kertas julai..

Semasa sesi bersalam salaman antara imam dan para makmum selepas zikir dan takbir di malam raya itu  pak imam memilih untuk memeluk wa kiri dan kanan. Untuk itu seketika wa rasa macam di awang awangan namun wa juga berpijak di bumi nyata dan buat satu ketika juga perasan termalu malu muncul secara tiba tiba dalam diri wa . Manakan tidak ketika pak imam dan sebahagian makmun lain meneruskan sehingga ke rakaat dua puluh wa sudahi terawih  wa pada rakaat yang ke lapan ..ekeke.

Kini Ramadan 1434 sudah pun berlalu dan akan semakin jauh  pada setiap hari yang berlalu. Jodoh dan pertemuan kita dengan Ramadan seterusnya hanya Allah swt saja yang  maha mengetahui.

Hari hari terakhir sebelum bermula nya Ramadan wa telah memandu semula ke Batu Pahat.  Anak wa terlalu homesick. BerVideo call dengan nya tidak membantu meredakan rindu nya pada rumah dan pada si putih kucing jantan kesayangan nya. Wa seakan merasai juga  bahawa kucing tua itu juga amat merindui nya. Mem wa kata wa  berlebih lebih… .

Maka cuti 4 hari kerana ‘ tiada kelas ‘  pada minggu itu membolehkan rascal wa yang seorang ini  memulai ramadan nya di rumah.  Dalam perjalanan pulang kata nya pada wa bahawa berat badan nya telah susut 7kg!   Mendengar statement ini wa mengangguk ngangguk serious namun mem wa hanya tersenyum, … senyum yang bernada perli.

Wa hantar nya semula ketika momentum puasa wa baru saja bermula.  Jarang sekali wa travel dalam bulan puasa.  Saperti Ramadan yang lepas lepas cabaran nye bukan sangat pada menahan diri dari lapar dan dahaga  tapi di mata yang  mudah sangat mengantuk juga akan memandang atau terpandang pada perkara yang tak sepatut nya kita pandang.

Rasa nya perlu juga wa berikan sedikit catatan pada gambar atas.  Gambar di atas itu wa rakamkan di bazaar ramadan Taman Sri Andalas Klang. Ketika membeli daging kambing panggang yang menjadi favourite nya untuk berbuka, mem wa menoleh ke arah wa saperti menunggu jawapan pada banyak soalan yang masih belum lagi wa berikan jawapan.  Apakah benar berat badan nya telah susut sebanyak 7kg?

Dalam perkembangan lain dan beberapa peristiwa yang wa lalui  telah menghadkan kehadiran wa  di alam siber. Kemudian para rascals wa pula bersetuju mencuba cubakan tangan mereka pada kemahiran baru. Satu bidang yang kami  selalu saja berteori tetapi tidak pernah mempraktikan nya.

Di kawasan letak kereta di kompleks ole ole , Shah Alam wa berjaya menyewa tapak  bazar untuk sepanjang bulan Ramadan. Maka bermula lah rutin kehidupan wa yang banyak di pengaruhi oleh keperluan memenuhi masa masa tertentu.  Maka ia  menambah jarakan lagi diri wa dari alam siber.

Di pendekan cerita setelah gerai itu beroperasi empat hari rascal wa yang bekerja di KL  pulak telah tamat tempoh cuti nya minggu itu. Maka minggu seterus nya menyaksikan setiap waktu rehat tengahari wa keluar pergi membuka gerai masih beruniform kilang yang wa pakai setiap hari bekerja. Setelah meninggalkan mem untuk  wa jadikan  salesgirl di situ wa pun pulang semula ke kilang. Alahaiii comey giler salesgirl wa tu..weii…ekeke.

Pada sebelah petang setelah salah seorang dari rascal wa yang lain mengambil alih, wa pun pulang lah ke rumah bersama salesgirl yang kini perlu membuat persedian untuk berbuka pula.

Wa datang semula kemudian nya pada sebelah malam setelah wa sudahi terawih pada rakaat lapan untuk menutup nya.  Namun pernah terjadi juga sehingga lewat tengah hari  gerai itu masih belum di buka pada masa  yang sepatut nya setiap hari pukul 10 pagi kerana tuntutan urusan kerja di kilang. Terlintas juga di fikiran bahawa pasti menarik  kalau wa lakukan semua kerja kerja ini sepenuh masa.

Gambar di bawah ini wa kira boleh menjelaskan komoditi yang wa peragakan di gerai itu.

Tidak lah begitu lama untuk  wa perasankan  akan sesuatu yang ganjil sehingga lah satu hari itu semua rascals wa mengesahkan nya. Kata mereka kalau wa duduk di gerai orang tidak mahu singgah. Salesgirl comey kata mereka akan berasa segan nak singgah bertanya tanya.

Setelah wa ronda ronda ke gerai gerai lain wa dapati memang tidak ada orang tua yang tetonggok disitu tambahan lagi di gerai gerai yang menjual barangan yang satu line dengan wa. Wa bukan saja tidak menjadi nilai tambah pada barangan itu malah telah menyusutkan nilai estetika nya… huaahahhahaa.

Sejak itu wa  jarakan diri dan tidak menunjukan gerak geri  yang akan mengaitkan pertalian wa dengan gerai perintis itu.  Gerai yang para rascals wa anggap wa  mastermind nya ..ecewahhhh.

Melalui semua itu yang paling siknifikan buat wa adalah mereka para rascals wa telah dapat melihat segala apa yang mereka tidak dapat meihat  selama mereka berteori sesama sendiri.

Namun di sebalik itu semua  wa berasa sedikit kesal kerana telah menghilangkan diri dari jaringan blogosphere tanpa memberi sebarang petanda. Wa juga amat terharu apabila ada rakan blogger tertanya tanyakan  akan keadaan wa dalam blog entri nya. Ketika terbaca entri itu  wa boleh saja membalas di ruang komen  namun pada wa seni nya budi seorang blogger harus di balas dengan blog juga  ..ecececehhh.

Selain itu ada  rakan blogger yang bertanyakan akan keadaan wa melalui circle wa di google plus dan wa amat menghargai nya. Untuk itu wa sudah sepatutnya mengumumkan bahawa wa .. still alive and kicking. Gambar paling bawah itu dirakamkan di Danga Bay sebelum menuju ke Tg. Piai di awal Julai lalu.

Dan dalam bulan Ramadan Al-Mubarak kali ini juga wa menjadi saksi betapa trajik nya putaran kehidupan buat seseorang  yang wa kenali yang telah tidak..  ” berakit ke hulu dan berenang renang ketepian ” tetapi telah ” berenang renang ke hulu dan berakit rakit pula ketepian. ”

Untuk itu wa harap dia akan dapat mempelajari sesuatu pengajaran sebelum menduduki .. July Paper nya yang akan datang.

Wa tutup dengan rasmi nya gerai menjual pakaian wanita itu pada malam raya dengan bersalam salaman sesama para peniaga yang telah terjalin persahabatan dan antara lain adalah first timer sapertimana kami.  Sambil berkemas para rascals wa menyanyikan lagu menuju puncak.

..hehe.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

8 responses to “kertas julai..

  • nitestalkerz

    gerai perintis boleh berkembang bro… selamat hari raya.. maaf zahir batin

    Like

  • cm

    Assalaamualaikum OR,

    Ini rupanya projek awak ye, sampai salam kita pun tidak berbalas …

    Like

    • theolrascal

      cm,

      Waalikumussalam…

      Jangan berkirim salam dalam alam siber kerana tidak ada tangan yang menyambut nya.

      Di alam siber umur kita boleh berubah dari 52 kepada 25 sekelip mata. Wajah yang tak berape nak hensem juga boleh semirip aaron aziz pada bila bila masa..ekeke.

      tq.

      Like

  • cinta menora

    wa suka quote di atas … life is the most difficult exam … there are times we failed, there are times we passed … continue with your new project, OR. wa doakan moga2 lu success selalu. gain is pain but i have faith in you …

    selamat hari raya minal aidil wal fa idzin serta maaf zahir dan batin …

    Like

    • theolrascal

      cinta menora,

      Selamat Hari Raya..

      Kegagalan itu akan sentiasa berlaku kepada kita tetapi kegagalan paling besar adalah apabila kita gagal dari terus mencuba…ecewahhh.

      Gerai tu menjadi evenue wa mencuba cuba pilihan namun rasa nya juga ada prioriti dan perkara lain dalam life yang ingin wa lakukan.

      Terima kaseh atas doa lu itu.

      Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Selain dari Tuan Imam saya juga jika berkesempatan akan ‘ mencium ‘ tuan.

    Momentum sudah dimulakan. Insya Allah tahun hadapan lebih mudah lagi laluannya.

    Ada seorang kawan yang mula business selepas bersara meluahkan bahawa jika dia tahu business itu menyeronokkan sudah lama dia bersara pilhan (option).

    Like

    • theolrascal

      Ujang kutik,

      Pelukan pak imam itu rasanya kerana momentum subuh berjemaah dengan nya yang telah telah terbina sepanjang ramadan.

      Kini kalau saya tidak hadir di masjid waktu subuh, tak tau lah macamana nak ber reaksi jika berseliseh dengan nya.

      Harapan nya agar momentum itu berkekalan sapertimana yang saudara sebut dalam entri di blog ujang kutik…hahaha..

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: