janda pulang..

Papan tanda ke Seri Menanti menggamit perasaan wa seolah olah kehadiran wa sedang di nanti nantikan..hehe.

Ini kehadiran wa buat kali pertama di sini dan wa harap juga tidak menjadi yang terakhir. Istana Lama Seri Menanti ini sudah menjadi Muzium. Ramai yang sudah mengunjungi nya.

Sejarah dan perincian istana lama ini kalau lu google pasti lu mendapat informasi  jauh lebih tepat dan meluas tanpa  wa perlu mencedok dan catatkan semula.  Lagi pula wa juga seorang.. budak yang baru  belajar.

Namun dengan besar hati wa hidangkan pada lu orang Istana Lama Seri Menanti ini dari kacamata wa atau lebih tepat nya ..dari kaca lensa kamera handphone wa.

Ini bukan jelmaan hulubalang dulu dulu , weiii. Itu bayangan the ol’ rascal.. blogger separuh masa.

Di bawah istana itu di antara seribu tiang wa perasan terletak sebuah bangku. Damai sekali suasana nya.

Wa kira dulu dulu pada zaman kemuncak nya sang puteri raja akan turun bermain  sambil bersantai santai di atas bangku ini sambil menikmati keindahan pergunungan nun di kejauhan sana.

Seri Menanti wa tinggal dan terpacul pula wa di food court pasaraya Giant di Kuala Pilah pekena kopi sambil memandang mandang keadaan sekeliling.

Kemudian wa perasan akan janda  yang mungkin baru  saja pulang dari mana ..wa pun tak tau laa.

Namun wa harap dia tidak ternanti nanti akan kehadiran wa yang entah kan bila… bagaimana harus wa jawab soalan mem wa nanti akan janda yang sedang menunggu wa…alahaii

..mati laa den kali nii.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “janda pulang..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Seumur hidup baharu sekali saya menjejak kaki di situ (lebih kurang setahun yang lepas). Itu pun tidak dapat masuk ke dalam istana kerana waktu melawat telah tamat.

    Saudara mungkin setuju dengan saya bahawa impak atau pengaruh Minangkabau terutamanya dari segi seni bina rumah-rumah penduduk diperlihatkan di kawasan istana dan sekitarnya.

    Di lain-lain daerah (kecuali Jelebu – itu pun bangunan baharu) kesan pengaruh Minangkabau selain dari amalan Adat Perpatih tidak dirasakan sangat.

    Kalau melihat melalui gambar sahaja Istana Lama itu tidak dirasakan sangat kehebatannya. Setelah melihatnya sendiri baharulah kita ketahui betapa hebatnya seni bina Orang Melayu kita.

    Kalaulah istana kesultanan Melaka masih lagi terpelihara, tentu kita merasa megah dan tidak malu-malu melaungkan ” Tak kan Melayu hilang di dunia” sambil menghunus sebilah keris……..Kita menghunus keris bukan kerana hendak menikam sesiapa tetapi cuma untuk menakut-nakutkan orang lain agar tidak berani menikam kita lebih-lebih lagi tikam dari belakang…..

    Terima kasih kerana melawat negeri saya yang berAdat.

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Saya memang perasan akan pandangan ujang kutik bahawa pengaruh senibina Minangkabau itu amat terserlah di kawasan persekitaran istana. Bagaimanapun saya belum berpeluang untuk melawat daerah lain saperti Jelebu untuk membezakan nya.

      Ya, apabila kita di berada dalam (istana) nya kita pasti akan mengkagumi kehebatan seni bina Orang Melayu kita.

      ujang kutik,

      Keris kita memang terhunus dan berlaku juga dari belakang. Keris yang di hunus dalam dunia politik Orang Melayu kita..ahahaha..

      Saya sentiasa saja teruja setiap kali berada di luar dari negeri saya Selangor tidak terkecuali negri Sembilan negeri berAdat.

      Like

  • Cinta Menora (@CintaMenora)

    theolrascal,

    Saya belum pernah sampai ke sini tapi banyak cerita yg telah saya dengar tentang istana ini. Kalau tak silap, pelan asalnya dari rekaan tukang Melayu. Uniknya istana ini tidak menggunakan paku tetapi dipasak dgn kayu. Orang Melayu sememangnya kaum yg hebat … terbukti dari kemahiran seni bina dan pertukangannya yg masih berdiri megah hingga sekarang …

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: