wa tercekik tulang….

Hujan turun semalaman. Pada siang nye  hujan juga turun sepanjang hari selasa tu.

Tiap kali wa pulang ada jalan pintas yang wa lalui. Laluan pintas ini menjimatkan wa sebanyak dua lampu isyrat. Namun petang itu laluan pintas wa di tenggelami air. Kenderaan kecil tidak mahu ambil risiko lalu memilih laluan selamat.

Wa teruskan perjalanan mengharungi takungan air. Siap wa belek2 lagi kocakan air yang terjadi dari terjahan kuda tua wa..hehe.

Kemudian malam tu wa iringi mem ke pasar malam Andalas. Wa perasan ada ikan parang di jual.

Pada mula nye wa ingat nak ‘ racun ‘  gak mem wa membeli nye..

Pada zaman kanak2 wa dulu ‘ pantang ‘ sekali kalau mak wa masak ikan ni. Ikan ni  akan melambatkan suapan. Kita perlu betul berhati2 menyisihkan tulang dari isi. Apabila momentum suapan sudah terganggu mood nak makan jadi kendur.

..apalah mak, masak ikan ni…banyak tulang lah.

Pada masa itu rasa nye  seolah olah kita sedang mermehatikan pasukan lawan sedang melambat2 kan permainan dalam perlawanan bola sepak yang  pasukan kita sedang ketinggalan. Kita jadi tidak sabar.

Dah tua bangka ni ..ikan ni jadi sedap pulak.  Bila dah tua  pergerakan kita tak setangkas dulu. Lalu dengan slow motion kita menyuap. Molek je.  Tahap kesabaran pun  cukup tinggi. Siap kita bagi nasihat lagi…

..baik2 ye …kang tercekik tulang pulak…

Kalau mem wa beli ikan ni kang…alamat nye wa makan berdua je lah. Selain itu mem wa terpaksa lah masak satu lagi jenis lauk khas untuk anak. Pasti mereka berungut sapertimana wa juga dulu…ekekeke. Nanti dah  takde idea, mem wa pasti masak lauk ayam.

Kalau dia  masak ayam wa  jadi fobia….pulak.

Dan Selasa lepas pada hari pekerja 1 hb mei wa memenuhi impaian anak buah wa, ikhmal.  Pada harijadi nye dia ingin sangat menyaksikan perlawanan bolasepak secara live di stadium.

Kebetulan ada friendly game anatara Selangor dan Sri Lanka. Wa lihat ini lah peluang wa memenuhi impian nye kerana hari itu pun adalah  cuti umum.

Dia sungguh teruja…wa pun. Lalu wa bawak dia melalui semua proses yang di lalui oleh para penyokong tegar pasukan bolasepak Selangor.

Wa parking kuda tua sedekat yang boleh dengan stadium. Kemudian wa ajak dia beratur beli tiket dan wa beri dia pegang tiket tu dengan amaran…

…kalau kamu hilangkan tiket ni nanti kita tak dapat masuk stadium haaa…

.

.

.

.

Kebetulan Selangor menang dengan cemerlang. Maka hadiah hari jadi nye bertambah bermakna kerana dia biasa nye akan sedikit mengamuk jika pasukan yang di sokong nye mengalami kekalahan. Kecik2 dah jadi fanatik…

Kemudian selasa semalam wa saksikan perlawanan Selangor menentang Negeri Sembilan secara live dari astro sebaik pulang dari pasar malam.

Wa tengok Selangor di belasah ….seketika wa teringatkan Ujang Kutik penyokong tegar pasukan NS ..

Lalu wa  tetiba je rasa  macam wa sedang tercekik tulang ikan parang!!

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

7 responses to “wa tercekik tulang….

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: