vathikuchi..

Wa tahu ramai  yang dah letih menantikan pengumuman  tarikh pilihanraya sejak dari tahun lepas lagi.

Dulu masa meramal ramal dan bercerita pada kawan kawan , kedengaran nye macam lah lu dapat info dari ‘ dalam ‘.  Namun dah lapan kali lu ramal, sampai lah hari ini kesemua nye salah belaka.

Tak mengape lah , lu bukan buat ape ape kesalahan pun. Nama nye pun ramalan.

Sementara lu menunggu tiba  tarikh nya yang betul wa nak rekomen lu orang menonton filem tamil terbaru.

Filem tamil terbaru tengah now showing mempamirkan  kemunculan hero baru, ni haa kat bawah nii hero dia. Dileepan nama sebenarnye. Dalam filem watak hero ni bernama Sakhti.

Vathikuchi Stills & Gallery

Sungguh pun dia nampak brutal tapi dalam hati ada taman..weii ..adey adey..

Vathikuchi Movie Stills

Gambar di atas ni adalah salah satu adegan si Sakhti ni sedang cuba memenangi hati si Leena yang kebetulan jiran dia. Di samping usaha  memenangi hati si gadis,  si hero ni juga ada 3 orang jahat yang inginkan supaya dia mati. Pasti ada banyak aksi flying kick dan tumbukan berdesyumm desyum

Kenapakah 3 orang jahat itu mahukan si Sakhti ni mati..?

Wa pun belum tonton lagi.  Tapi, ramalan wa bahawa  3 orang jahat itu akan berjaya di kalahkan dan dia pasti juga berjaya memenangi hati si gadis jiran nye itu. Caya laaa…

Wa boring laa ..alahaii

7 thoughts on “vathikuchi..

    1. Cinta Menora,

      Lu pernah tengok filem ” sivaji the boss ” ?
      Hero dia berkonfiden tinggi, lalu dia sengaja pegang karen letrik lalu mati kerana nak mengaburi penjahat.

      Kemudian doktor dia betul betul hidupkan dia semula. Pastu dia cakap, ” i know i can rely on you doctor ”..

      Itu pasal lah kawan kita si matt atas tu ketagih filem tamil.

      Like

  1. Sdr theolrascal,

    “Wa pun belum tonton lagi. Tapi, wa ramal 3 orang jahat itu akan berjaya dikalahkan dan dia juga pasti berjaya mememenangi hati jiran nye itu.”

    Den pocayo…walaupun belum tonton lagi!

    Teringat bapa saudara ( bekerja di CEB (TNB sekarang) membawa saya menonton di panggung wayang Klang lebih 4 dekad yang lalu..Heronya Mat Sentul.

    Like

comment.