ulu bendul..

Sabtu semalam wa bersama dua rascals wa berpeluang menghadiri festival.

Rainforest Outdoor Festival 2013 (ROFEST) di Hutan lipur Ulu Bendul itu di anjur oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Lembaga Perlancongan Negeri Sembilan dan Persatuan Kembara Negara.

Antara penganjur itu, anjuran oleh kelab kembara ia itu  Persatuan Kembara Negara lah yang mendesak hati wa menghadiri nya. Persatuan ini di polopori oleh mahasiswa dan graduan dari UiTM yang berjaya melakukan ekspedisi Demi Negara Ke Everest 2004 dimana dua orang mahasiswanya berjaya sampai ke puncak Everest.

Presiden persatuan adalah mantan timbalan menteri juga pendaki Everest, walaupun beliau tidak berjaya mencecah puncak nya namun banyak puncak gunung ganang tanah air kita yang sudah di tawan nya.

Maka wa berbesar hati dapat merakamkan gambar bersama beliau sungguh pun pencapaian wa di tanah air hanya la puncak Bukit Broga yang terletak di Semenyih itu.. ekeke.

Selain Dato’ Hj Khalid Yunus,  sempat juga wa dan rascals wa ber close-up dengan segala yang di hidangkan di festival itu.

Di Zon TALI..

Wa berkali kali di jemput untuk mencuba kemahiran  mengimbang badan diatas tali oleh anak muda ini namun wa juga berasa dia juga cuba menarik perhatian salah seorang rascal wa…haha.

Kumpulan kenderaan pacuan 4×4 Land Rover juga berkhemah di festival itu. Land Rover sentiasa saja membangkitkan keterujaan wa pada dunia kembara. Namun wa rasa  hobi 4×4 ini terlalu mahal untuk di gapai oleh ramai orang walaupun mereka juga meminati nya.

Ada kolam renang air semula jadi dari sungai untuk santaian orang ramai yang berkunjung. Gambar bawah ini rascal wa rakamkan dari dari veranda gerai makan disitu. Gerai2 juga di jaga rapi bersih dan selesa.

Melayan segala acara di festival itu rascals wa makan tengahari di waktu sudah pun petang..hehe.

Kemudian kami pun memandu keluar , di persimpangan wa konar pulak ke kanan menuju Kuala Pilah..

.. sekolah tengah cuti ..kan?

pergi merayau laa..  ekeke.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “ulu bendul..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    1. ” Hutan, sungai, tasek (Land Rover) sentiasa saja membangkitkan keterujaan wa untuk mengakrabkan diri (dunia kembara) . Namun wa rasa hobi menikmati keindahan alam semula jadi (4×4 ini ) terlalu sukar (mahal) untuk di gapai oleh ramai orang walaupun mereka juga meminati nya.”

    Saya selalu berangan-angan untuk menjelajah ke alam semula jadi dan berkhemah di dalam hutan yang letaknya di tepi sebuah sungai……

    2. Di Taman rekreasi Ulu Bendul pernah berlaku tragedi ‘ Kepala Air ‘ yang mengorbankan dua orang kanak-kanak adek beradek.

    3. Kebetulan saya ada pengalaman melucukan di food court Ulu Bendul (sebelum dibina food court yang ada sekarang). Saya dengan seorang kawan singgah di Ulu Bendul untuk makan tengah hari.

    Di sebabkan cita rasa berlainan kami memilih makanan di warung yang berbeza dan akan duduk makan bersama di salah satu warung tersebut.

    Malangnya pengusaha warung tempat saya membeli makanan tidak membenarkan saya membawa makanan ke warung sebelah tempat saya membeli makanan.

    Akhirnya, kami makan secara berasingan dan tersenyum sendirian dengan gelagat peniaga kita yang memualkan.

    Like

    • theolrascal

      Ujang Kutik,

      Dulu saya selalu juga berkhemah di pantai pantai. Jarang sekali di sungai. Kini peralatan perkhemahan pun sudah tidak ada lagi.

      Ya saya masih ingat akan tragedi ‘ Kepala Air ‘ itu. Di harap peristiwa itu menjadi pengajaran supaya kita berhati hati ketika bersantai santai di sungai sungai tambah lagi di musin hujan.

      Saya rasa suasana dan keaadaan nya di food court hutan lipur ulu bendul ini sungguh tenang dan selesa. Berselera kami makan tengahari tu..haha.

      Like

  • Cinta Menora (@CintaMenora)

    Salam OR,

    Seperti biasa, wa seronok baca posting lu. Teruja sangat nak ke sini. Insya Allah, suatu hari ….

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: