siam..

Wa dan ahli keluarga pergi Hatyai  minggu lepas.

Mudah weii.. nak pergi ke Siam ..haha.

Wa beli tiket bas kat Seksyen 17, Shah Alam.  Harga tiket RM55 untuk satu tempat duduk dan untuk satu perjalanan. Bertolak pada pukul 10.30 malam dan esok nye 8.30 pagi lu dah terpacul di tengah tengah bandar Hatyai.

Dulu dulu kalau lu pergi ke Siam, tambah lagi kalau ke pekan Hatyai sorang sorang atau berbujang bujang orang akan tertanya tanya dalam hati apakah yang telah lu lakukan di sana. Tentu nya perkara yang negatif.

Kini, dengan infra struktur dan pengangkutan yang semakin efisen tambah lagi gaya hidup yang sudah agak berubah maka lokasi yang jauh itu tidak lah menjadi satu halangan saperti mana dulu dulu. Di bandar Hatyai  bersepah sepah orang Malaysia kita yang wa berseliseh dengan mereka.Bas bas besar yang wa lihat semua nya pendaftaran dari Malaysia.

Saperti bandar bandar di negara kita bandar Hatyai juga melalui fasa perubahan dan tentu nya pertembungan antara yang lama dan yang baru tidak dapat dielakan.

 

Pihak berkuasa mereka juga mengambil inisiatif mengekalkan bangunan yang mempunyai kaitan dengan  nilai sejarah tempatan.

 

.

.

Walaupun pengaruh agama budha masih terserlah di setengah tempat tapi bagi pengunjung islam pasti tidak akan mengalami kesulitan umpama nya makanan islam dan arah kiblat yang sudah bertanda di bilek bilek hotel.

 

.

Di Hatyai tempat paling menarik wa lawati adalah pasar terapung nya. Banyak makanan yang boleh kita rasai dengan harga yang amat murah dan paling penting ia di jual oleh peniaga peniaga islam.

Kemudian tu wa ambil kesempatan pergi ke Songkhla dengan van yang telah wa sewa semalam setiba nya di Hatyai. Van yang boleh memuatkan seramai 12 orang berharga RM200 untuk sehari bersama drebar merangkap tourist guide.

 

Di Songkhla kami bersiar siar dan makan tengahari. Sudah tentu kami akan order tomyam antara menu nya .. hehe. ada tomyam yang betul betul sedap ada juga yang lu hirup di Malaysia tu lebih sedap dari negara asal nya.

Selain itu anak bongsu wa nak juga menunggang kuda di pantai Samila walaupun sudah melakukannye berkali kali di Klebang, Batu  Feringgi dan Fraser Hill.

 

 

Pada hari ketiga wa dan keluarga pun pulang menaiki bas dari syarikat yang sama ketika datang.

 

Selain kelecehan proses biasa imigresen dari negara sebelah sana yang memenatkan tidak lah  ada apa perkara yang  menjadi rungutan kami.

Namun setiba nya di  Tapah bas Malaysia yang wa dan ahli keluarga naiki itu rosak! Tunggu mekanik sampai dari siang hingga hampir malam.

 

Mat Holland dalam gambar ni kemudian nya menahan teksi untuk meneruskan perjalanan  nya ke Kuala Lumpur.

Tengah malam buta juga lah wa tiba di rumah walaupun pukul 10 pagi lagi wa dah bertolak pulang dari Siam. Lain kali wa akan naik bas siam.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: