to be or not to be..

 Ini posting pertama  wa bagi tahun 2013.

Jika panjang umur apabila wa menyiarkan posting pada akhir tahun nanti  pasti lah  banyak  peristiwa sudah kita lalui sepanjang tahun 2013 ini nanti.

Ada peristiwa yang akan kita lalui bersama sama sebagai rakyat Malaysia selain yang akan kita lalui sebagai individu dalam penghidupan peribadi kita masing masing.

Pilihanraya umum negara kita yang ke-13 pasti berlaku pada tahun ini dengan tarikh terakhir nye pada akhir suku tahun pertama semakin dekat di setiap hari yang berlalu.

Pilihanraya akan sentiasa menjadi sesuatu yang signifikan pada sejarah negara. Nakhoda yang akan mengemudikan bahtera negara akan di tentukan dari pilihanraya. Dan kita sama sama berpeluang menentukan siapakah si nakhoda itu.

Di ruang siber blog blog sopo (sosio-politik) menimakti laluan trafik pengunjung paling tinggi. Jelas bahawa  politik itu mempengaruhi sebahagian besar dalam acara hidup kita sama ada kita bersetuju atau tidak.

Politik tidak sama dengan bidang bidang yang lain. Politik menentukan hala tuju buat kita dan negara. Ia memerlukan kita semua untuk membuat penentuan itu. Maka  kita semua pasti terlibat secara langsung atau tidak secara langsung.

Membuat keputusan untuk penentuan itu adalah satu cabaran besar dan amat sukar sebenarnye. Kita semua mahu membuat keputusan yang betul. Satu keputusan betul yang membawa kesejahteraan pada kita semua.

Lalu apakah keputusan yang betul itu?

Maka di sini lah kita jadi berbeza beza. Kita kata kita betul. Kita ada pendapat  dan berkeyakinan pada pendapat kita.  Kita lihat, dengar, kita baca dan amat berkeyakinan pada apa yang mereka2 katakan  pada kita.

Tapi dengan segala pancaroba dan saingan dalam kehidupan serba canggih kita hari ini wa nak tanye lu..

Lu konpem betul ke ape yang lu lihat, lu dengar , lu baca atau apa yang mereka katakan pada lu itu?

 

So,  sekarang ni… adakah kita bersetuju untuk tidak bersetuju atau kita tidak bersetuju untuk bersetuju? ..ekeke.

Memetik ungkapan William Shakespeare .. to be or not to be.

 

 

5 thoughts on “to be or not to be..

  1. Sdr theolrascal,

    Semalam semasa singgah di Mamak Corner, seorang kawan yang telah bersara dan kini bawa teksi (dia dapat permit) menegur dan kami lepak semeja.

    Dulu beliau ini ‘satu khemah’ dengan saya.Malangnya, melalui perbualan semalam saya dapati beliau ada ‘goyang’ sedikit. Dia belum memutuskan lagi yang mana satu pilihannya pada PRU13 nanti.

    Saya semacam tidak percaya ‘bouncer’ tegar boleh goyang……

    Like

comment.