adegan yang wa tunggu2…- part 2

Mereka penyokong peringkat akar umbi   dari dua parti yang berbeza di tanah air. Bersama mereka lahirkan pendirian dan perasaan umat Islam dari penghinaan terhadap umat dan agama islam oleh tayangan video  innocence of muslim .

Pada senario di atas tentulah kedua dua mereka menjadi satu pasukan yang mewakili kepentingan Islam sejagat. Lalu mereka berdiri bersama dalam barisan hadapan sebagai muslimin yang bersaudara.

Ini ada lah senario yang wa  sangat sangat ingin lihat akan berlaku di Malaysia.

Adakah wa mengharap lebih dari yang sepatut nye?….alahaiii.

6 thoughts on “adegan yang wa tunggu2…- part 2

  1. Sdr theolrascal,

    Samada kita terlalu prajudis atau bersangka baik, sama-samalah kita tunggu dan lihat hasilnya. Tidak lama,juga tidak jauh, di dopan mato.

    Namun demikian, ini satu anjakan yg memeranjatkan yang tidak terfikirkan dalam keadaan sekarang. Seperti yang kita pernah setujui bahawa salah seorang pelakunya ialah personaliti yang kita senangi/kagumi walaupun mungkin tidak sekapal dengan kita atau salah seorang dari kita.

    Like

  2. Wa tak tau nak komen apa tapi senireo ini sepatutnya dah berlaku lama. sebelum kita di perkotak katikkan. Jelas kita lihat pasukan lain yang mewakili bangsa mereka telah mula bersatu mewakili bangsa sendiri. mengapa kita tidak?. Kita masih bertelagah dengan bangsa kita sendiri sedangkan fahaman politik itu akan menguntungkan sebahagian manusia yang ada kepentingan sendiri. Kita masih melopong dan kacau bilau.

    Like

  3. Sdr theolrascal,

    Inilah yg kita nanti-nantikan. Sepatutnya.

    Saya bukan rasis. ‘Mungkin lokasi demonstrasi ini di Penang’.

    Atau mungkin juga ini masih seni silat politik. Kedua-dua pahlawan seolah-olah tidak menggambarkan pola majoriti dua kumpulan yg sering bertelagah.

    Atau saya kuat berprasangka?

    Like

    1. ujang kutik,

      Masih seni silat politik…realiti nye begitu lah. Kita semua mengetahui nye.

      Namun itu lah harapan kebanyakan kita kepada muslimin yang bersaudara.

      Saya hanye mengambil kesempatan….

      Like

comment.