to sir with love….

Kelmarin hari guru.

Semalam  di beritakan bahawa seramai 24,053 orang guru naik pangkat. Naik pangkat bermakna naik gaji. Naik gaji bermakna taraf kehidupan juga meningkat.

Tahniah ye cikgu wa tumpang gembira. Semoga anak2 kita menjadi manusia yang sempurna atas pendidikan yang cikgu berikan pada mereka di sekolah. Wa tetap terhutang budi pada para guru yang pernah mendidik wa di sekolah dan kini mendidik anak2 wa pulak.

Anak wa tidak hendak ke sekolah pada hari guru kelmarin. Dia hendak berikan hadiah yang  perfect pada guru nye. Malang nye masa wa pulang ke rumah malam itu kedai menjual kertas pembalut hadiah telah tutup. Dia mungkin tidak mahu kelihatan pada gurunye nye hadiah yang  di beri tidak sesempurna saperti sepatut nye.

Walaupun wa katakan yang guru nye pasti mementingkan tanda  ingatan itu lebih dari nilai hadiah yang  di beri namun wa  kira dia masih kecil untuk menilai kata bermadah pujangga wa…ngeeeeee…

Lalu dalam meraikan hari guru ini terkenang juga wa akan salah seorang guru semasa wa di sekolah rendah dulu……

Semasa dalam darjah tiga  wa mendapat seorang guru kelas paling ‘ brutal ‘ sepanjang alam persekolahan wa.

Nama cikgu wa ia lah Mr. Tony Ahmad. Kegemaran nya ia lah menguji anak murid dengan soalan ejaan.
Pada waktu rehat dia tidak memberi roti yang sepatut nya di terima oleh murid murid miskin.

Sebaliknya dia menyimpan nye sehingga sesi terakhir kelas untuk dijadikan hadiah soalan ejaan nya tanpa mengira sama ada murid itu miskin atau pun tidak.

Kalau tidak ada siapa yang berjaya , roti itu…..

”…akan saya bawa balik dan beri pada anjing saya.”

Wa tidak pasti samada benar dia mempunyai anjing atau tidak.  Tapi menilai dari segi nama dan perwatakannya masa tu kemungkinan besar dia bercakap benar.

Memang pernah dia membawa pulang lebihan roti yang tidak berjaya ” dimenangi ”.   Wa beberapa kali juga berjaya membawa pulang ” hadiah” kemenangan.  Sampai la ni wa terrer spelling..ekeke

Pada satu hari tu dia sendiri memilih ” peserta ” tanpa mengikut siapa yang mengangkat tangan.

Dah nak jadi cerita, seorang murid india bernama Marimuthu telah terpilih.

Semasa menjawab , huruf  ”A” disebut  ” yea’‘.   Huruf ” ” pula disebut  ”yem” walaupun telah di ajar berkali kali dengan menunjuk lidah di letak dibelakang gigi.

Cikgu Mr Tony Ahmad naik angin, si Marimuthu  mula ketakutan.  Semua tahu akan reputasi Mr Tony Ahmad .   Masa sesi senamam pun di suruh nya berwrestling.

Cikgu Mr. Tony Ahmad lalu mengarahkan supaya empat buah meja diatur supaya menjadi saperti sebuah pangkin.  Kemudian dia menyuruh seorang murid lain ke kantin untuk mengambil sebiji gelas, sudu (besi) dan kertas tisu.  Marimuthu  masih berdiri, muka nya dari hitam sudah bertukar jadi biru pekat.

Cikgu Mr. Tony pun berdiri di hadapan pangkin.  Dia memasukan tisu kedalam gelas membentuk seolah untuk menakung.  Kemudian dia mencapai sudu lalu berkata kepada si murid marimuthu…..

” ..kamu kemari dan baring disini saya nak cungkil biji mata kamu dan masukan dalam gelas ini! ”

Apalagi meraung la si marimuthu….

” ammaaaaaaaa ” …..” appaaaaaaaaaa ”…

semau mau nya.

Cikgu Mr. Tony tidak sedikit pun menunjuk tanda belas atau akan mengalah.  Kemudian loceng pun berbunyi. Untung nye Cikgu Mr. Tony Ahmad tidak suka pulang lewat sebab dia adalah anggota sebuah kugiran.

Tapi  sempat jugak dia berkata..

” …kita sambung esok. ”

Lalu dia mengambil buku dari mejanya dan berjalan keluar.
Keesokan hari nya Marimuthu tidak kelihatan..

Marimuthu tidak muncul di sekolah sehingga lah ke penghujung tahun itu. Sejak peristiwa itu wa tidak lagi tahu apa yang telah terjadi pada nya.

Cikgu Mr. Tony Ahmad tetap saperti biasa.

Dia pernah tidak hadhir ke sekolah selama sebulan dan itu lah masa masa yang paling bahagia sewaktu kami di darjah tiga dulu.

Lama setelah meninggalkan sekolah rendah  baru wa mampu berfikir bahawa tidak mungkin Cikgu Mr. Tony Ahmad akan meneruskan hasrat nya.

Itu lah kenangan wa….bagaimana brutal  pun cikgu darjah tiga wa dulu, wa tetap nak ucapkan terima kasih….and.. with lots of love, sir..  ..ekekeke.

klik…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “to sir with love….

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: