lu tak haus ke?…

” haauussssss lah ” 

Sajjad Hussain / AFP / Getty Images

Itu ada lah laungan semasa   di jabatan wa.

Asal usul laungan ini bermula dari seseorang kakitangan senior jabatan wa lah. Tiap kali kami atau sesiapa pun memenuhi keperluan  kerja di luar dalam kumpulan bersama nye lalu semasa dalam perjalanan mahupun setelah kerja itu di selesaikan dia akan laungkan  ” haaauussss lah ” .

Tapi malang nye laungan haus  itu menjadi fobia pada ahli2 dalam kumpulan kerja nye. Tiap kali ayat itu di laungkan dia sebenarnye mahu orang lain menjawab nye. Jawapan yang di kehendaki itu bukan sekadar ” jom jom kita pi minum ” saja tapi  di jawab dengan membayar sekali minuman itu untuk nye ….huuuuaaahahahaha.

Membayar minuman untuk kawan adalah perkara biasa..apa ada hal. Tapi itu laa… Bila ahli kumpulan  menunggu dan berharap giliran nye  menjawab ” kehausan ” mereka pula  ..jenuh di tunggu namun tidak juga muncul muncul…ekekeke..

Sesekali bila ayat ini di laungkan di jabatan wa ada yang spontan menyahut ..

”…tu pi la kantin, kalau tak nak yang beli,  ada air kosong free lagi ..pi la minum. ”

Weii…gambar paling atas tu ada lah gambar warga di Selatan Kota New Delhi, India . Dia betul betul tengah haus tu. Dia minum terus dari paip lori yang bawa tangki air ke kawasan kediaman nye.

Kotaraya New Delhi sedang menghadapi  krisis kekurangan air walaupun tanda aras hujan turun menunjukan peningkatan.

Kevin Frayer / AP

Di negeri Selangor pula pada berita  yang wa baca,  negeri ini juga menghadapi  krisis air. Sementara krisis air  ni masih di peringkat ‘ politik ‘ wa nasihatkan baik lah orang politik pakat pakat selesaikan.

Satu pihak kata bekalan cukup satu pihak kata di tahap kritikal. Siapa yang betul sapa pulak yang salah sebenar nye nii..

Boleh kah atas status wa sebagai rakyat negeri ini wa pergi buat audit di pejabat Air dan Loji2 yang ada di seluruh Selangor. Wa tengah bersemangat nii,  lantaran kilang wa sepanjang minggu lepas melalui dua audit besar serentak… Lu ingat mahu ke mereka layan wa …bagi wa masuk pejabat tengok dokumen pastu bukak gate loji bagi wa tengok paras air dsb bye…..ekekeke.

Wa ada buat kajian sendiri melaui internet namun malas wa nak ulas,  banyak sangat perincian politik nye.

Sonu Mehta / Hindustan Times / Getty Images

Jadi sekali lagi wa ingatkan bro bro orang politik kita  yang air ni jangan lu orang buat main..weiii. Jaga jangan sampai terputus bekalan nanti banyak kemudaratan nye.

Lu bayangkan saja bila lu pi tandas awam kerana amat terdesak pastu tetiba lu pusing2 paip tu…air tu tak keluar. Biru muka kita jadi nye…kan kak?  ahahhaha…

Berbalik kisah haus di jabatan wa, bagaimanapun satu petang tu wa dan max berjaya membuat kawan kami ni menjawab ” haauusss laa ”… kami. Namun Max dan wa terpaksa besetuju menerima  syarat  supaya kami membayar sendiri  roti canai yang akan kami order nanti.

Kevin Frayer / AP

Alahaiii kalau dah macam tu….. lu tak hauussss ke?

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

12 responses to “lu tak haus ke?…

  • RHS17

    Salam….
    heyya. dearest 0R…hmmm yep e water p0litical crisis is e main issues lately..n th0se stpid0s better have e gud s0lutions to end this …
    anyway…i think i knew wh0 r u referring t0 e subject :haus laah”…kihkihkih…
    brav0!! getting smarter n brilliant eh??
    neway best 0f luck t0 wh0m it may concerned… n may g0d save ur wallet!! ahakzzz…

    wslm n regards
    x0xox0

    Like

    • theolrascal

      RHS17,

      the water crisis in the state is by far more important than somebody’s kehausan..kan ..ekeke

      but i guess at the end of the day it will all have an ending at our wallet..kui kui kui….

      cheers

      Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Saya juga pernah cerita hamba Allah yg sespesis dengan yang tuan ceritakan. Memang tidak boleh nak buat apa lagi. Spesis ini biasanya lone ranger. Dia bukan tidak ada duit tetapi itu fiiilnya.

    Nampaknya politik mereka ‘Orang Melayu’ ni dah semakin melalut dan karut. Dulu UNISEL , sekarang air…mungkin akan datang tanah kubur pula. .

    Melayu ku tidak tahu malu! Saya ‘Orang Negeri Sembilan’!!! He…he

    Like

    • theolrascal

      Ujang Kutik,

      Ye laa…saya dah corner cukup2 pun dia masih boleh terlepas lagi..ahahaha..

      Politik orang kita..rugi nye orang kita jugak..alahaiiii. Nasib baik kampung mem saya kat England nuuu..ekeke

      Like

  • Raden Arjuna

    Nasib baik haus je…kalo statement dia “Lapo..Lapo..Ko lapo tak?”apa plak jawapan tuan2.Hehehehe.

    Like

  • Cinta Menora

    olrascals, wa haus lah. tak kan tetamu dtg rumah, lu buat tak tahu aje. dah lama wa kat sini, langsung tak hidang air. time2 gini, kopi o cicah biskut bantal pun sodap gak …

    Like

  • Anonymous

    Lps2 ni kita x kan dengar lg statement `haus laaaa……’buat sementara waktu since Ramadhan is just around the corner.

    Masa ni saper2 yg haus kena jawab sendiri lah time berbuka….hehehe

    Like

    • theolrascal

      Anon (max),

      Bulan Ramadhan kerja kita kena buat macam biasa jugak.
      Cuma kehausan tu kita jawab bila kita bukak puasa pada waktu yang telah di tentukan…

      Selamat berpuasa dan bekerja.

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: