ogos wa..

Menjelang tarikh perayaan kemerdekaan negara kerajaan kita ada melancarkan kempen kibarkan jalur gemilang. Terbaca mengenai nya wa hanya tersenyum.

Blog the ol’ rascal  berkempen mengibarkan jalur gemilang setiap hari sepanjang tahun. Jika lu nampak  jalur gemilang di sisi itu tidak berkibar makna nye loading  internet lu sangat perlahan atau pun line telah  terputus  …ahahaha.

Selain itu wa terbaca juga akan filem yang sudah menjadi polemik politik negara akan di tayangkan pada umum dua hari sebelum tarikh kemerdekaan. Filem biografi sejarah mengenai dua tokoh negara kita itu juga berkisar di sekitar pertelingkahan kaum 13 mei 1969. Melalui tarikh itu sebagai kanak kanak yang sedang bersekolah rendah tentu lah sedikit sebanyak wa rasakan juga kaitan langsung nya dengan sejarah yang dilalui negara.

Namun jika boleh wa mahu kita semua  supaya  move forward ….ecewahhh.  Ada kala nya wa amat setuju bahawa untuk membina masa depan selain daripada memerlukan kemajuan sains  kita juga perlu melihat pada  sejarah.  Sejarah kita… ahh sejarah wa..

Wa tinggalkan zaman kanak kanak sekolah rendah  tahun tahun 60’an setelah memasuki sekolah menengah pada tahun 1971 di Kuala Lumpur.

Masa itu umur wa 13 tahun mana mugkin lah wa akan perasan polisi Dasar Ekonomi Baru DEB kerajaan telah di lancarkan pada tahun yang sama.

Sungguhpun begitu frekuensi  lagu lagu  popular the beatles terutama nye hey jude telah pun lama berkumandang keluar masuk  di corong  kedua dua belah telinga wa.

Setelah berada di sekolah menengah jaringan kenalan wa melebar luas. Sahabat sahabat handai tidak lagi terbatas pada ami dan epul di sebelah rumah yang sekampung mahupun di sekitarnya.

Alam persekolahan di Kuala Lumpur juga membuka lebaran baru pada  wa akan  rutin kehidupan yang baru dan asing.  Jauh dari kebiasaan setiap pagi  di kejutkan ibu  dan di beri 30 sen wang saku sebelum melangkah keluar pergi menunggu bas sekolah.

Jauh dari pengawasan ibubapa juga telah melorongkan wa  untuk  berada dalam mode connected dengan rakan sebaya, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.  Maka  ada saja perkara baru yang menarik perhatian untuk di terokai. Rasa nya masa itu wa seumpama  satu ekor rusa yang telah tersesat barat masuk ke dalam se buah kampung …hehe.

Namun wa biarkan saja diri wa hanyut di bawa arus. Arus perdana dunia kanak kanak yang sedang meniti ke alam keremajaan. Kenapa pula harus wa menongkah arus yang sebahagian dari nya adalah diri wa juga.  Bukan ke Life itu is so full of surprises..  hehehe.

Lalu banyak kali lah juga wa terkena kejutan. Walaupun bukan nya kejutan dari karen elektrik tetapi kejutan budaya jauh lebih mengesankan. Tahun tahun 70’an banyak mempengaruhi corak nya bagaimana wa menuju kedewasaan. Entah hitam entahkan putih dan entahkan  kelabu, tuhan saja yang maha mengetahui.

Sekali peristiwa pada satu hari itu sebelum cuti penggal pada tahun 1972 salah seorang dari sahabat wa telah ditangkap oleh warden kerana menghisap rokok. Ibubapa nye di kehendaki hadir bersama apabila dia melapor diri apabila penggal baru di mulakan setelah tamat cuti selama dua minggu nanti.

Dua minggu kemudian wa terserempak dengan nye di luar pagar sedang berjalan menuju ke pejabat. Bapa nye berjalan di belakang  dan dia sedang berjalan di hadapan dengan di jari nya terselit sebatang rokok yang sedang berasap!

Terkejut beruk wa.  Lu tahu kah bagaimana  beruk apabila dia terkejut?  Haa…macam tu lah diri wa ketika itu.  Dia sapertimana wa sedang berada di dalam tingkatan dua.  Wa tidak lah mengetahui apa butiran nye yang berlaku di pejabat warden tapi  yang sampai ke telinga wa  bapa nye telah memberitahu warden  di rumah memang dia seorang perokok.

Selain sahabat wa itu anak yang sulung bertubuh besar  bapa nye juga yang wa dengar memang sudah mengiktiraf anak nye itu seorang yang telah dewasa. Weiii..boleh muncul dalam kehidupan wa orang yang sebaya wa rupa nya telah menjadi dewasa sebelum waktu nya.  Tergamam, kagum  dan sungguh sungguh terkejut dan kehairanan sangat sangat wa hingga ke tahap gaban….ahh  apakah pulak maknanye perkataan gaban itu?, lu tolong lah terangkan pada wa.

Apa penyudah pada hidup nya  atau status nya kini tidak lah wa ketahui. Kami terpisah hubungan selepas keputusan LCE di umumkan pada tahun 1973. Mungkin dia juga sudah terlalu tua sebelum waktu nya…huhu.  Itulah antara kejutan budaya awalan yang  wa lalui.

Banyak lah perkembangan semasa yang wa perasankan dan sejak mengetahui ujud nya jeans  jenama Lee dan Levi’s wa tidak  lagi mahu memakai seluar pendek.  Seluar pendek hanya kanak kanak  yang memakai nya dan wa bukan nya kanak kanak lagi. Wa sudah dewasa ataupun sedang menuju kedewasaan.  Ada momen nye dimana wa berasa saperti sayap telah mula tumbuh di kiri dan kanan bahu wa. Dan pada masa itu seakan akan wa sedang mengepak ngepak  tidak sabar lagi mahu take-off  terbang meninggalkan sarang.

Menjadi dewasa itu cool. Cool kerana orang dewasa tidak  perlu meminta kebenaran ibu bapa untuk melakukan apa yang ingin mereka lakukan..heheh. Kemudian karektor wa sedikit demi sedikit berubah tidak terkecuali juga sahabat sahabat setahun jagung wa yang lain. Maka setiap apa yang kami lakukan kami sedaya upaya menonjolkan tanda tanda kedewasaan.

Kemudian adalah pada satu hari tu di pagi sabtu yang biasa biasa ,  sebelum turun menghadiri latihan jasmani wa belek belek muka depan cermin nak bersikat rambut. Belek punya belek sedetik kemudian berakhir lah sikatan rambut tradisi wa yang berbelah tepi.  Fesyen sikat rambut belah tepi adalah  cara sikatan rambut warisan dari semua ibu2 penyayang seluruh dunia tidak terkecuali  ibu kepada hero utama negara Amerika si Superman yang mengekalkan  fesyen itu sehinggalah   Superman dewasa.

Kali ini wa turun padang  dengan rambut stail baru di sikat berbelah tengah. Wa feeling good sangat sangat  pada masa tu namun tidak ada siapa pula yang perasan akan perubahan itu.  Ditakdirkan, kini wa tidak lagi dapat bersikat  di sisi sebelah mana sekalipun ..alahaii.

Kemudian tu salah seorang dari sahabat wa  mempunyai rambut kerinting.  Dia tidak menggunakan sikat konvensional yang biasa.  Sikat yang dia gunakan  berbentuk bulat dan berduri duri. Semasa cuti penggal dia bersikat dengan menaik naikan rambut nya keatas sehingga menjadi bulat macam sarang lebah. Dengan kulit nye yang gelap dia kemudian kelihatan sebijik macam  Michael Jackson cuma Michael Jackson yang sebenar lebih comel dan pandai menyanyi.  Banyak juga perhatian yang di terima nya memperagakan rambut afro look.  Namun hari ini mereka berdua ni sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini. Kedua dua mereka Michael Jackson dan sahabat wa itu sudah pun meninggal dunia. Al-fatihah buat sahabat wa.

Masa berlalu dan arus perdana dunia kecil wa juga terus mudik dan mungkin mengalir lebih laju. Kemudian kami melangkah ke tahun seterus nya.  Siknifikan nya tahun 1973  adalah di penghujung  tahun itu  kami semua akan menduduki peperiksaan besar LCE.  Kejam nye dasar pendidikan negara kita  zaman itu adalah jika lu gagal salah satu subjek teras maka lu  di kira gagal dan tidak dibenarkan  menyambung persekolahan ke tingkatan empat.  Ramai yang  wa temui mendapat kepujian pada semua subjek tetapi telah gagal pada subjek matematik. Sedih giler wa..

Maka dengan pendedahan dorongan dan lorongan  yang amat terhad mengenai kerjaya masa hadapan ramai yang telah terdampar pada realiti kehidupan berbekalkan tangan yang kosong di usia yang terlalu muda. Sebahagian dari mereka menjadi street smart dalam kemahiran hidup berjaya mengatasi rintangan dan merubah mengikut keperluan dan keadaan kontemporari.

Lalu ada sebahagian lain yang melalui nya dengan penuh kegetiran. Jika boleh wa sampaikan kata kata di penghujung nya ketika kita semua kini sudah pun bersama sama di usia kedewasaan wa ingin laungkan…

weiii..  wa sentiasa  mengetahui bahawa jika kita melihat semula akan tangisan kita yang lepas pasti akan membuat kita ketawa tapi tidak pula wa mengetahui apabila kita melihat semula akan tawaan yang lepas  lepas juga telah membuatkan  wa menangis..” … alahaiii.

Menyusuri tahun 1973 itu juga wa perasan akan perubahan ketara diantara rakan yang lebih advance akil baligh. Mereka ada girlfriend!  Lagi sekali wa terkezzut. Hairan bin ajaib wa memikirkan bila masa  pula mereka ni bertemu dan apa pula yang dicakapkan sehingga  mahu pulak budak budak perempuan itu berkawan dengan mereka.

Lalu mereka yang sudah terkehadapan ini dikira telah berada didalam liga tersendiri. Liga budak budak di kira hensem. Yang tiada girlfriend dan tidak hensem dan yang teramai hanya dengar cerita dengan teruja dan penuh kegaguman  dan mungkin juga memasang niat di dalam hati.  Sungguhpun begitu tidak pula wa terdengar mereka lakukan perkara perkara yang tidak baik.

Kemudian dalam satu peristiwa  berlansung lah satu  trade fair yang di adakan di stadium negara. Maka pada satu petang itu ramai lah kumpulan budak budak sekolah menengah baik lelaki mahupun perempuan.

So.. cerita nya semasa melepak lepak itu maka ada lah rakan rakan dalam kumpulan wa yang telah menjadi adventurous telah mengusik ngusik   ke salah satu kumpulan budak perempuan di satu sudut.  Mendapat response dari jauh yang amat menggalakkan telah membuat seorang diantara kami yang takut tapi mahu telah pergi ke kumpulan itu untuk memberikan nota alamat yang di tulis diatas kertas.

Seksa nya zaman sebelum keujudan androids,  kumpulan itu di suakan nota itu berkali kali masih tidak mahu menerima nya. Harramak!!..  bera nya muka wa sangat sangat. Terpinga pinga dia kembali masuk dalam kumpulan. Kemudian dari itu wa tidak pernah berani atau terlintas untuk mencuba cuba nya lagi sehingga tamat alam persekolahan.

Dalam bulan Oktober tahun 1973 itu kami semua telah menduduki peperiksaan besar LCE.  Off course lah wa lulus dan naik ke tingkatan empat ..hehe.

Namun di takdirkan itu lah tahun terakhir wa tinggal di Kuala Lumpur sebagai budak sekolah yang sedang meniti alam keremajaan.  Life is full of surprises..

Alahai… wa berhenti di sini. Entahkan bila pulak wa akan sambung…

3 thoughts on “ogos wa..

  1. Sdr theolrascal,

    Dunia ini lalu-lalang sejarah dan realiti….(promo ungkapan blog sendiri).

    Saya adalah di antara pembaca yang menunggu-nunggu sequel mini biography ini.

    Mungkin kami terpaksa sabar menunggu ‘ september wa ‘.

    Like

comment.