oppa gangnam style..

Embedded image permalink

mana wa boleh lopa.

referee oppa gangnam style ni..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “oppa gangnam style..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Ada satu unsur yg menyebabkan semangat berkobar-kobar kecundang. Kadang-kadang unsur itu datang memang tidak dapat dielakkan. Selalu juga kebarangkalian terjadinya unsur itu tidak dirancang kaedah mengatasinya. Mudah cakap, plan B.

    Barangkali dalam konteks kes ini,unsur di luar jangka, yg menimpa kita sememangnya tidak dapat dielakkan. Tetapi pada pendapat saya cara kita bermain pun ‘suspect’. Maaf, bukan saya tidak patriotik.

    Tuan, mungkin pengadil ‘korea’ itu ialah anak atau cucu kpd pemain squad ‘korea’ yg kita tewaskan dlm kelayakkan Olimpik melalui permainan cantik one to one Hassan Sani dan James Wong beberapa dekad yang lalu. Dendam 7 keturunan @ dendam tak sudah.

    Korea/Jepun yg pernah sehalaman dengan kita begitu jauh meninggalkan kita. Kenapa kita tidak? Menyalahkan kepimpinan FAM atau pemain telah menjadi ungkapan klise.

    Struktur tubuh pemain-pemain kita nampaknya tegap dan gagah – peringkat Piala Suzuki tiada masalah. Pemain kita dilihat mengungguli permainan fizikal dan kadang-kadang melakukan kesalahan yg tidak sepatutnya dilakukan.

    Apa pun, mesej yg hendak diketahui oleh FAM/Datuk Rajagobal/Pemain ialah, ” Malaysia kalah, rakyat Malaysia marah atau tidak kepada mereka?”

    Namun demikian, Si Pengadil yang fotonya kelihatan sangat ‘hodoh’ itu mungkin menjadi kambing hitam di atas kekalahan kita. He…he…

    Betullah, bolasepak itu kejam!

    Like

    • theolrascal

      Sdr Ujang kutik,

      Panjang ulasan tuan…ahahhahaha.

      Bukan saya tidak boleh menerima kekalahan ini. Saya menerima dan akan cuba merawat luka di hati secepat yang mungkin..ekeke.

      Pernah berlaku juga di perlawanan peringkat dunia betape keputusan pengadil juga telah meremukan hati penyokong yang amat sangat.

      Tangan ‘the hands of god’ maradona sebagai contoh telah menjadi sejarah. Kuisan tangan Thiery Henry mengakibatkan Ireland berputih mata untuk ke piala dunia.

      Pada saya kita kalah kerana game plan yang tidak menjadi.

      Barangkali coach kita berstrategi, kita main bertahan kerana Thailand yg bermain di home ground pasti mahu mematikan kita lebih awal. Kita akan absorb serangan mereka dan melakukan counter attack.

      Apabila kita ketinggalan dengan 10 pemain kita terpaksa menambah lagi kekuatan pertahanan kita. Kemudian kita sedar masa tidak menyebelahi kita dan kita harus menyerang tidak ada pilihan lagi.

      Penyudah nye kita masukan safee untuk menyerang tapi sudah terlambat. Dari 5-4-1 pada mula nye kita tukar balik pada 4-4-2.

      Penyokong kita hari ini lebih demanding, mereka tidak mahu lagi mendengar retorik pembangunan bolasepak tanahair tapi mahu result nye hari ini juga.

      Pun begitu penyokong kita juga ada kala melampau , mereka mahukan kemenangan setiap masa..hahaha.

      Pengadilan referee oppa gangnam syle ini pulak banyak menyukarkan emosi saya…

      Cantik ke kejam permainan bolasepak ni?…ekeke.

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: