pengembaraan wa..

Sebulan dua yang lepas  kerap kali juga wa berulang alik dari mengintai2 blog oleh para pengembara tanah air.

Cerita pengembaraan mereka menarik perhatian. Bukan saja wa tertarik dengan segala detik peristiwa dan permandangan yang mereka lalui sepanjang pengembaraan  tetapi lebih mengkagumkan ada lah kekentalan jati diri untuk memulakan langkah yang pertama dalam setiap pengembaraan mereka itu.

Namun pergi mengembara juga bukan lah sesuatu yang asing  buat diri wa weii..alahaii. Pengembaraan pertama wa secara hitchhiking adalah dari Kuala Lumpur ke Port Dickson pada tahun 1972.  Umur wa 14 tahun dan di tingkatan dua sekolah menengah ketika itu.

Hitchhiking,   itu mengembara dengan kaedah mendapatkan pengangkutan  secara percuma atas ehsan si empunye kenderaan amat rancak dan meriah satu ketika dulu. Untuk itu si hitchhiker akan melambai lambai ibu jari sebagai tanda isyarat meminta tumpangan.

Pertama kali wa berhitchhiking  kira2 40 tahun dulu kebanyakan tuan empunye kenderaan2 amat lah pemurah. Wa pernah beberape kali di beri tumpangan oleh wanita yang memandu bersendirian, dan itu menjadi sesuatu yang menakutkan kalau di ukur pada keadaan nye hari ini. Perasan belas mungkin menebal di benak hati mereka bila terlihat dua budak kecik melambai lambaikan ibu jari meminta di berikan tumpangan…ahahaha.

Photo

Port Klang ~ Penang. 1974.

Kemudian bila wa berhitchhiking pulak dari Port Klang ke Penang pula pada cuti sekolah penggal pertama tahun 1974 hanye dreba lori atau van2 perniagaan saja yang berani memberi tumpangan. Itu pun setelah wa jawab ” tidak ” pada soalan mereka .. ” korang nii ada bawak ganja ke tidak nii? ” .

Beberape tahun kemudian demi keselamatan dan lain2 sebab tidak ada lagi kenderaaan yang begitu pemurah memberikan tumpangan. Sejak itu semua travelling yang wa lakukan telah di lakukan menggunakan pengangkutan awam. Kini kalau kita pergi mengembara baik saja jangan  terlalu mengharapkan ehsan orang lain selain  bertanye maklumat.

Maka hari ini adalah sesuatu yang alien jika kita boleh terlihat  hitchikers di jalanraya menggamit gamit ibu jari walaupun kenderaan sudah berganda ganda jumlah nye di jalan raya yang kian juga bertambah dan semakin moden.

Di era now everyone can fly hari ini,  pengembaraan secara overland travel yang beriringan alam semulajadi  demi  menghayati the real world  menjadi sesuatu yang lebih berharga. Lalu jika kita mengayuh basikal, segala rupabentuk mukabumi itu akan lebih mudah di serap ke jiwa ..ngeeee.

Jangan lu tanye  wa pulak dari mana mahu datang nye stamina nak mengayuh basikal lu tu  kerana  jawapan sebenarnye ada pada lu ..sindrii mau ingat laa..

Ujud nye segala gadget GPS , google search dan komunikasi instant text messages dsb nye di tambah  pula dengan jaringan online yang telah di bina melintasi sempadan kampung wa dan kampung lu  masing masing maka keyakinan seseorang pengembara itu akan terbina cukup tinggi dalam menjangkakan ape yang akan muncul di depan mereka nanti.

Sebab itu  pada hari ini  aktiviti kembara itu tidak lagi kita lihat terbatas pada budak budak sekolah semasa cuti penggal saja sebagaimana satu ketika dulu.  Siapa saja tanpa  batasan umur dan jantina boleh memungkinkan kita  terserempak dengan mereka yang sedang mengukur rupabentuk mukabumi.

Hari ini juga kalau lu upgrade diri lu mahir pada segala gadget2 yang ada itu tadi.. lu akan sentiasa saja muda weiii…ekeke.

Antara pengayuh basikal yang wa  terbaca kisah pengembaraan nye ada lah Hajimeli.

Seorang pengayuh berjanggut labuh yang sudah agak berumur.  Sungguhpun begitu wa lihat beliau mempunyai susuk badan yang benar2 fit. Rasanye tak mungkin wa dapat menandingi fitness Hajimeli ini..ahahaha.

Beliau telah mengayuh basikal nye dari kepulauan Sumatera ke kepulauan Jawa hingga ke pulau Bali bersendirian. Dalam pengembaraan berbasikal nye beliau telah  bermalam di masjid2 yang terdapat di sepanjang perjalanan nye. Segala perincian  yang beliau lalui, temui dan rasakan di sepanjang kayuhan itu lah yang suka sangat wa baca.

Image Selain Hajimeli wa juga membaca kisah kembara mengunakan basikal juga bermotosikal yang dilakukan oleh ijahzahri pasangan suami isteri yang  mempunyai dua orang anak.

Pasti lah anak mereka  dalam keadaan selamat dan selesa di bawah jagaan ahli keluarga semasa sepeninggalan pasangan yang adventurous ini. Lagipun hari ini dari mana dan di mana saja kita berada  kita masih boleh get connected dengan orang tersayang.

Dalam blog entri bertarikh Jan22  beliau menyatakan kepuasan berbasikal melebihi bermotosikal selain dari menyatakan kekurangan dan kelebihan nye bermotor. Ijah Zahri juga  sedang looking forward menantikan kembaraan seterusnye bersama suami nye.

 Wa juga  mengikuti pengembaraan solo gadis melayu berketinggian fivefootflat secara backpack.

Backpacker Anis Ibrahim menaiki Trans Mongolian Railway dari St. Petersburg di Russia sehingga di Beijing, China yang mengambil beberape hari untuk melintasi sebahagian besar mukabumi benua Asia.

Kisah pengembaraan di blog beliau juga menjadi siaran di akhbar NST. Mengikut ape yang di tulis,  beliau dulu ada lah seorang peguam dan wartawan sebelum mengambil keputusan berhenti lalu menjadi  seorang pengembara sepenuh masa  dan seorang penulis bebas.

Menatap gambar2 dalam blog mereka membuat wa seakan mahu berangkat  mengembara hari ini juga. Selain itu mereka semua di atas juga  pandai menulis.

Berbalik semula pada kehidupan wa sendiri maka pada hari2 terakhir wa di jabatan, wa sudah pun berkira kira di hari terakhir itu nanti wa harus menutup talian handphone.  Seketika wa mahu bersendirian dan untuk itu wa harus berada dalam mode disconnnected.

Bagaimana kah rasa nye terpisah dari regime kehidupan rutin wa sebagai pekerja yang bertahun2 lama nye ingin mencukupkan segala  yang seolah olah tidak pernah akan cukup cukup.  Begini kah rasa nye apabila kita sudah  sampai di garisan penamat?..alahaii.  Atau apakah  sepatut nye  climax  bagi seorang pekerja kilang saperti wa?

20130201_212645.jpgKonon konon nye wa juga mahu berperasaan dan bersoal soal sendirian bagaimana harus wa mulakan langkah pertama dalam pengembaraan di era baru bermula dari ground zero. Seboleh boleh nye juga wa tidak mahu terringatkan  kata kata akhir ketua jabatan bahawa dokumen kontrak  sedang di proses.

Namun itu semua tidak berlaku,  sebalik nye dua tiga hari selepas hari terakhir itu, wa menjadi sibuk melayan keperluan dan karenah mem dan para rascals  wa yang beria ria mahu menyambut hari terakhir itu yang juga adalah hari kelahiran wa. Sambutan itu kemudian menjadi sesuatu yang  nostalgik kerana ia telah diadakan di kampung di mana wa di lahirkan.

Melihat pada ape yang tertera di atas kek itu menjadikan wa sedikit terkesima. Mereka mengukir nama ” ol’ rascal ” ?   ” We love you ol’ rascal ”..   Alahaii…mereka mengintai blog wa ke nii !..  tetiba pulak perasan termalu malu berbunga di hati wa..ecececeh.

Bukit Broga.

Kemudian sehari selepas itu wa ke Kuala Lumpur setelah mendapat isyarat line clear.  Kali ini wa akan real punye pergi mengembara dan bermusafir secara fizikal dan spritual. Ada bukit yang ingin wa daki jauh mengatasi mertabat kemuncak bukit broga yang penuh glamer berjaya wa tawan dulu..hehe.

Untuk itu sebelum wa bermusafir wa harus memohon kema’afan  dari lu orang semua jika ada karektor2 atau apa apa yang pernah wa lakukan atau tidak lakukan yang telah menyinggung perasaan lu orang.

Dengan perasaan rendah diri wa mohon.. ma’afkan wa, ya.

.

p/s. Untuk posting ini dan sebelum nye 
dikesali wa tidak dapat memberi respons 
pada komen atas sebab2 wa sendiri.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “pengembaraan wa..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Selamat bermusafir………….

    Like

  • dinrias

    Lepas nie rasa2 nya abg akan bermusafir dengan menaiki van tua tu mengelilingi Malaysia… ada bran Bro?… bermusafir menenpuh hingga ke ceruk kampung bagi mencari diri sendiri.. insyallah saya support Bang Aziz dari segi mentaliti cuma wang ringgit yg jadi penghalang….. insyallah..

    Like

  • matt

    Bro OR,

    Selamat pergi n selamat kembali,bro……
    Semoga kembara kali ini akan menjadi kembara terindah dlm hidup…..
    Maaf zahir batin dari kami semua atas segala kekhilafan di sepanjang persahabatan kita……..

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Saya hormati saudara sedang memencilkan diri dari dunia luar. Kalau tidak silap ada satu terma berkaitan perkara ini iaitu ‘beruzlah’. Maananya lebih kurang; Pengasingan diri dari ‘orang banyak’.

    Semoga semuanya berjalan lancar. Saya akan menziarahi blog saudara dari masa ke semasa….he..he…

    Like

  • Ija Zahri

    Abang theolrascal,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi link blog saya didalam blog abang. Saya amat kagum bagaimana abang sudah mula mengembara seawal usai belasan tahun. Hitchhiking tidak mungkin akan dapat dilakukan sekarang ini. Cemburu saya kerana tidak mungkin dapat merasakn pengalaman hicthhiking sebagaimana abang pernah lalui dulu.

    Blog Hajimeli mmg selalu saya baca dan rujuk terutama semasa saya hendak mengembara ke Dabau Toba tempoh hari. Tidak kira apa jua method kita mengembara, ianya harus dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita ini. Selain menghambakan diri kepadaNya, apa salahnya kita mementingkan diri sendiri dalam menikmati hidup ini. Orang kita ramai yang takut dicop tidak bertanggungjawab dgn meninggalkan anak isteri bagi tujuan mengembara. bagi saya asalkan segala keperluan asas mereka telah kita penuhi, keselamatan mereka terjamin, keluarlah mencari sesuatu untuk diri sendiri. Kalau hendak tunggu hingga cukup sampai bila-bila pun tak cukup. duit banyak berkepuk pun utk apa? untuk dilihat tanpa dinikmati? untuk apa bekerja keras selama ini?

    seorang pengembara tidak akan dapat meninggalkan harta kepada keluarga tapi hanya mampu meninggalkan kisah-kisah pengembaraan buat tatapan anak cucu. biarlah mereka mencari harta mereka sendiri. tanggungjawab kita, besarkan mereka, didik mereka, beri mereka pelajaran dan pastikan mereka menjadi insan yg soleh. selebihnya nikmatilah hidup ini, nikmatilah keindahan ciptaan Allah SWT, kepelbagaian budaya yg dicipta olehNya. Ilmu dan pengalaman sang pengembara tidak ternilai harganya.

    Saya ucapkan selamat dan saya mendoakan segala hajat abang untuk mengembara tercapai. Insyaallah.

    Like

  • hajimeli

    Bacalah pula pengembaraan saya dengan saudara Karim dari Hanoi ke Semenyih. Mungkin boleh membantu anda.

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: