the man from U.N.C.L.E.

Semasa umur wa 10 tahun TV hitam putih telah pun berada di pasaran sejak beberape tahun sebelum nye.  Sungguhpun begitu di rumah, kami masih tidak mempunyai nye lagi.
Namun kekurangan itu tidak menghalang wa dari mengetahui segala rancangan yang RTM siarkan serta waktu waktu nya sekali. Maka siri kegilaan wa adik beradik ketika itu selain COMBAT  adalah..

 

..The Man from U. N. C. L. E. 

 
Setiap hari rabu wa akan pastikan abang tidak pergi tanpa wa mengikut nye.  Lepas magrib kami berjalan setengah kilometre ke rumah seorang kenalan.

Di takdirkan satu hari kami berpindah rumah.  Jiran baru yg mempunyai TV tidak lah seberapa metre saja dari rumah yang kami sewa. Namun jiran baru kami ini  telah sebenar nya menjadi lebih jauh dari rumah kami yang sebelum nye.

Waktu malam semasa siri ..The Man from U. N. C. L. E.   di tayangkan kami cuba berjinak jinak ke rumah mereka.  Alahaii.. mereka tidak mahu membuka pintu walau pun kami beri salam berkali kali.  Ironinya hanya  siang tadi nya kami bermain bersama sama  dan membaling  buah mangga muda dari pokok yang entah siapa yang punya.

Lalu melalui celah celah papan tingkap rumah mereka yang berongga tu kami tonton juga The Man from U.N.C.L.E.

Esok nye ketika bermain baling selipar pada ikatan gelangan gelangan getah yang bergumpal tergantung antara dua batang kayu kecil yang di cacak atas tanah kami sama sama bercerita mengenai kehebatan Napoleon Solo dan Illya kuryakin. Kami lakukan aksi aksinya sekali.

Dia tidak bertanya di manakah kami tonton siri itu dan wa adik beradik tidak juga berasa  keperluan nya bertanya kenapa dia tidak membuka pintu untuk kami.

Hmmmm…  ..The man from U. N. C. L. E.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

7 responses to “the man from U.N.C.L.E.

  • ujang kutik

    Sdr theeolrascal,

    Di mana pun lokasinya, skripnya hampir sama.

    Ketika itu rumah yang ada peti TV di kampung saya cuma rumah persinggahan bapa saudara Dato’ Chef Ismail. Sekalipun pada siangnya ada kalanya bermasam muka dengan sepupu-sepupu Chef Ismail, malamnya kami tetap bersama dan buat muka tidak malu menonton tv di rumah persinggahan bapa saudara mereka.

    Imbauan saudara baru menyedarkan saya (setelah lebih 40 tahun) betapa tidak selesanya keluarga itu diganggu oleh tetamu tidak diundang lagi tidak tahu bahasa lagi miskin lagi naif pada saban malam terutamnya ketika siri The Man From U.N.C.LE, Wrestling, filem Melayu dan lain-lain.

    Maafkan kami Dato’. (Bapa saudara Chef Ismail masih hidup).

    Like

  • cm

    esok wa baca kat pc, ok …

    Like

  • Cinta Menora

    Olrascal,

    Masa saya kecik-kecik, di rumah saya sudah ada TV hitam putih. Di waktu hari sekolah, kami adik-beradik cuma dibenarkan menonton TV sehingga jam 9 malam sahaja dan pada jam 10 malam, semua lampu2 dan perkakas elektrik mesti dipadamkan.

    Dengan adik-beradik saya seramai 7 orang dan masih kecil2 lagi, agak-agaknya, mak saya benarkan tak kalau saya bawa kawan-kawan menonton TV di rumah?

    Like

    • theolrascal

      Cinta Menora,

      Jelas lah kita melalui senario berbeza pada zaman yang sama…ahahahaha..this is a good one..

      Sudah tentu lah semua para ibu akan bersikap saperti ibu kamu dalam situasi begitu.

      Namun seringkali …

      ” jika akhir nya kita kembali ke tempat asal, kita akan dapati bukan tempat ‘terjatuh’ itu yang kita rindui tetapi zaman nya semasa kita adalah kanak kanak itu ..”

      Terima kasih CM.

      Like

      • ujang kutik

        Sdr theolrascal & Puan CM,

        Akhir kalam izinkan saya menutup entry menarik ini:

        ” Usia imbauan dunia anak-anak tidak akan pernah tua, ianya akan kekal muda selagi hayat dikandung badan”

        Tuakah Si theolrascal yang mengintai di celah papan tingkap rumah? Tuakah Si Ujang Kutik yang menjadi tetamu tidak diundang?Tuakah Si CM yang dicatu menonton TV?

        Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: