Sungai Langat ..

Kebetulan hujan pun turun ketika mereka sudah tidak ada lagi ketahanan menunggu umpan kail di ragut ikan. Lalu semua berlonggok di bawah bumbung.

Setelah melalui beberape jangka waktu, wa bertemu semula dengan Wak yang telah tiba dahulu, diatas kelong terapung diatas Sungai Langat di Kg. Nelayan Telok Gong. Wak yang telah meninggalkan jabatan,  masih saperti biasa, sapertimana yang wa mengenali nye,  sentiasa saja kelihatan bersedia untuk bergurau.

Ketika leka memerhatikan arus deras Sungai Langat menghala ke muara kami berpeluang berbual sambil  bertukar tukar info mengemas kini status mengenai kehidupan peribadi masing masing.  Menjawab soalan nye wa isytiharkan juga bahawa setelah bersara selama sebulan wa kini telah kembali ke jabatan pada selasa lepas sebagai kakitangan kontrak.

Di penghujung sesi memancing itu kami lambakan ikan untuk di audit bersama. Melihat hasil nye terbina persepsi  dalam hati wa bahawa tiada yang berubah dari segi hasil dan spesis pancingan kami pada hari itu dengan yang lepas lepas.

Kemudian kami menyeberang Sungai Langat untuk pulang. Melihat keadaan sekeling, wa turut juga perasan betapa permandangan sekitar nya telah turut berubah di telan masa dan keadaan.

Di pengkalan itu wa tinggalkan Wak yang masih lagi memakai jaket keselamatan.  Salah satu disiplin diri nya yang wa rasa masih tidak berubah.

Di daratan selepas memerhatikan keadaan sekeliling , wa pun memandu pulang meninggalkan Sungai Langat.

Sungai Langat akan terus mengalir membawa arus pasang surut dan pasti terkurung seribu rahsia akan perubahan2 yang telah berlaku di permukaan mahupun didasar nye.

 

Sg. Langat barangkali Begawan Solo versi kita. klik..

Advertisements

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

8 responses to “Sungai Langat ..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: