air tawar..

Seminggu lepas para rascals wa edar risalah…

Weii… tak sangka pulak tindak balas dari penduduk kampung begitu meriah.

Mereka sumbang pakaian terpakai sampai melimpah ruah kat rumah wa. Rumah wa dah macam kedai bundle… ekeke.

Salah seorang rascal wa juga menemui majikan nya. Majikan nya  sumbang sejumlah wang ringgit.

Wang itu rascals belanjakan di Mydin beli sardin, milo, maggi, biskut .. secara borong.

Rascals wa juga membelanjakan sebahagian wang tersebut membeli pakaian wanita yang sulit sulit… alahaii.

Punya la banyak, tidak muat van tua wa tu sebuah. So…

Cuti sempena Keputeraan DYMM Sultan Selangor kami bertolak ke Pekan, Pahang.

Cuaca begitu baik sungguhpun keadaan mendung saja sepanjang perjalanan.

Tengahari kami sampai di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di mana sebahagian mangsa banjir di tempatkan.

Di situ kami bertemu Pegawai Penyelaras bertugas En. Abdullah Musa ( gambar bawah paling kanan ) dan wakil penduduk Tok Empat Kg. Pulau Keladi En Jaffar Abd. Rani.

Berbual lebih kurang ,..  kami bertanya tanya lah sikit sikit mengenai banjir dan kepayahan dan kekurangan yang di lalui penduduk mangsa banjir.

Kemudian tu mereka pun membantu lah kami memunggah barangan masuk ke bilik urus setia.

Rascal wa bersama para penyelaras wanita di pusat penenpatan itu..

Sejumlah wang lagi,  .. wa rascal paling tua lah, yang mendapat penghormatan menyerahkan nya pada Tok Empat Kg. Pulau Keladi tu… ngeee.

Kemudian selepas itu kami ronda ronda pekan Pekan dan Kg. Padang Polo. Makan tengahari di gerai di pekan dan menghirup cendol di Pekan River Front.

Di Kawasan berdekatan di mana air sungai melimpah , ada pulak orang memancing maka wa jenguk jenguk lah nak mengetahui ikan apa yang mereka perolehi.

.. antara yang berjaya di kail  adalah  ikan patin.

Dalam kepala otak wa bagus juga satu hari nanti wa tukar pulak pi mancing di air tawar.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “air tawar..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: