obama talipon najib…

Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13

KUALA LUMPUR 14 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perincian perbualan talipon mereka begini:

obama:  ..hallo encik najib ke tuu..

najib : …ya,  ya  mr. obama ini wa la najib..malaysia  ..malaysia.

obama: ..wahhh…lu menang pilihanraya haa…hehe

najib: ..aalahaiii adalah menang sikit sikit… kenapa lu tak pecaya ke?  ..haha

Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

obama:   ..ehh..caya caya,  wa pecaya.. bila pulak wa kata tak pecaya..ngeeee.

najib:  … tenkiu, tenkiu..

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

najib:  .. Ini kali lah kita orang pakai indelible ink tau.  Lain kali lah punye pilihanraya kami  tak pakai lagi unless lah rakyat masih mahu pakai lagi.

obama:  ..good …good.

“Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini,” jelas kenyataan itu.

obama:  …tahniah arr..encik najib kerana masih power.

najib:   ..hehe.. adalah sikit sikit.. hahaha.

Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini.

obama: … encik najib bulan sepuluh nanti wa datang malaysia tauu..

najib:   …ehh.. datang lah..jangan tak datang. wa nak jemput pm thailand sekali  tak?

obama:   ..ngeeee.   kalau lu jemput bersemagat lah sikit kan.. ngeeee.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa.

obama:  ..lu masih follower wa kat twitter kan..

najib: ..alahaii mana ada wa delete nama lu lagii..tak caya lu check arr. 

obama: …lu tak pernah tweet wa pun?..

najib: ….alahai,  mr. obama wa lebih suka  facebook lah.

Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat.

obama: …wa dengar lu power betul pasal  transformasi..

najib: …alahaii, mr. obama lu lagi power. Lu ada transfomer maa,. Sekarang dah transformer ke berape haaa?

Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.

obama: …ok lah encik najib jangan lupa kawal sikit itu nuclear weii..

najib:  mana ada, mana ada wa meniaga nuclear. Itu Lynas rare earth pun wa dah serik. Kalau nuclear betul betul misti lu lah yang nombor satu akan kecoh satu dunia kan..kan?

Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara.

 maybe lah: …selepas obama meletakan talipon. Najib senyum

” fuyooo…obama talipon wa..hehe”.

di washington pulak setelah najib meletakan talipon obama terfikir fikir

” nanti meeting kat KL nanti , wa nak bawak bini ke tidak ni ?..”

(perbualan ini wa agak agak saja lah. Nak confirm detail lu tanya lah mereka berdua.)

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

3 responses to “obama talipon najib…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: