sarawak dan shahbudin b. talib..

Semua negeri negeri di Malaysia telah wa lawati, kecuali..

.. kecuali Negeri Sarawak.  Namun satu hari nanti jika sampai rezeki wa untuk melawat negeri Sarawak pasti lah wa tidak akan menjadi sunyi dari atucara dan perhubungan dengan penduduk tempatan nya.

Sahabat wa Shahbudian Talib bersara awal. Dia akan berhijrah ke Sarawak.

Itu lah kelebihan nya bekerja di sektor swasta, lu boleh pilih untuk bersara pada bila bila masa saja. Tidak ada options untuk lu tunggu sampai kelayakan nya.  Pekerjaan itu  mungkin tetap tapi berpencen  tidak sama sekali.

Shabudin Talib  telah wa kenal sesusia perkhidmatan 22 tahun di jabatan dulu,  ada lah seorang yang kuat bergurau. Namun pada wa secara peribadi dia juga adalah seorang yang di sebalik gurauan nya adalah seorang yang kuat juga menyakat.

Dia tidak menyakat kanak kanak..  weii, dia menyakat orang dewasa. Habis  rakan rakan dan orang baru yang  masuk jaringan akan di sakat nya.  Sakatan nya akan diakhiri dengan  dia gelak besar.. HAHAHAHA. Bila dia gelak besar lu sudah dikira ‘kalah’

Lu tengok apa dia buat..

..dia  rekacipta cerita, lalu hulur senjata mainan kanak kanak.

..dia yakin kan.

.. jadi teruja.

.. melaungkan  semangat dan kemenangan.

..tu dah terkena.. huuahahaha.

Lu tengok tu Shabudin Talib tengah bergelak besar menunjuk nunjukan jari pada orang yang berjaya di sakat nye. Dia  menyakat T. Matsunaga !

Kalau tahun 1945 dulu lu buat perangai macam ni paling lembut balasan adalah penampar Jepun. Hukuman agak ringan adalah minum air sabun dan kemudian sedikit berat adalah hukuman pancung terus ketika lu sedang melutut.. hehe.

Sungguh pun begitu Shabudin Talib dalam banyak peristiwa juga ada lah seorang yang juga humble dan berseni dan selain imej yang kadang kadang brutal tetapi masih ada taman dalam dirinya.

Dalam ucapan selamat berhijrah kepada nya dalam laman sosial GooglePlus yang wa tujukan khas pada nya wa jualkan pantun…

Ambilkan saya buah delima, 
Masak sebiji di balik daun; 
Budi tuan saya terima, 
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Off course pantun ini wa copy and paste hasil carian google search ..ngeee. Dia beli pantun wa weii…

Namun pantun balasan nya tidak pasti pulak wa samada karangan nye sendiri atau dia juga copy and paste sapertimana wa.. ekeke.

Ambilkan Saya Buah Delima
Masak Tiada Warna Pun Kurang
Budi Yang Ada Tidak Sempurna
Tiada Ingatan Semua Orang

Alahaiii.

Sebaik dia membuat keputusan bersara awal beberapa bulan lalu  wa tanya lah apakah rancangan masa depan nye. Selain akan menetap di kampung isteri nya, dia, kata nya akan menggunakan segala jaringan  dan pengalaman mengendalikan portal kakipancing .net untuk memulakan sesuatu berlandaskan hobi pancing dan jelajah nya.

Lu boleh layari web beliau yang masih lagi dalam pembinaan di sini.

Gambar ini mengingatkan wa akan..

.. sahabat wa Shahbudin Talib  sedang berada pada peringkat tinggi dalam elemen penyakat nya.

Selamat Maju Jaya negeri Sarawak.

Selamat Maju Jaya Shabudin B. Talib.

10 thoughts on “sarawak dan shahbudin b. talib..

  1. All the best Tuk Din….
    Baru ajer kenal tapi dah jadi datuk angkat
    Pasal punctual….pasal berebut nak
    main longkang johan setia la tu…hehhehehee
    Pasal menyakat…no komen…dah kenal baru tau

    Like

  2. Shahbudin b, Talib…..ermmmm…..
    Shahbudin yg wa kenali sejak 20 tahun lepas came in full package.
    Dia boleh jd brutal,lawak, beremosi n kuat menyakat cam apa yg OR gambarkan.

    Tapi 1 yg wa kagum pasal Shahbudin adalah ketepatan waktu bekerjanya.
    Wa x pernah nampak dia sampai ke ofis sebelum pukul 8 cam wa n kawan2 yg lain.
    Time balik pun beliau akan punctual. Tepat pukul 5.40 pm n siren berbunyi biasanya Din akan jd org pertama melangkah keluar dari ofis.

    Kami pernah riding bertiga bersama dgn Bob menunggang motosikal KRR kitorang ke Johor suatu masa dulu di tahun 90an. Kerap kali gak kami bergurau menyebut ungkapan KRR….hanya kita yg tau,bro…..:)

    Wa nak ucapkan selamat maju jaya buat Din di dalam apa jua bidang yg beliau ceburi nanti. Insha Allah 1 hari nanti wa n famili akan sampai untuk
    mengalami pengalaman bermalam di D’Dangao.

    Like

  3. saya pun macam pak mail, belum sampai lagi ke kelantan … mungkin takde rezeki lagi …

    olrascal,
    gambar dinrias kat dlm ni mmg betul2 mencerminkan orangnya … kelakar sungguh!!

    dinrias,
    semoga maju jaya di dalam segala bidang yg diceburi …

    Like

  4. Sdr theolrascal,

    Dua negeri saya belum pernah jejak – Sabah dan Sarawak.

    Saya phobia mendengar nama Sarawak kerana telah beberapa kali membuat perancangan (tugas luar pejabat) tetapi akhirnya ditawakufkan pada saat-saat akhir.

    Pendek cerita telah beberapa kali delete imej yang tidak perlu dalam sim card camera untuk membuat shot di Sarawak ………masih belum kesampaian.

    Like

    1. ujang kutik,

      ..ahahaha apa pasal lah. ..biasa nya kalau ada tempat yang kita looking forward sangat nak jejaki itu maka peluang untuk di KIV akan menjadi tinggi.

      Kalau dah di sebut, maka kita jadi excited, dan nak buat donno saja pun tak boleh juga. …hehe.

      Like

  5. Terima kasih kerana menjaja nama wa dlam blog lu bang.

    Sebenarnya inilah kehidupan yang perlu diteruskan. Wa x pandai nk berkias2 mcm org lain. Yg penting dlm hidup wa adalah perjuangan.

    Wa snggup melakukan hijrah demi kesejahteraan org lain dan diri wa sndri. Mungkin hijrah wa kali ni akan menemui sinar mentari pagi. Atau hanya harapan. Cuma doa pd yg esa dipanjatkan bagi sebuah keluhuran.

    Wa dah malas nk berkait kaki dn tangan kt pagar delloyd lg. Dah habis perkiraan bermakna wa dh penat dgn rutin. Wa nk berganjak setapak sahaja. Tidak banyak wa mintak cuma kebahagiaan secebis d hadapan.

    Buat kawan2. D’Dangao akan beroperasi sepenuhnya Mac tahun hadapan.selepas monsun

    Like

    1. dinrias,

      Wa harap D’Dangao yang lu usahakan itu akan menemui kejayaan dan akan menjadi jambatan hubungan antara rakan rakan di sini dengan negeri Sarawak.

      p/s.. “The fish and I were both stunned and disbelieving to find ourselves connected by a line.”

      Like

  6. Saudara olrascal,

    Sama seperti saya hanya satu negeri sahaja belum saya lawati di Malaysia. Kalau Allah swt belum izinkan, sampai ke usia begini pun tidak sampai lagi ke negeri tersebut. Nak tahu negeri apa?.

    Negeri Kelantan. Dari tahun ke tahun, cadangan untuk ke sana hanya tinggal cadangan sahaja.

    Like

comment.