orang orang ganjil…?

Di Amerika Syarikat para aktivis yang pro-senjata telah mengadakan rali di 49 negeri sebagai membantah keras cadangan Presiden Obama mengawal pemilikan senjata api sebagai reaksi setelah berlaku nye peristiwa di Sandy Hook Elementary School yang menyaksikan 20 kanak kanak sekolah itu di tembak mati.

Mereka juga bercadang mengistiharkan hari ini 19  Jan sebagai hari menghargai senjata .. Gun Appreciation Day.

Peristiwa di Sandy Hook tu wa pasti bukan yang terakhir. Tak caya lu tunggu saje lah.

Bila wa cakap begini bukan bermakna wa  mendoakan supaya ia akan berulang, tidak.  Wa hanye tak yakin ia tidak akan berulang  lagi kerana itu juga yang mereka mahukan sebenarnye. Kebebasan memiliki senjata api.

Orang orang yang  tetiba jadi ganjil di negara  kita ni bila perasaan ganjil  nak mengamuk tu datang secara tiba tiba dia akan pi ke dapur mengambil  parang.  Lalu mereka yang jadi mangsa amukan selalu nye adalah anggota keluarga, jiran jiran dan jumlah mangsa adalah  rendah sebab yang lain sempat melarikan diri..ekeke.

Di Amerika tu pulak orang orang ganjil yang tetiba jadi isim nak mengamuk mengeluarkan senjata api. Lalu dia cari tempat mengamuk yang ada ramai orang. Paling mudah sasaran ramai adalah di sekolah atau universiti  ataupun  pasaraya.

Menggunakan senjata api ini dia tak perlu pergi sehingga dekat pada mangsa saperti penggunaan parang. Mangsa  senjata api yang berada berjauhan pun tak sempat lari.

Tambahan lagi orang orang ganjil tu dah berlatih menenbak botol setiap hujung minggu di belakang rumah.

Ape pun kita tungga saja lah ape kesudahan isu bantahan ini yang sedang hebat di perdebat di Amerika nu.

Di bawah ini ada lah antara ape yang mereka luahkan pada rali itu semalam…

Wa jugak boleh tetiba jadi ganjil.

Wa berharap dapat memiliki senjata baru di bawah ini supaya bila datang perasaan nak mengamuk tu nanti wa  dapat menembak   dengan lebih berkesan…

alahaiii…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “orang orang ganjil…?

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: