album hari sabtu wa…

Beberapa kali dah kawan anak cina wa ajak  pi mancing di pelantar Telok Gong.

Sejak dua bulan lepas, hujung minggu wa di penuhi banyak acara social obligation yang perlu wa penuhi melebehi kepentingan acara memancing.

Lalu wa bagi tahu dia .. ” wooo 30 June tak boleh woooo…wa ada kenduri..”

Lalu dia sungut kat wa..  ”  lu ni asik kenduri saja ..”

Malas wa nak eloborate futher. Tapi Sabtu semalam di hari yang mereka ajak mancing kat pelantar Telok Gong tu wa balik ke rumah bapak mertua wa. Bapak mertua wa buat kenduri baca yassin dan tahlil. Sat lagi wa upload gambar kat bawah ni buat simpanan rekod peribadi wa.

Minggu depan wa kena pi Melaka mengikut rombongan pertunangan anak buah wa yang kerja inspektor polis di Jasin nuu… Selain tu beberape orang lagi anak2 buah wa yang akan kena risek, ada yang akan naik pelamin. Jemputan dari kawan2 peribadi wa yang mengahwinkan anak pun tak putus selain dari kariah wa sendiri di kampung ni.

Kemudian tu tahun ini tiga anak wa yang masih bersekolah semua nye menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Tu belum wa sebut acara sekolah mereka lagi . Yang sukan ..sukan. Yang kena pi sekolah ambil repot kad…repot kad. Yang hari kantin …hari kantain. Yang ko- korikulum kadet bomba …kadet bomba.

Lagi wa belum sebut pulak acara mem wa yang tidak boleh memandu kereta… lagi haru …alahaiii. Tiap2 minggu beb.

Selain tu juga  berape kali dah wa nak contact den cdo nak beli buku ” menjunjung bere hijau ” nye yang tertangguh. Agak nye dia dah tak percaya wa dah…ekeke. Esok bapak wa sendiri pulak masuk wad ada temujanji dah dengan Hospital Selayang untuk sedikit pembedahan. Habis tu EURO 2012 wa tak payah tengok ke lu ingat. Payroll wa kat kilang tu pulak dah bagi attendance anylysis wa kat bos…huuuaaaaaaa.

Takpa …

Wa upload gambar la pulak sapertimana yang wa dah cakap tadi sebagai simpanan rekod peribadi wa. Namun wa selit2 lah sikit ngomelan2 nak perjelas rasional gambar wa tu. Lu suka lu tatap lah…kalau lu penat scrolling down , wa tak leh buat apa….

Tu semua kasut ahli kumpulan baca yassin orang perempuan. Jemputan orang lelaki baca yassin dan tahlil pada pukul 12.30. semua di jemput nye.

.

.

.

Bapak dan ibu mertua  wa ni suka tanam bunga orkid. Mereka tanam di depan dan seberang jalan depan rumah mereka. So tiap kali wa balik wa pasti suka nak praktis2 photography dengan mengambil gambar bunga2 orkid mereka ni. Wa rasa mereka ni bercakap dengan orkid2 mereka lah.

.

So ..itu lah yang wa lakukan. Wa akan ambil gambar khemah kenduri mereka seolah berada dalam taman. Suka hati wa la kan…kan..

.

.

Tu lebat rumpai  ” janggut nabi sulaiman ” dia. Tapi masa wa serabai …menang lagi janggut wa agak nye. Kemudian wa snap pulak rumah dia dari celah dahan utama pokok mangga. Lu tengok kat bawah ni…

.

Fullamak….wa suka yang atas ini. Wa puji diri wa sendiri. Lu tunggu saja bila wa mampu beli DSLR nanti….tau laaa.

.

.

.

Tamat acara orang perempuan didalam rumah maka mereka pun meneruskan acara di bawah khemah…

.

.

Selain hidangan makan tengahari lauk kampung, mem wa jugak sponsor mee hoon sop. Wa close-up kan sikit kat bawah ni….

.

Kali ni giliran orang lelaki pulak yang tadi sudah sampai dan menunggu untuk acara dalam rumah. sila sila..

Kemudian ….mereka pun meneruskan acara di bawah khemah..

.

.

Sambal belacan ni tak berape memenuhi citarasa wa…cili lebih belacan ada sikit kurang. Kemudian kepedasan itu di neutralise kan…

.

.

.

Pendekan cerita ..ada lah waris waris , sanak sanak saudara , kenalan2, besan besan..macam macam lah hadhir di majlis..

.

.

.

Wa pendekan lagi cerita..maka ramai lah yang mula dan dah pulang..

.

Lepas tu wa suruh lah hulubalang2 dan dayang2 ni berkemas kemas…

.

Maka ..jeng jeng jeng…bila bawah khemah dah clear wa kumpulkan semua hulubalang dan dayang2 sekelian. Wa jadi menantu hantu…

Wa organise futsal EURO 2012 final kat bawah khemah. Wa bagi2 kan team supaya  equal antara lelaki dan perempuan nye. Lepas tu wa ambil dua pasang selipar buat tiang gol di dua penghujung.

Hmmmm…dengan wa wa sekali dalam team Italy wa melawan Sepanyol.

Preeeeet…mula..

.

.

.

.

.

.

.

.

Off course game ni wa yang menang. Team wa menang 3 – 2.  Faktor kemenangan wa banyak di sumbangkan oleh kecermerlangan goalkeeper wa. Ni dia kat bawah ni…

Kemudian saperti di mana mana perlawanan besar dunia selepas game kami tunjukan semangat kesukanan  yang tinggi dan fair play dengan acara group photo bersama kedua dua pasukan hebat.

tank you… arr

ohh ye..bawah ni bapa mertua wa.

alahaiiii…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

9 responses to “album hari sabtu wa…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: