hadiah keamanan Nobel..

Malam minggu wa baca berita yang sedikit berat. Wa baca berita mengenai negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan Rohingya.

Wa ringkaskan berita yang  wa baca…..

Selepas lebih dari dua dekad, Aung San Suu Kyi, pemimpin pro demokrasi memulakan lawatan pertama kali nye ke luar negara setelah menjalani tahanan rumah bertahun2 lama nye.

Dia memulakan perjalanan nye dari Thailand menuju Norway di mana dia secara rasmi nye akan menerima hadiah Nobel 1991 yang telah tertangguh.

Burma's pro-democracy leader Aung San Suu Kyi has a cup of tea at the airport

Mungkin jurugambar tidak dibenar berada di ruang VIP , tuu.. Aung San Suu Kyi sedang menikmati secawan teh di ruang VIP lapangan terbang Yangon sementara menunggu penerbangan nye ke Bangkok.

Aung San Suu Kyi poses for photographs as she arrives on her first state visit outside of Burma

Setiba di Bangkok dalam lawatan luar nye  yang pertama nye sejak 24 tahun itu dia di sambut oleh beratus ratus orang tanda sokongan.

Di Bangkok dia telah menemui dan berucap kepada rakyat Myanmar yang bekerja di sana.

Aung San Suu Kyi speaks with Swiss apprentices on the train between Geneva and Bern

Aun San Suu Kyi sedang berbual2 dengan pelatih swiss di dalam keretapi antara Geneva dan ibu negara Switzerland, Bern.

Aung San Suu Kyi greets and sign autographs during her visit to the Swiss Parliament

Bertemu peminat semasa singgah di Parlimen Switzerland sebelum meneruskan perjalanan ke Norway.

Tuu…ada placards yang menyuruh nye meneruskan perjuangan nye untuk hak asasi manusia.

Sebastien Feval / AFP / Getty Images

Di dewan parlimen itu dia di sambut penuh penghormatan oleh ahli2 parlimen Switzerland. Mereka beri dia perhormatan ‘ standing ovation ‘.

Burma's pro-democracy leader Aung San Suu Kyi, center, arrives at the Oslo airport

Kemudian beliau di sambut oleh pengerusi Norwegian Nobel Institute setiba nye di lapangan terbang Oslo. June 15 2012.

Image: Aung San Suu Kyi delivers her Nobel acceptance speech during a ceremony at Oslo's City Hall June 16, 2012.

June 16, 2012

Aung San suu kyi menyampaikan ucapan penerimaan sempena  acara sambutan penganugerahan hadiah keamanan Nobel di dewan bandaraya Oslo.

Namun pada masa yang sama di Myanmar ….

Image: A soldier secures the area between Rohingya Muslim and Rakhine Buddhist villages near Sittwe, Burma, on June 16, 2012.

june 16, 2012. Seorang anggota tentera sedang mengawal kawasan di antara etnik Islam Rohingya dan Etnik Rakhine yang beragama budha.

Sejak Ogos lepas apabila kerajaan Myanmar mula menamatkan belenggu penapisan dan sekatan kepada internet  maka warga Myanmar kini menikmati kebebasan kepada berbagai2 Web site. Lalu kunjungan ke tapak saperti YouTube telah meningkat secara mendadak.

Tetapi ketika negara yang mempunyai 55 juta penduduk ini melalui fasa  peralihan kearah demokrasi,  komen2 kebencian di internet terhadap etnik muslim Rohingya juga merebak akibat dari pertelingkahan yang berlaku di barat negara itu.

Rakyat tetiba pulak jadi teruja  mahu melahirkan kebebasan bersuara masing2 lalu meminggirkan alasan dan sebab2 sebenar sesuatu sengketa itu terjadi.

Apabila  ‘ mayat ‘  seorang Rohingya di temui dan di paparkan dalam facebook maka ada pengguna telah memberikan komen2 sebegini..

  • ini lah berita yang sudah lama di tunggu2..
  • walaupun dia sudah mati tapi itu masih tidak mencukupi..

Di forum2 online Rohinghya di rujuk  sebagai anjing, pencuri, teroris dan berbagai lagi gelaran yang amat hina sekalai. Dan yang amat melampau sekali apabila ada yang meminta kerajaan ” menghilangkan” nye terus dari muka bumi.

Alahaiii…ini wa mencelah sikit…

…teruk sangat ke etnik Rohingya ni sampai begitu sekali tahap kebencian mereka  terhadap Rohingya.

AFP / Getty Images

Setakat ini keganasan ini terhad di Rakhine yang secara relatif nye terpinggir oleh banjaran gunung. Namun dari mereka yang telah memberikan komen kemarahan yang meluap luap di internet telah menyamakan etnik2 muslim lain  yang bertaburan di seluruh Myanmar sama saja dengan etnik Rohingya.

Di Yangon, ibu negara dan bandar utama Myanmar di laporkan penduduk Islam nye telah meninggalkan amalan sembahyang jumaat sebagai langkah berjaga2 kepada konflik agama dan etnik yang mungkin merebak.

Isu Rohingya ini agak nye terlalu  sulit sehingga …tuu… si dia pemenang hadiah Nobel dan pejuang giler hak asasi manusia dan demokrasi ni telah mengelak dan menyerongkan diri dari situasi getir ini.

Mempertahankan etnik Rohingya  yang tidak bernegeri dan satu2 etnik yang telah di anggap oleh Bangsa2 Bersatu sebagai etnik minoriti paling di tekan akan meletakan Aung San Suu Kyi pada risiko ‘ kalah ‘ dari sudut politik nye…alahaii.

LYNN BO BO / EPA

Pelarian muslim di lihat berdiri di depan khemah sementara sebuah lori tentera melalui kampung Chaung berdekatan pekan Sittwe, Myanmar. Sekurang nye 31 orang telah menemui maut sejak keganasan berlaku pada 12 june lepas di ibu negeri Arakan.

Etnik Rohingya biasa nye di panggil  ” Bengali ” oleh penentang mereka di Myanmar, satu panggilan yang mengusulkan bahawa mereka berasal dari India atau Bangladesh.

Andrew Biraj / Reuters

Etnik muslim Rohingya dari Myanmar duduk diatas bot dan dalam percubaan memasuki negara Bangladesh melalui pekan Teknaf.

Mereka tidak di kehendaki di Myanmar mahupun negara jiran Bangladesh. Wakil2 Bangsa2 bersatu melaporkan bahawa pengawal sempadan Bangladesh telah menghalau semula bot2 yang berisi wanita dan kanak2 dan sebahagian yang tercedera ke laut.

Lalu bot2 ni terapung apung saja di muara sungai Naf sempadan dua negara ini dengan kekurangan makanan dan minuman apakah lagi ubat ubatan.

AFP  / Getty Images

Penduduk muslim kelam kabut menyelamat kan harta benda yang boleh di bawa ketika keganasan sedang hebat melanda…

Unrest in Burma

Di halau semula ke laut….tuu..tengah meraung tepuk dahi , tak tau kemana lagi nak di tuju…

Asal dari mana datang nye rohingya ni amat sukar untuk di jejaki tidak saperti mana etnik2 lain yang berjumlah beratus ratus  dalam senarai.

Malang nye dari  beratus etnik di Mayanmar etnik Rohingya ini tidak ujud dalam senarai resmi kerajaan!

So…

Wa tengah berkira kira akan makna dan siknifikan nye  hadiah anugerah keamanan dan hak asasi manusia pada negara Myanmar yang di bawa pulang oleh Aung San Suu Kyi itu sekiranye dia tidak menyelesaikan nye secara adil.

Siapa pulak  yang akan memperjuangkan etnik muslim yang tak bernegeri ini selain  UN yang mereka boleh tidak pedulikan.

Itu lah yang wa ringkasan dari berita  yang wa baca …

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “hadiah keamanan Nobel..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: