siti nurhaliza..

Sama ada lu perasan akan masa itu telah bergerak laju atau pun perlahan kini kita semua sudah pun berada pada suku akhir tahun 2013.

Seketika bila wa gunakan perkataan ‘ suku akhir ‘ tu seolah olah wa perasan mula nya macam wa akan  bentangkan lapuran kewangan lah pulak..ekeke.

Namun wa rasa baik juga dihujung hujung tahun ini kita bentangkan report card  kita masing masing untuk  di nilai. Bukan untuk di nilai oleh orang lain tapi oleh diri kita sendiri.

Kalau lu dapati ada banyak  ‘A ‘ dalam report card yang lu nilai sendiri, tak payah lah lu buat kecoh berlari lari pergi meraikan nya. Begitu juga lah kalau lu dapati banyak ‘E’ di dalam nya, jangan lah bersedih.  Diam diam lu study lah harder untuk tahun hadapan.

Jangan lupa, bagi orang pencen sabjek agama itu sudah menjadi ‘ compulsory‘ weii …hehe.

Beberapa minggu lepas ketika wa sedang berdiri santai bersama rakan rakan datang sekor mamat ni join. Dia muncul dan terus komen dan gelak gelakan  wa..

”..ini orang tua haa.. tidak ada facebook punya .. takda internet internet punya…”

Bersemangat sungguh dia. Wa agak agak dia baru saja mengupdate status nya di facebook dan kemungkinan telah mendapat beratus ratus komen dan likes. 

Dia, menganggap wa  seorang yang tidak internet savvy di era di mana perbuatan mengetuk ngetuk kekunci keyboard kini ada lah sesuatu yang hampir akan berlalu. Tidak mempunyai jaringan dan sungguh ketinggalan.. alahaii.

Tidak mengapa, wa cuma senyum  mengiakan nya. Tidak pula wa cuba menafikan nye dengan mengumumkan sebalik nya wa mempunyai akaun Twitter.

Antara personaliti tersohor tanahair di Twitter yang wa menjadi follower nya adalah Siti Nurhaliza. Wow .. Siti Nurhaliza mempunyai 1.22o juta pengikut. Pada wa, pengikut seramai itu adalah satu kuasa besar. Apa saja yang  di tweet – tweet oleh Siti pasti lah mendapat dan diberi perhatian yang ramai.

Antara tweet terbaru beliau yang mendapat perhatian  baru baru ini bilamana beliau menegur seorang menteri muda supaya lebih berhemah pada mereka yang lebih tua. Teguran ini kemudian di sambut pula oleh portal portal berita dan di laman laman blog  oleh beberapa blogger berprofil tinggi tanah air.

Wa lihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang melambangkan peningkatan kepada tahap kematangan dan keyakinan  beliau kini.  Jauh dari imej nya dulu seorang penyanyi yang terlalu mesra kerajaan.

Siti Nurhaliza bukan hanya pandai menyanyi tetapi boleh juga menegur . Menegur seorang menteri jika perlu.

Di sebalik berjuta yang mengikuti Siti Nurhaliza beliau hanya menjadi follower kepada 92 orang saja. Kalau Siti Nurhaliza jadi follower wa lah, lama dah wa sanggah  mamat sekor tadi yang menganggap wa seorang tua yang digital illiterate.

..ngeeee.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

3 responses to “siti nurhaliza..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Siti dan KJ satu kapal khususnya 5 tahun sekali. Namun, mereka masih tidak sependapat @ berantakan.

    Peliknya ada hamba Allah yang mungkin tidak sekapal dengan KJ atau Siti, namun mungkin mereka berpihak kepada KJ atau Siti.

    Siti boleh masuk politik secara sepenuh masa dan akan menang sebagai MP atau ADUN dengan mudah.

    Pendek kata KJ dan Siti adalah dua gergasi. Masing-masing ada aura di mana pengikut mereka ‘sanggup mati’.

    Bagaimanapun, KJ bernasib baik kerana pemilihan Ketua Pemuda baru sahaja selesai. Kalau belum, nahas, KJ tidak akan mendapat satu undi pun dari Pahang. YAB Mukhriz Tun Mahathir sangat memahami situasi ini pada pemilihan Naib Presiden.

    Namun, KJ, wa caya lu!

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Melihat perkembangan ini saya macam ingin membuat telahan bahawa siti akan masuk politik satu ketika kemudian..

      Sungguhpun begitu, apa pun yang dikatakan kepada nya dalam gelombang politik tanahair, pada saya kj adalah seorang yang berkarisma. Dia juga pasti akan maju kehadapan bersama dan bersaingan dengan siti …hehe.

      Selamat Maju Jaya kepada mereka berdua juga kepada ujang kutik seorang part time blogger.. ahahaha.

      Like

  • Cinta Menora (@CintaMenora)

    olrascal,

    disebabkan siti tu selebriti, apa saja yg ditulis akan mendapat perhatian. kalau setakat menegur menteri, saya tak heran pun. kalau baca di media2 sosial, berlambak2 komen berupa kutukan yg dilemparkan waima pd pemimpin tertinggi sekali pun tapi tidak pula diberi perhatian kerana mereka bukan selebriti mcm cik tie kita nie.

    moral : kalau nak suara kita didengari, pastikan kita berada di tempat yg tinggi …

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: