ikatkan pada pokok ketapang ye..

Seminggu dua ni wa banyak melayan perasaan sendiri. Beberapa peristiwa yang wa lalui dalam kehidupan peribadi memaksa wa mencari cari jawapan kepada banyak persoalan.

Persoalan persoalan yang pasti akan muncul kemudian hari dan memerlukan wa menjawab nya bersendirian.

Ada ketika wa  rasakan seolah olah wa  sedang berada didalam sebuah penjara. Sebuah penjara yang tidak mempunyai dinding konkrit atau jeriji besi yang akan menghalang kebebasan wa untuk bergerak. Sebuah penjara di dalam dunia pemikiran wa sendiri.

Dan adakala fikiran wa  juga melayang lalu tersinggah juga wa ke dalam dunia fantasi. Dunia fantasi yang tiada  sempadan dan batasan logik.

Lately, sambil merayau rayau di ruangsiber tanpa tujuan tertentu wa layan jugak lah sikit sikit lagu lagu oldies.  Salah satu lagu oldies tu … tie a yellow ribbon round the old oak tree… Sebuah lagu yang biasa wa dengar ketika umur remaja wa dulu  15 tahun. Mengikut lirik nye, ada kisah yang tersurat dalam lagu ini.

Alkisah, ada lah seorang  mat salleh ni yang masa nye di penjara untuk selama tiga tahun sudah tiba. Ape kesalahan nye hingga dia di penjara  wa tak pasti lah pulak sebab tidak di beritahu dalam lirik lagu ni. ..hehe.

Maka sebelum keluar dari penjara dia  pun menulis lah surat kepada orang yang di sayangi nye. Tulis nye dalam surat itu bahawa masa kebebasan nye dari penjara telah sampai dan dalam perjalanan pulang nanti dia inginkan kepastian samada  dia  masih diterima atau pun tidak.

Kalau dia masih di terima maka  berilah satu petanda dengan cara mengikat sehelai riben bwrwarna kuning meliliti pokok oak. Dan petanda ni akan menjadi kunci kebebasan nye yang sebenar….ecewahhh kunun kunun nye laa.

Maka pada hari itu dia pun pulang lah ke kampung menaiki bas. Maka berkira kira lah dia apabila  tiba di kampung nanti dan jika  petanda riben kuning itu tidak kelihatan melilit pokok oak maka dia akan terus berada didalam bas, meneruskan perjalanan, melupakan segala nye dan meletak segala kesalahan itu pada diri nye. Alahaiiii…macam sedih lah pulak  bunyi nye..ekeke.

Ketika bas sudah semakin hampir sampai dikampung dia pun mintak lah drebar bas tu memerhatikan petanda itu kerana dia tidak sanggup untuk melihat jika yang ingin dilihatnye tidak saperti yang diharapkan. Lalu drebar bas memberikan kepastian…..

” ok , no hal punye..”  

Pada kemuncak nye  setiba bas itu di kampung tetiba saja seluruh penumpang bas bersorak sorak riuh rendah. Mereka tidak hanye terlihat satu helai riben kuning tapi beratus ratus helai riben kuning yang telah di ikat melilit pokok oak yang menjadi mercu tanda masuk ke kampung .

Tu la dia….


Maka dalam fantasi wa begitu lah juga keadaan nye. Wa dah lama berada dalam ‘penjara’  kilang. Masa wa juga akan sampai.

Di kampung wa tu ada sepohon pokok ketapang yang selalu dikait kan sebagai tempat hantu bertenggek.

Maka menjadi harapan wa pada hari kebebasan  wa nanti sebelum masuk ke kampung pada hari terakhir tu,  .. majikan yang wa sayangi akan mengikat satu buntil berwarna kuning meliliti pokok ketapang itu sebagai petanda wa juga disayangi  juga sebagai kunci tanda kebebasan.

Ikatkan lah buntil kuning yang sarat di isi dengan not not ringgit RM100 ya.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

8 responses to “ikatkan pada pokok ketapang ye..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: