vmy 2014..

Selamat tahun baru 2014. Tahun Melawat Malaysia.

Pada 1 Januari 2014 wa pergi jalan jalan ke bandar Klang Selatan. Di situ terletak nya Stesen Keretapi Klang. Lama dan bersejarah sten keretapi ini.

Kalau lu turun dari keretapi dan berjalan keluar dari  stesen ini ke arah sebelah kiri tidak boleh tidak lu pasti akan ternampak Restoran Bismillah di seberang jalan itu.

Restoran Bismillah ini juga boleh  dikira sebagai Landmark  untuk kawasan sekitarnya. Ramai yang membuat janji temu di restoran ini.  Kalau lu singgah di restoran ini lu akan perasan di dinding nya tertampal frem gambar,  bapa kepada bapa tokeh restoran sedang bersalamam dengan ayahanda kepada ayahanda Sultan Selangor. Pada 1 Januari itu wa perasan restoran ini sedang di ubahsuai. Restoran bismillah ini lebih terkenal kerana nasi beriani nya.

Kemudian kalau lu teruskan berjalan ke arah sebelah kiri tadi dan ke atas sedikit lagi maka lu akan perasan ada nya satu barisan kedai kedai dari bangunan lama. Ada yang masih di guna dan ada juga lot lot yang sudah di tinggalkan.

Ini wa rakamkan lagi untuk peminat bangunan bangunan lama..

Walaupun tingkap nye menunjukan ada pengebuhsuain dilakukan namun wa tak rasa pemilik nya peduli sebarang apa yang berlaku di luar tingkap ..

Ini pula pandangan di sebelah belakang.

Kemudian itu kalau sebaik keluar dari stesen tadi tu lu berjalan mengarah pula ke sebelah kanan. Maka di permulaan barisan kedai yang juga dari bangunan bangunan lama lu akan temui restoran mamak juga. Teh tarik di restoran ini jauh lebih sedap dari Restoran bismillah.

Namun di seberang jalan ini terletak kedai makan india Nasi Daun Pisang yang terkenal kerana kesedapan kuah kari nya. Kedai ini dikunjungi oleh semua bangsa. Bahkan kaum cina yang mengunjungi nya juga akan memakan nasi dengan menggunakan tangan  dengan kuah nya akan di curah solah banjir akan berlaku di atas daun pisang yang di bentangkan di depan lu itu.

Selang 4 atau 5 pintu dari kedai nasi daun pisang itu pula ada kedai ayan.

Di kedai pandai ayan tu juga wa perasan ada terjual pelita yang di hiasi wajah amoy, yang  keluarga wa pernah gunakan semasa api letrik belum sampai ke rumah rumah.Pelita ini di jual dengan harga RM9 sebuah. Rasa nya kalau di beli pun ia akan menjadi perhiasan dalam almari lebih dari fungsi nya yang sebenar.

Ah Soh kedai ini cakap kedai ini sudah lebih 60 tahun. Dan wa suka nak rakamkan sedikit lagi ..

Bangunan bangunan lama masih banyak dan terserlah di persikataran termasuk lah Balai Bomba dan sehingga lah ke kawasan Little India.

Bagaimanapun wa tidak berjalan ke kiri atau ke kanan. Wa  berjalan arah depan dan singgah minum di restoran mamak di permulaan Jalan Stesen.

Sambil minum itu wa perhatikan akan kedai kedai yang menjual alat dan pakaian sekolah. Kedai di jalan stesen ini  amat popular  dan menjadi tumpuan para ibu bapa atas sebab sebab ekonomi setiap tahun apabila sekolah akan dibuka. Sambil minum minum  itu wa menerewang juga akan zaman zaman nya di mana 6 dari 8 orang anak wa yang  bersekolah serentak.

Agak nya wa sedang  tersenyum sendirian ketika itu…. ngeeeee.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “vmy 2014..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: