rock around the clock..

Minggu lepas wa travel ke Cannes, France. 

Perjalanan wa dan mem adalah di bawah naungan syarikat rakaman Loonaq Records dan mereka menyertai pameran antarabangsa MIDEM.

Midem adalah tempat di mana para pencipta muzik, penggunaan  teknologi terkini, jenama dan bakat berkumpul dibawah satu bumbung untuk meneroka, menjual, menandatangani muzik baru, penyelesaian secara digital dan demi idea idea inovatif.  Selain musik kotemporari Looonaq Records mahu melebarkan Islamic Music dalam agenda misi nya.

Wa kumpul data base untuk Loonaq.  Mem wa pula mengiringi isteri MD nya .. err pergi jalan jalan, tengok tengok kedai.. haha.

Di France topi ol’ rascal wa tak  boleh pakai. Kalau wa pakai kepala wa jadi beku. Di sana wa terserempak segelintir artis dan juga kakitangan MITI. Wa kenal mereka semua ni tapi mereka semua tak kenal wa.. alahaii.

Paling siknifikan wa tak sangka wa tinggal satu hotel dengan lagenda muzik rock amerika Joey Welz. Dia ni anggota Bill Haley and The Comets yang terkenal dengan lagu nya ‘ rock around the clock ‘. Lagu yang mencetus fenomena rock seluruh dunia satu ketika dulu.

Di lobi tu wa berbual bual lah dengan dia. Wa tanya sikit jer. Mulut dia riuh menjawab. Bagaimana pun untuk kenangan wa ber‘selfie’ lah dengan dia..hehe

Kemudian rancak berbual dia tetiba  jadi teruja la pulak.. harramak.

Dia bantai menyanyi rock around the clock nya. Tak kan wa duduk diam macam patung air batu, tak cute lah pulak profile picture.

Wa terpaksa rock jugak laaa… ekeke.

Dan sejak semenjak  ni wa almost dah jadi selfie master la pulak ..ahahaha. Mem wa, ke kedai mana mereka merayau wa pun tak tau lah.

ngeeeee….

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “rock around the clock..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: