hari keluarga kilang..

Kilang wa mengadakan hari keluarga di desa water theme park pada hari sabtu.

Wa amat menghargai  usaha kilang wa atas ingatan tulus ikhlas terhadap ahli2 keluarga mat2 spannar sungguhpun saban tahun di adakan di tempat yang sama.

Wa, mem wa dan tiga 0rang anak pompuan ikut serta. Anak2 wa tak bercadang pun nak mandi2. Mereka baru saja berkubang di Gambang dua bulan lepas. Mereka ikut pun atas veto wa…haha.

Di dalam taman tema itu  wa hanye bersiar siar sambil tegur2 kenalan , sesaja buat PR. Antara yang menegur wa beria ria ia lah bro fendi  happy go-lucky oppa gangnam style kat bawah ni.

Kemudian wa terserempak dengan Haziq jurutera muda jabatan wa dalam air. Dia wa lihat tengah fokus melayan anak yang baru seorang.  Untuk pasangan yang baru membina keluarga senario saperti yang di pamirkan oleh Haziq amat tipikal.

Di bawah ni pula adalah anak2 wa. Seorang  sedang menunggu keputusan UPSR, seorang lagi baru saja tamat peperiksaan PMR dan seorang lagi masih lagi menghadapi peperiksaan SPM.

Selain itu wa terserempak dengan mat yo jabatan wa. Dia menegur wa….

kalau berani jom bang, kita naik flying fox ”.

Wa balas dengan senyuman.

Kemudian wa betul2 terserempak dengan mat yo yang masih tergantung pada talian flying fox. Geng serumah dia tengah bersorak atas kejayaan mereka berflying fox..ekeke.

Lalu wa rakamkan gambar nye sebagai tanda pengikhtirafan.

Kemudian wa dan anak pompuan wa pun naturally memanjat tangga pelantar pelancar flying fox.

Menunggu giliran muncul pula gadis jurutera  antara dua zaman dengan wa.

Ini anak wa yang sedang menunggu keputusan UPSR yang wa cakapkan tadi. Dia sedang di pasangkan alat2 untuk  terbang.

Di atas  beberapa orang bujang sedang buat lawak sambil menunggu giliran. Tapi wa tahu jantung mereka tengah berdebar2 bagai nak gila.

Sengeh mereka pun nampak  palsu..ekeke.

Anak wa sudah bersedia sebagai penerbang kedua ….

..sebaik saja kakak nye mendahului.

Mereka cool je wa tengok.

Di Desa waterpark ada upgrading di lakukan oleh pengurusan. Kini selain flying fox  mereka sudah ada archery dan ATV.

Di desa waterpark tidak ada age limit untuk acara ATV. So anak wa yang tak lepas had umur di Gambang tempoh hari berpeluang mencuba nye di sini.

So ..selain dari penerangan dari petugas taman wa sendiri juga memberi tunjuk ajar pada anak wa yang bongsu. Ada keraguan dalam hati wa akan kemampuan nye. Dia pulak tidak mahu mengalah masih mahu meneruskan nye.

Wa lihat dia berlepas sehingga  hilang dari pandangan sambil wa menunggu penuh debaran…

Lima minit kemudian wa lihat dia muncul  berjalan kaki pulang sendirian.  ATV nye telah di tinggalkan dalam semak. Dia tidak dapat mengawal nye.

Baru wa tahu kenapa mereka meletakan had umur untuk acara ini di Gambang tempoh hari.

Sebelum tengahari kami pulang. Tidak seorang pun dari keluarga wa yang basah oleh air kolam.

Itu lah cerita nye…sekian.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “hari keluarga kilang..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: