cannes..

Dalam perjalanan wa tempoh hari banyak  juga lah gambar gambar yang wa berjaya rakamkan.

Selain akan menjadi catatan dan kenangan peribadi wa sendiri maka wa pertontonkan juga kepada yang sudi menatap nya dalam entri ini.

Berikut ada lah antara gambar yang telah wa rakamkan di Cannes, sebuah bandar tepi laut di selatan Perancis.

.

.

Taktala bersiar siaran di bandar ini kemudian wa perasan akan sesuatu perkara..

Bahawa, rasa nya  di bandar ini mereka mempunyai lebih banyak bot atau kapal layar dan sebagainya melebihi dari kenderaan empat roda di atas jalan jalanraya nya. Terdapat dua atau tiga marina di bandar Cannes.

Di sepanjang  pantai itu mereka ujudkan laluan yang luas untuk pejalan kaki dan terdapat juga bangku untuk berihat.

Ketika berjalan kita akan berseliseh dengan mereka yang sedang berjogging , anak muda bermain skateboard juga warga warga emas yang duduk duduk berihat dan berbual.

.

.

Di hujung bandar itu  pula pada setiap hari sabtu mereka ada Pasar Karat menjual barang lusuh dan terpakai.

Kebanyakan barangan adalah dari jenis barangan logam untuk koleksi pengumpul. Tak berani pula wa nak fokus lensa pada barangan itu risau akan melanggar sentimen mereka pada hak peribadi.

Dan di sebelahnya pula terdapat beberape petak di mana orang tempatan akan bermain guli besi. Tak paham wa akan permainan mereka itu sungguhpun semasa kecil kuat juga wa bermain guli.

.

.

Kebanyakan bangunan adalah bangunan lama dan diantara bangunan bangunan ini adalah jalanraya nye tidak  lebar hanya  cukup sekadar  berlaluan sehala sahaja.

Sesuatu yang teruja wa lihat adalah pokok hiasan di tepi jalan jalan ini ada lah pokok limau mandarin. Semua pokok pokok itu sedang berbuah.

Bila melihat ini wa cuba bayangkan kalau bandar bandar kita juga berbuat sedemikian dengan menanam pokok pokok mangga atau rambutan sebagai contoh. Lalu wa terbayangkan juga akan ada hamba hamba yang pasti bergaduh di bawah nya, berebutkan buah yang masih lagi berputik.

Selain itu sempat juga wa merakamkan gambar bunga ini yang terdapat di tepi jalan di bandar itu.

Dalam gambar ini kelihatan dua orang wanita Malaysia di atas bas city tour.

Tambang bas untuk Cannes City Tour ini adalah Euro 1.5

Ketika kali pertama menaiki bas city tour mereka berebut rebut nak naik duduk di dek  atas yang tidak berbumbung. Seketika kemudian setelah melayan deruan angin,  berebut rebut pula turun ke dek bawah.

 

Unfortunately it was not summer..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “cannes..

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Melihat gambar pertama itu saya buka album lama saya. Cuba cari-cari gambar-gambar sewaktu berada di Cannes dahulu. Tapi gambar-gambar lama tidak pula ada berlatar belakang ‘clock tower’. Mungkin bergambar di tempat lain….

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Saya asyik menatap foto di negara Ribery ini. Kalaulah saudara tidak menyaring persekitaran untuk dipaparkan, negara tersebut kelihatan bersih, sistematik, santai dan menyenangkan.

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Merakam persekitaran adalah sesuatu yang mudah. rata rata memang menyenangkan.

      Saya lebih teruja jika dapat berinteraksi lebih jauh dengan penduduk tempatan nya. Malang nya peluang ini tidak kecapaian sangat melainkan ketika bertanya arah..haha.

      Juga tidak pula saya berseliseh dengan kelibat Ribery.

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: