June..

Sabtu lepas wa travel ke Selatan tanah air.

Satelah berada di daerah Batu Pahat  sudah tentu sekali tidak akan cukup alasan untuk  tidak menikmati nasi beriyani gam Mohd Shah di bandar Batu Pahat serta singgah singgah di pekan Ayer Hitam.

Wa rasa ada sedikit kekeliruan pada ejaan nama rasmi pekan Ayer Hitam di papan tanda dalam gambar di atas. Ejaan Air hitam akan merujuk ke satu tempat di utara semenanjung tanah air.

Di pekan Ayer Hitam tu wa layan lah mem wa meronda ronda. Kata nya..  nak survey survey sahaja. 

Di situ, selain gerai memperagakan segala macam produk kraftangan dari bahan seramik, ada ramai juga  Ah Soh yang menjenjeng bakul  menjual sayur  dengan cara  mendekati  dari seorang pengunjung ke seorang pengujung yang lain.

Kemudian ada lah seorang  Apek ni tiba tiba mendekati wa  terus bercakap tak berhenti henti.  Pada mula mula wa tak faham butir butir isi kandungan perkara yang di cakapkan nya. Namun setelah menangkap maksud nya yang sebenar wa biarkan saja  Apek tu bercakap sorang sorang sambil tu wa suruh anak wa snap gambar kami berdua. Sempat lagi wa berposing  weii…ekeke.

Di akhir sesi itu apek itu jadi sedikit kecewa lalu  ungkapan akhir nya … ”  lu tak mau sudah laa!..”  bernada kesal dan terus berlalu.

Dan di penghujung  survey  yang dilakukan oleh  mem wa pulak tadi wa lihat ada  seorang Ah Soh gerai bunga sedang menolong nya memasukan pasu dan pokok buluh plastik ke dalam boot kereta.

Ketika memasuki kereta, curiousity  mem wa tidak boleh di bendung lagi ingin mengetahui apakah yang si apek tu cakapkan pada wa. Dan.. wa beritahu lah bahawa.. ” Ooohh, si apek tadi tuu, dia tu menjual nombor ekor ramalan..” . ahahahaha.

Astaghfirullahhal’azim.

Namun wa ke Johor bukan lah kerana Cuti Cuti Malaysia. Keputusan permohonan rayuan ke IPTA oleh UPU di terima anak wa pada tengahari Khamis sebelum nya.

Maka  ketika anak wa berkemas untuk mendaftarkan diri pada hari Ahad itu wa drive la  ke Ulu Kinta, Perak dulu pada hari Jumaat itu untuk menghadiri acara pernikahan anak perempuan abang wa di sana sebagai ganti tidak  dapat menghadiri pada acara bersanding dan  kenduri bersama sama ahli keluarga yang lain pada Sabtu nya.

Di hari minggu itu anak wa mendaftarkan diri.

Di kemuncak proses pendaftaran itu maka tiba lah masa kami akan berpisah.  Di saat saat perpisahan itu berlaku lah momen momen yang penuh emosi.

Dia  berjabat tangan dengan adik beradik lalu memeluk dan  mencium ibu nya. Ketika ini airmata sudah mula menitis walaupun dia bukan lah anak pertama yang memasuki IPT.  Namun dia  menjadi yang paling jauh. Dan menjadi paling jauh tidak memungkinkan  dia mampu pulang ke rumah semahu nya pada setiap hujung minggu saperti abang dan kakak nya yang terdahulu.

Kemudian akhir sekali dia mendekati diri wa dan terus memeluk . Wa memeluk nya  kembali dan menepuk nepuk bahu nya. Tiada kata kata yang terucap.

Pada hari father’s day dan dan lebih tepat lagi pada momen itu wa paksa diri wa tonjolkan imej kebapaan yang kuat dalam diri wa.

…namun wa juga seorang insan biasa dan pada saat saat itu wa adalah seorang bapa yang akan meninggalkan anak nya untuk bersendirian buat pertama kali dalam hidup nya.

Tentu lu boleh membayangkan bagaimanakah  perasaan nya….

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “June..

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Salam. Saya boleh bayangkan momen demikian. Saya juga pernah alami saat-saat meninggalkan anak bersendirian untuk meneruskan pelajaran.

    Semuga anak saudara akan berjaya mengejar cita-cita. Amin…..

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Alhamdulillah. Tahniah. Ciri-ciri kecerdikkan ibu dan bapanya singgah kepada anak-anak.

    Di antara keseronokkan dalam dunia ini ialah menghantar anak mendaftar masuk Universiti. Kedua ketika konvo.

    Mungkin ketiga baru ‘main’ blog.

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Terima kasih.

      Ya , saya kira prioriti juga turut berubah mengikut peranan semasa kita. Benar lah bahawa antara keseronokan nya kini ia lah menghantar anak mendaftar masuk universiti.

      Haha.. dah sekian waktu saya tidak ‘ bermain ‘ blog.

      Like

  • Cinta Menora

    Olrascal,

    Semasa saya tinggalkan anak saya di asrama, saya masih boleh menahan diri dan perasaan. Berbeza pula dengan ayahnya yang jelas nampak kesayuan di wajah …

    Like

    • theolrascal

      Cinta Menora,

      Hehe.. agak nya para bapak bapak nampak nya kini lebih manjakan anak berlebih melebihi para ibu.

      Betapa senario di mana dehem seorang bapa sudah tidak lagi menjadi signal kepada anak..sudah berlalu kini…alahaiii.

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: