love thy husband…

Sejak wa berkawin,  mem wa telah menjadi suri rumah sepenuh masa sehingga lah ke hari ini. Pernah satu ketika dulu semasa wa melalui detik2 kesempitan yang amat sangat  dia mohon untuk keluar bekerja dengan niat nak membantu meringankan beban wa.

Wa pertimbangkan juga permohonan nye masa itu.

Lalu wa buat calculation. Wa buat perbandingan akan jangkaan gaji yang akan di bawa pulang dengan jumlah wang yang akan di bayar  untuk meninggalkan sejumlah anak untuk di jaga oleh orang lain dan beberape faktor2 lain yang menekankan  berbaloi atau tidak untuk dia keluar bekerja.

Keputusan nye amat signifikan sekali untuk dia tidak keluar bekerja. Dan wa teruskan kehidupan dengan peranan wa sebagai the sole breadwinner dan dia meneruskan peranan nye sebagai surirumah sepenuh masa.

Sudah tentu nye selama itu wa juga melalui momen momen getir dan dia juga pasti ada melalui saat saat  yang almost like throwing in the towel dalam menjalankan peranan nye sebagai homemaker.

Dan wa percaya atas prinsip2 murni dan demi kebahagian, ramai suri suri rumah yang menyimpan momen momen getir ini pada diri mereka sendiri sebagai simbol perngorbanan mereka untuk orang yang di sayangi…ecewahhh.

Lalu demi meluahkan kegaguman wa pada suri suri rumah yang hebat hebat  ni wa perturunkan  satu lawak jenaka brutal sebagai bacaan santai para2 suri di rumah.

Layan….

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang wanita menemani suami nye berjumpa doktor.

Selepas pemeriksaan, tuan doktor memanggil lah si isteri masuk kedalam ofis nye bersendirian.

Tuan doktor memberitahu dan menasihati nye….

” Suami puan sedang menderita penyakit yang amat teruk. Di tambah pula dengan bebanan perasaan yang amat hebat. Jika puan tidak melakukan perkara2 berikut, suami puan akan mati. ”

” Setiap pagi, sediakan dia dengan sarapan kesihatan.

Puan pula sebaik nye berhemah demi memastikan dia sentiasa dalam mood yang baik.  

Untuk makan tengahari sediakan hidangan yang berkhasiat dan yang membolehkan dia membawa bekal ke tempat kerja.  

Dan untuk makan malam masakan lah makanan yang lazat lazat untuk nye.”

” Jangan bebankan dia dengan kerja kerja rumah kerana ini akan menambah tekanan nye.

Jangan bincangkan masaalah puan dengan nye kerana itu hanye akan menambah burukan bebanan perasaan nye.

Cuba tenangkan suami puan itu dengan berpakaian yang mengasyikan dan banyakan urutan pada badan nye.

” Galakan dia menonton rancangan2 sukan berpasukan sebagai contoh…bolasepak EURO 2012 ke ?..di TV.

 Dan yang paling penting lakukan lah hubungan kelamin beberapa kali seminggu mengikut kehendak naluri nye.  

Jika puan dapat melakukan ini untuk tempoh selama 10 bulan hingga ke setahun,  saya fikir suami puan akan kembali sihat saperti sedia kala.” 

Dalam perjalanan pulang si suami bertanya lah kepada si isteri ..apakah yang dikatakan doktor kepada nye.

Jawab si isteri..

‘ Doktor  tu kata awak pasti mati ”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wa juga ingin melahirkan simpati wa dengan para2 suri yang sebahagian nye begitu kesuntukan masa untuk diri sendiri dek kerana terlalu sibuk ‘menjaga’ si suami.

Untuk itu wa sudah dapat idea. Idea ni wa copy idea omputih kat amarika nuuu.  Wa akan buka ” pusat jagaan suami ” .  Jadi nanti puan puan boleh lah tinggalkan husband masing2 di pusat wa ini sambil puan relaks dan bersoping2 sakan. Ye..puan puan..

Alahaiiii …tak kan puan puan tak  percayakan wa pulak…kan…kan..

……huuuuaaaaahahahahahahaa…….

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: