basikal..

Dalam siri perjalanan wa tempoh hari wa berkesempatan merakamkan  gambar gambar basikal yang berada dalam laluan wa..

Ada gambar yang wa rakam menggunakan dslr dan ada juga dengan kamera handphone.

Basikal yang di atas ini rasa wa pemilik nya adalah seorang wanita. Mempunyai bakul rotan di hadapan nya serta di hiasi dengan rantaian kuntum kuntum bunga.

Basikal terakhir ini kepunyaan seorang pemancing. Dia mengendong joran dan meletakan basikal nya betul betul di depan wa dan terus menuju arah laut.

Kalau ada kesempatan mungkin juga wa akan bertanya dia apakah jenis ikan yang terdapat di pesisir pantai yang mengadap  Mediteranean Sea ini dan apakah jenis umpan yang di gunakan nya.

 

Saja  suka suka.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

5 responses to “basikal..

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Saya juga ada beberapa koleksi gambar-gambar basikal. Bercerita mengenai basikal, teringat saya akan basikal BMX milik saya berwarna biru. Basikal yang dibawa ke sana sini sewaktu mula-mula pangkalan TLDM Lumut dibangunkan. Basikal tersebut tenggelam bersama kapal KD Sri Perak.

    Like

    • theolrascal

      Pak Mail,

      Entri Pak Mail akan KD Sri Perak yang tenggelam itu agak mengesankan dan mempunyai impak tersendiri pada sejarah dan peristiwa yang dilalui oleh TLDM apakah lagi pada Pak Mail sendiri secara langsung.

      Kini kita mengetahui bahawa basikal BMX warna biru itu juga turut berkubur di lautan.
      .

      Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    1. Di dalam saya tertanya-tanya mengenai status saudara dan pasangan ditaja oleh firma tersebut, saudara telah menghasilkan entry kedua semasa di Perancis. Saudara di atas urusan merakamkan lagukah?He..he..Tentu seronok dapat melihat negeri orang di atas angin.

    2. Kebetulan saya dan keluarga baru sahaja sampai di Ampang setelah balik ke Rembau semalam. Semasa saya merayau-rayau di dalam kawasan tanah rumah saya terlihat basikal tua arwah Datuk saya tersandar diselaput akar pada sebatang pokok kelapa. Saya membuang akar-akar itu sambil terkenang arwah Datuk yang membesarkan saya……

    Like

    • PakMail

      Saudara Ujang kutik,

      Kalau basikal tua itu, tentu jenis Raleigh. Kalau betul tekaan saya….

      Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      1. Saya merakamkan lagu?..ahahaha. Jauh panggang dari api. Saya tidak pandai menyanyi walaupun suka mendengari nya. Bidang saya bukan muzik tapi adalah ‘ manufacturing ‘ atau pun perkilangan. Saya hanya melakukan kerja kerja sebalik tadbir dan PA secara ad-hoc. Ya, amat teruja saya kerana buat pertama kali berpeluang menjejakan kaki jauh di negeri orang.. benua eropah lagi tuu…hehe.

      2.Kalau kisah basikal tua arwah datuk sdr itu di sertakan gambar dalam blog ujang kutik pasti seronok saya membaca nya..hahaha.

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: