dari syria ke tanjung piai….

Wa ada baca berita dari agensi berita  orang putih Rueters bulan lepas.

21 OGOS.

Pihak pembangkang Syria menuduh tentera kerajaan melancarkan roket yang mengeluarkan gas beracun di pinggir bandar Damsyik dan mengakibat penduduk dewasa dan kanak kanak maut ketika sedang tidur. Jika di sahkan ia akan menjadi kes serangan gas beracun paling teruk dalam tempoh 25 tahun.

22 OGOS

Pegawai rasmi Amerika Syarikat dalam kenyataan nya menyatakan serangan itu memperlihatan tanda tanda perbuatan oleh kerajaan pimpinan Presiden Bashar Al-Assad, namun Washington kata nya akan menungggu perincian pengesahan antara lain si pelaku nya sebelum mengambil sebarang tindakan secara paksaan.

23 OGOS

Amerika Syarikat mula menempatkan kedudukan angkatan laut nya di Mediteranean demi memberikan pilihan kepada Presiden Barack Obama jika tindakan di ambil keatas Syria sungguhpun beliau tidak lagi membuat keputusan mengenai tindakan kententeraan. Obama berkata serangan gas itu sebagai  ”amat membimbangkan” namun kemampuan Washington untuk menyelesaikan krisis Syria telah di nyatakan secara ‘ berlebihan’

Pihak pembangkan Syria menyatakan sampel dari mangsa serangan itu telah di seludupkan keluar dari Syria untuk di uji oleh pakar pakar PBB.

24 OGOS

Obama mencongak congakan akan pilihan kententeraan dengan penasihat tinggi dan bercakap juga dengan David Cameron , sekutu kuat Amerika , bersetuju bahawa sebarang penggunaan gas beracun oleh tentera Assad bermakna memberi merit untuk ” tindakan balas yang serious ” . Kerajaan Syria dalam laporan nye menyatakan bahawa tentera nya menjumpai senjata kimia di dalam terowong dipinggir bandar Damsyik  memetik sebagai bukti bahawa pihak pemberontak adalah bertanggungjawab dalam serangan itu.

25 OGOS

Assad bersetuju membenarkan pasukan Bangsa Bangsa Bersatu menyiasat di tapak yang di katakan lokasi serangan gas beracun. Namun pegawai tinggi Amerika Syarikat  berkata ”tawaran itu sudah terlalu lambat untuk mendapat kepercayaan”. Kata kata dari Amerika itu jelas memberi petanda akan keberangkalian besar tindak ketenteraan akan di ambil bagi menentang Assad.

28 OGOS

Presiden Obama menyediakan kes untuk serangan ketenteraan yang terhad keatas Syria dengan menyatakan bahawa keyakinan nya Assad berada di belakang serangan gas beracun namun masih belum merumuskan samada untuk bertindak.

Weiii….

Wa ada pergi Tanjung Piai bulan sebelum nya. Sekarang lu orang  baca cerita wa pulak ..ekeke.
Kalau berlaku peperangan di Syria nun di sana tu nanti jadi complicated kepala kita.

Lu orang tau ka?,  di JB kat Danga Bay  tu sebelum wa menuju ke Tanjung Piai,  ..ada sebuah restoran seafood.

Wa tengok harga king crab nya wa rasa macam, ..macam kita tak boleh makan nii… beracun!  hehe.

Dia punya harga mahal giler.

Harga tu buat wa pandu terus menuju Tanjung piai tidak berlengah lagi.

Kemudian sampai lah wa ke destinasi…

Wa berhenti la di satu perkampungan tepi laut.

Itu mem dan anak wa.

Nak menuju ke sini wa naik titi.. ehh jambatan..

Tuu.. di hujung jambatan tuu..lu boleh nampak pondok yang mem dan anak wa sedang beristerihat kat bawah pondok tadi.

Dari atas jambatan wa snap pulak di sisi nya..

Gambar ni kreativiti wa laa.

Bukan kamera mahal haaa…  kamera handphone wa. Kalau bandingkan dengan handphone android lu orang wa punya kira .. macam cap ayam laa.

Namun wa tak habis di sini ..

Wa sebenarnya ingin menjejakan kaki wa diatas  spot yang paling penghujung dalam benua Asia.

Oooh ye ..mula nya ingat wa nak campak mata kail wa kat depan pondok tu. Mana tau ada siakap yang akan sambar. Bila teringat akan ” bila nak dapat ikan ni bang?”… Tak jadi lah ni kali. Lainkali lah.

Kemudian wa drive lagi ke ke hujung kampung tu… Kampung tanjung paia tu lah.

Weiii.. nampak tu. Taman Negara.

Orang yang umur nya 55 tahun keatas separauh harga.
Rm3 .. kalau wa tak lupa.

Alahaii.. malu ke bangga tu wa dah masuk kategori separuh harga ?

Pelantar ini menyusur hingga keliling sepanjang kawasan taman negara.

Wa  susur.  Wa susur lagi ..

Kemudian wa nampak slogan ni..
Ape hal mereka ni.. ada pasukan Liverpool ke kat sini?
Kemudian wa susur lagi melaui pelantar tu. Kalau lu tak boleh berjalan kaki, kat depan sana tadi tu mereka sediakan wheelchair untuk orang yang kurang upaya.
Serta merta wa tiba di spot paling penghujung dalam benua Asia mereka ucapkan  tahniah .. weii

Namun di situ wa tak sangka boleh terjumpa artis tanah air.  Mana boleh wa kasi can.. apalagi  wa snap lah gambar dia.

Hehe… lu ada?

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “dari syria ke tanjung piai….

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: