moving on..

Hari minggu wa berjaga sampai pagi menantikan keputusan pilihanraya.

Keputusan nye yang lu orang semua pun sudah tahu adalah bahawa Barisan Nasional berjaya menubuhkan semula kerajaan persekutuan manakala Pakatan Rakyat masih lagi kekal sebagai barisan pembangkang yang kekuatan nya kini telah juga bertambah .

Negeri Kedah telah bertukar kerajaan sungguh pun begitu di negeri Selangor Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan sokongan nya sehingga bermajoriti 2/3.  Perak kekal tipis dengan nisbah 31: 28.

Parlimen Gelang Patah, Permatang Pauh , Lembah Pantai yang wa anggap akan menjadi perhatian kerana menyangkakan akan berlaku saingan sengit juga terjawab sudah. Tidak saperti yang wa jangkakan wa lihat pemenang nye telah memenangi nya dengan agak mudah dan selesa.

Ada sedikit sedikit kejutan di kedua kedua belah pihak namun status-quo dari PRU12 tidak begitu ketara. Namun kita  juga dapat rasakan bahawa  kedua dua pemimpin besar bagi kedua belah pihak tidak ‘ happy ‘.  Di satu pihak menyangkakan  akan mandat yang lebih besar manakala di satu pihak lagi  mengharapkan akan dapat mengambil alih kerajaan.

Selain itu satu perkembangan menarik perhatian pada wa yang akan berlaku di parlimen nanti adalah pertemuan nye antara Rembau dan Pandan. Mereka pasti akan ‘menyambung‘ semula debat yang telah mereka mulakan  di London yang kemudian nye di sambung  di Kuala Lumpur dan kini akan lebih menarik lagi di anjak  pula ke dalam dewan parlimen!

Seminggu sebelum pilihanraya umum ke-13 wa pergi  memandu di sepanjang pantai barat Negeri Selangor. Lama dah wa tak bawak van tua wa tu pergi bersiar siar, kesian dia…ekeke.

Banyak juga lokasi sepanjang jalan yang wa ambil kesempatan untuk singgah. Antara nya adalah di Simpang Lima.

Di pekan kecil itu wa  kembalikan laluan memori, serta merta pulang dari sekolah lepas makan tengahari dan kemudian nye diam diam wa terus belari ke arah parit ditepi sawah itu untuk berkubang.  Seketika kemudian ibu wa akan terpacul di tepi parit itu dengan batang ubi yang di patahkan semasa dalam perjalanan nye menuruti wa. Sudah tentu larian wa lebih pantas dari nye  namun selama mana sangat lah yang boleh wa bertahan jika tidak pulang ke rumah.

Gambar di bawah ini wa rakamkan di pengkalan nelayan Sg. Haji Dorani.

Pilihanraya seterus nya akan akan diadakan pada 2018. Meneliti tahun dan jarak nye, secara  spontan wa tambahkan  angka nya akan umur wa ketika itu.   Bukan umur wa seorang sahaja yang akan bertambah, umur ketua parti yang memerintah akan bertambah, umur ketua parti yang membangkang juga akan bertambah. Umur lu orang juga.

Sepanjang laluan pergi dan balik itu bendera biru tua, biru muda , hijau, merah putih berkibar kibar seakan melambai dan meraikan kemeriahan memilih warna pilihan kita setiap 5 tahun sekali.

Wa tiba di rumah dengan selamat. Van tua wa masih bertenaga tidak termengah mengah dan macam mencabar cabar pulak wa untuk bersiar siaran seterusnya.

Gambar paling atas tu wa rakamkan di Sg. Besar.

 

Move on…  shall we?

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “moving on..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Ya, sepadan usia kita menjadi begitu cool. Kita seperti tidak berupaya menterjemahkan emosi dalaman sehingga sukar kita hendak nasabkan samada menang atau kalah. Begitu juga bapak pemimpin.

    Kita juga menjadi menjadi so cool, se cool rakan-rakan Cina yang tidak menunjukkan emosi secara fizikal tetapi sangat fokus kepada misi @ objektif. Maka lemaslah kita ditimpa oleh bendera yang banyak dan hu-ha.

    Selangor hampir disapu bersih. Ada di kalangan kita menangisinya ada yang suka dalam hati. Rakan Cina kita cool….

    Apabila mengucapkan keputusan PRU ucapkanlah ‘ Tahniah’ dan ‘Takziah’ secara serentak.

    Like

  • Cinta Menora (@CintaMenora)

    theolrascal,

    wa nampak sesuatu yg hendak diterjemahkan menerusi gambar di sawah bendang … the greens and the blues … insya Allah

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: