cruising tom..

Minggu lepas dah takde modal nak kemana, so.. wa bawak van tua wa  pergi pusing pusing di Pulau Indah.

Wa sebut saja ke Pulau Indah mem wa spontan bertindak balas … tak nak ikut.  Dia dah muak ..huhu.

Kalau bercruising di Pulau Indah wa tidak  pernah miss mahu menatap suasana pengkalan pengkalan nelayan nya.

Dua lagi rascals wa pula pantang di ajak .. kaki merayau mereka ni.

Suasana damai saja di pengkalan nelayan Sg. Kembong petang itu.

Sebagaimana setiap kali wa singgah di situ namun kali ini tidak pula kelihatan kelibat nelayan pantai yang menjual hasil tangkapan.

Di tanah lapang berlatar belakangkan shipyard wa leka memerhatikan cubaan seorang ahli  paraglider untuk terbang dari kawasan yang mendatar. Berjaya kah? atau tidak berjaya kah?

Hingga ke sudah tak terbang terbang juga.

Permandangan pantai di penghujung pulau. Kemudian wa dapat idea nak crusing lebih jauh.

So.. cuti umum yang lepas wa memandu lah melalui pesisir pantai barat dari Port Klang negeri Selangor  ke negeri Perak hingga ke Lumut.

Bila wa sebut wa nak cruise along the west coast tetiba pulak ramai family members, pak long. mak su yang angkat tangan… nak ikut, nak ikut.

Kalau lah wa larat lagi rasa nya mahu wa cuba kayuh basikal.. hehe

Hahaha..  wa tiba dah di Marina Island di Teluk Murok berdekatan dengan  pengkalan nela..  pengkalan.. Pengkalan TLDM.

Wa nyaris nak tertulis  pengkalan nelayan ..heheh

Di tepi jalan itu kami sempat singgah berehat minum minum air kelapa muda dengan berlatar belakangkan Hutan Simpan Teluk Murok.

Di Marina Island itu wa cramped kan semua empat keluarga dalam satu apartment.. ahaha.

Mak tam, mak long , mak su tak henti henti bercakap sampai pagi.

Anak anak mengadap tab, note , galaxy langsung tak  perlu  bercakap sepatah pun.

Bapak bapak melayan siaran langsung JDT menentang Perak asik bercakap pasal gaji pemain. Sesekali terdengar nama Amri Yahyah dan Safee Sali di sebut sebut.

Kemudian tu..

Para ibu ibu leka membelek ikan bilis.

Melihat harga sotong.. ada  yang menyanyi…

kalau aku kayaaa…

Anak anak pula leka ber-selfie..

Bapak bapak pergi cari port memancing.

Wa join sekali malah wa la ketua nya..ekeke.

Nyaris kami dapat ikan besar. Ikan besar tu makan kail pemancing sebelah yang guna  umpan udang hidup. Kami guna umpan udang dah mati. Kalau pemancing sebelah tu tak ada ikan besar tu pasti makan kail kami… ngeeeee.

Dan wa pula sesekali bila kesempatan..

akan menangkap gambar..

gambar daun ubi gajah.. sebagai contoh.

.. daun keladi

..dan sebagai nye lah. Hehe.

Kami pulang melalui jalan yang sama kami datang. Jalan tak   jam, tol pun tiada.

Alahaii bahagia nya.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “cruising tom..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: