pulau ketam..

Setahun sebelum Tahun Melawat Malaysia 2014 wa pergi Pulau Ketam.

Kalau lu naik kereta api atau komuter dari Kuala Lumpur lu turun lah di stesen paling terakhir ia itu stesen Pelabuhan Klang. Berjalan keluar dari stesen itu lu sudah boleh nampak laut. Lebih kurang 30~40 meter lagi lu sudah tiba di jeti ke Pulau Ketam.

Mudah saja mahu melawat Pulau Ketam…

Kalau lu naik ‘ barracuda‘ ini serupa lah macam lu naik bas. Lu naik dan duduk kemudian nanti kondakter akan kutip duit tambang dan bagi lu tiket. Harga satu perjalanan RM7 dan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Pandangan semasa perjalanan sedikit terhad pasal tingkap nya semua kabur.

Ada alternatif selain naik barracuda

Lu naik speed boat ada bumbung tapi tidak bertingkap. Harga RM10 satu perjalanan, bayar pada drebar nya. Pandangan lu semasa perjalanan akan menjadi seluas luas nya. Semasa perjalan itu lu jangan lah berkira sangat bila akan sampai ke pulau. Tapi lu perhatikan lah panorama di sekeling lu. Kan ke kita..Tahun Melawat Malaysia..

Kita anggapkan kita ni pelancong dari luar negeri laa.. ngeeee.

Kalau lu jadi observant sedikit lu akan perasan Pelabuhan Selatan di jeti tadi, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat dari kejauhan. Sebelum itu kalau lu juga perasan ada nya kapal kapal layar yang cantik cantik makna nya lu sedang melintasi Royal Selangor Yatch Club.

Seketika kemudian lu tiba di jeti Pulau Ketam.  So.. nanti lu tanya pulak wa apa lu nak buat di Pulau Ketam?.

Lu tak buat apa apa. Wa hanya bagi suggestion untuk yang belum pernah ke sana. Lu hanya pergi jalan jalan untuk melihat perkampungan nelayan cina yang di bina atas pelantar.

Orang Pulau Ketam baik baik. Lu jangan buat tak baik pulak. Mereka tidak akan pelik dengan kehadiran lu kerana ramai yang pergi saja saja berjalan kosong.

Sungguh pun majoriti  penduduk  adalah bukan islam tapi ada balai islam di situ untuk aktiviti orang islam dan pengunjung islam nya.

Wa paparkan sedikit gambar lagi..

Tak lama pun lu boleh berada di Pulau Ketam. Masa nak balik lu pergi lah balik ke jeti lu mula mula sampai tadi. Lagi sekali lu pilih lah nak naik barracuda kah?.. atau naik speed boat kah?

Mungkin … sambil tu lu boleh lah nyanyi nyanyi dalam hati …kalau aku kayaaaa…

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “pulau ketam..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Tidaklah saya ketahui bahawa ada pengangkutan sedemikian ke Pulau Ketam. Ingin juga saya ke sana tetapi kalau pasang niat sahaja tetapi tidak diusahakan tidak ke mana.

    Kuatnya pengaruh ‘keCinaan’ sehingga musalla pun ditulis dengan tulisan Cina. Islam itu untuk semua.

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Kalau ada kelapangan boleh lah mencuba.

      Dek sudah berumur maka banyak tuntutan sosial yang perlu kita dahulukan biasa nya membataskan masa kita untuk bersantai rayau ke pulau ketam ini… haha.

      Like

  • Cinta Menora (@CintaMenora)

    theolrascal,

    Tak sangka masih ada lagi penempatan penduduk seperti ini ye, seolah-olah kita berada di zaman era 70an. Takde perusahaan laut ke di sana?

    Like

    • theolrascal

      Cinta Menora,

      Mereka semua kebanyakan nya nelayan. Perusahaan laut nya?, ..itu lah mereka ternak ikan dalam sangkar dan jemur ikan atas pelantar pelanta tu buat ikan kering.

      Kalau ada darah tinggi rentikan memakan ikan masin..ekeke

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: