusss semangat..

Lalu obstacles wa bukan nye menghadapi laluan jungle trek berliku tetapi demi memastikan yang  ‘penaja‘ wa ni si bapak2 dan si mak2 yang  amat wa ragukan fitness mereka ini mendapat pulangan nye yang setimpal.

Mereka wa rasa agak teruja untuk meneroka hutan melalui laluan trekking kearah canopy walk sejauh 1.5km dari HQ Perhilitan. Dan rasa nye mereka juga bercita cita ingin membuktikan pada anak masing2 bahawa mereka juga boleh melakukan nye. Mereka ingin membuktikan..

” kalau hendak seribu daya….kalau tidak mahu seribu dalih..”

Wa bukan ape, kerisauan wa lebih kepada terbayangkan  jika lutut mereka tetiba jammed di tengah2 hutan belantara.  Nak wa dokong bawa pulang kang rasa nye tidak mungkin..hehe.

Lalu wa berpesan  supaya mereka biarkan saja jika ternampak akan ada nye siput siput hutan yang sedang mendahului mereka nanti. Jangan sampai berasa rendah diri pulak  …huuuaaaahahahhaha….

Selain itu wa juga  memastikan kelajuan mereka tidak hingga terpaksa bernafas dengan laju. Jika ini berlaku maka perasaan negatif akan mula berkocak dalam kepala dan  mereka tidak cool lagi dan ini boleh melunturkan semangat.

Wa saperti menatang barangan yang  fragile lah senang cakap ..hehe.  Maka bermula lah jungle trekking mereka dengan wa sekali  melenggang kangkung. Wa sentiasa di belakang memantau.

Seketika kemudian di persimpangan mereka bertemu tanda arah jalan menunjukan jarak nye berbaki hanye lah 100m sahaja lagi.

Ekspresi muka mereka yang sudah agak ketat  mula menunjukan sedikit kelonggaran.

Perjalanan seterusnye di rasai mudah dan mereka mula satu persatu mendahului dan meninggalkan siput siput hutan jauh di belakang…ekekkeke.

Akhir nye mereka tiba di destinasi dan dari bawah canopy walk itu  kelihatan jambatan gantung melintang diatas diantara pokok ke pokok.  Anti klimaks nye, masih ada tangga yang perlu didaki untuk ke pelantar utama jambatan gantung sebelum kita boleh melalui nye.

Namun jelas lah keadaan  fizikal  tidak lagi dapat mengatasi keinginan di hati. Mereka hanye berjaya memerhatikan saja jambatan gantung terpanjang di dunia itu hanye dari bawah.

Maka tamat lah acara pada pagi itu dengan si bapak2 dan si mak2 tersenyum kepuasan  memuji kemampuan diri sendiri menamatkan obstacles yang anak2 mereka hanye mempercayai setelah di tunjukan gambar sebagi bukti.

Wa pula lagi laa..lega.

Petang itu kami menyusur sungai…Sungai Tembeling.

Kami gunakan khidmat dua buah bot untuk memenuhi keperluan jumlah ahli2 rascals.

Menyusur sungai menaiki bot panjang buat pertama kali bersama sama ahli keluarga tersayang sungguh menyeronokan.

Wa  perasan akan kegembiraan ini terpancar dari wajah dan reaksi mereka.

Begitu juga lah harapan wa agar mereka bergembira  sapertimana bergembira nye wa memberi perkhidmatan sebagai renjer taman …ecewahhhhh.

Dari jauh kehijaun alam semula jadi hutan menyelaputi gunung ganang amat menyejukan mata yang memandang.

Bagi para rascals anak2 buah wa ni yang membesar dalam suasana shopping complex dan facebook acara sebegini lah yang ibubapa mereka  ingin alihkan perhatian mereka.

Bot yang kami naiki mula nye menyusuri sungai dengan perlahan bersantai …mode cruising ..

Jurubot kemudian menambahkan kelajuan…

Kami melalui selekoh…

Dan kemudian kami juga melalui kawasan2 jeram…

Di kawasan air  tenang wa perhatikan bot yang di naiki anak2 cuba memotong bot yang kami naiki.

Kemudian apabila bot2 kami hampir bersaing wa perhatikan tekong di hadapan menurun pendayung dan meletakan nye melawan arus…

Air mula terpercik…

..mula2 sedikit saja lepas tu makin bertambah…

..kemudian percikan air semakin besar ..

kemudian ia mencurah curah seolah2 kita berada di belakang curahan  air terjun ..

..dan kemudian ia melimpah.. Dan proses ini berbalas balas antara dua bot yang kami naiki dan penyudah kami semua basah kuyup.

Kami meneruskan semula perjalanan …

..kemudian melintasi perkampungan orang asal. Kami akan melawat mereka.

.

.

Group photo.  Ini acara favourite wa sejak dari dulu. Bagaimanapun muka wa tidak lah kelihatan kerana wa yang merakam nye.

Dan…kami menggagahi sedikit laluan berbukit untuk tiba ke perkampungan mereka.

So..wa rakamkan gambar2 nye  sebagai rekod. Lagi pun laman blog wa ni wa anggap juga tempat wa menyimpan gambar2 kenangan akan peristiwa2 yang wa lalui bersama2 mereka yang di sekeliling wa.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Di pekan kecil kuala tahan pagi senin tu kami pi pekena teh tarik …hehe.

Kami jugak bergaul ngan omputih  ..mat french lagi tuu…di belakang sana sekumpulan mereka asyik memerhatikan arah sekolah dan murid2 nye. rasa nye mereka sedang membandingkan keadaan nye di Perancis..hehe.

Tapi ape yang mereke cakapkan wa tak paham lah…ekeke.

.

Kami berangkat pulang pada tengahari isnin itu…

Petang itu kuda tua setia wa sudah pun tertambat di hadapan rumah.

Sian dia…penat agak nye..alahiii…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “i came back..

  • ujang kutik

    Saya leka menatap ‘entry’ ini.

    Kebetulan ketika sarapan pagi bersama keluarga awal pagi tadi saya luahkan fantasi saya kepada anak-anak:

    Kalau boleh ayah ingin bermenantukan orang yang berasal dari kampung pedalaman – ada sawah, tasik, air terjun, sungai, ada sampan, dusun,gunung-ganang, bukit bukau, lembah atau anak-anak nelayan yang bermain dengan laut…..

    Mereka tidak memberi respond samada bersetuju atau sebaliknya.

    Like

  • Cik Ayu Coklat

    Dear Tuan,

    Semua tinggal kenangan… kalau kini diulang semula mungkin cik ayu akan diejek oleh siput2 hutan ituu .. hahhahahha Jelous saya dengan kemampuan tuan

    Like

  • ujang kutik

    Tuan theolrascal,

    Maaf. Jangan saman saya kerana menggunakan gambar anak kecil Orang Asal dlm catatan pendek saya.T.Kasih.

    Like

    • theolrascal

      Ujang Kutik,

      Jaminan saya tidak akan sampai saman tu kerana gambar ini memang saya yang tangkap…haha..

      Tapi tak tau lah pulak bila sikecil orang asal kuala tahan ni sudah dewasa nanti…sama2 lah kita melayan saman dari dia pulak…hahaha

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: