be good, be happy..

Setelah berstatus kontrak wa dulu nya sudah berazam jika boleh tidak lagi akan menulis ape  ape lagi berkaitan dengan jabatan.

Namun wa  berbesar hati memberikan  pengecualian untuk merakamkan peristiwa petang tadi.

Petang tadi mereka adakan majlis perpisahan buat  Azare ..( gambar di bawah – berkacamata, paling depan) dan Fuad ..(bertopi cina tanam sayur) serentak. Hari ini adalah hari terakhir bagi kedua dua mereka bersama jabatan.

Jabatan ini menjadi tempat pertama mereka bekerja setelah tamat di universiti bagi Azare , bagaimanapun jabatan ini juga telah menjadi tempat latihan praktikal buat Fuad sebelum menyertai nya sebagai pekerja.

male and female spannars....

The Spannars. Gambar kenangan tahun 2009.

Dalam ucapan ringkas nye petang itu T.Matsunaga berkata permergian kedua dua mereka pasti memberi ” great damage ” pada jabatan kerana kedua dua mereka adalah para jurutera  yang amat kompetan.

Selain T. Matsunaga, ketua jabatan En. Hasbullah dan mereka berdua juga tidak kecuali di minta memberikansedikit ucapan ringkas.

Sambil itu wa juga perasan mereka mereka yang telah bermula di jabatan pada umur muda dan kini sudah menjadi ‘ pakcik pakcik ‘  lebih banyak bermain dengan perasaan sendiri.

Di bawah ini wa paparkan semula gambar yang mungkin sedikit sebanyak akan memberikan kenangan kepada mereka berdua bersama kami ataupun sebenarnye kenangan kami bersama mereka.

Selamat maju jaya buat kedua dua mereka.

Sementara itu untuk ‘pakcik pakcik ‘ jabatan yang banyak melayan perasaan sendiri ada permintaan dari seseorang untuk menujukan persembahan berikut khas buat mereka dengan ucapan….

..be good, be happy haa..its your  world…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “be good, be happy..

  • Cinta Menora

    jangan terlalu melayan perasaan, pakcik ye …

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Insya Allah sepanjang kerjaya saya tidak pernah tukar tempat kerja.

    Berlainan dengan anak sulung saya yang bekerja di sektor swasta. Dia tidak tukar kerja tetapi seolah-olah cuba dapatkan kerja di tempat lain semata-mata hendakkan naik gaji dari majikan lama.

    Telah tiga kali dia dapat kerja di tempat lain, tiga kali juga majikannya ‘nego’. Dia kalah dengan ‘nego’ majikan lamanya.

    Kini dia dapat lagi kerja di tempat lain dan majikannya ‘nego’ lagi dengan gaji yang lebih tinggi dari tawaran di tempat baru.Dia belum buat keputusan lagi.

    Saya tidak tahu samada ini trend anak-anak muda sekarang termasuk mereka di Jabatan tuan yang bertukar tempat kerja itu.

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Ini lah ” market forces ” nye dalam pasaran kerja. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang kompeten dan dalam kemampuan nye membayar gaji.

      Selagi tawaran yang di terima nye itu ‘genuine’ anak tuan melakukan sama saja saperti mereka mereka di dalam pasaran kerja itu sendiri. Hanya perlukan mengkaji perincian2 lain saperti suasana baru, jarak dan kos lain dsb nya.

      Kadang kadang bila kita menjadi ‘loyal’ pada satu satu majikan berlaku juga kes , di mana mereka akan terperuk.

      Biasa nye anak muda selagi belum berumahtangga mereka tidak perlu pikir panjang untuk nenerima tawaran,

      Kedua dua mereka yang saya catatkan diatas adalah dalam ,..macam biasa , mereka cuba memantapkan kerjaya dan pada masa yang sama cuba memperbaiki pendapatan semasa.

      Rasa nye mereka lebih mengetahui….

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: