Grasse..

Hari minggu itu dari bandar Cannes sempat juga kami pergi melawat pekan Grasse dengan menaiki bas…

Pekan Grasse terletak lebih kurang 15 km dari bandar Cannes. Tambang bas dua Euro. Ia dikatakan adalah ibukota minyak wangi sedunia.

Cuaca mendung . Hujan sekejap turun sekejap tidak. Kalau turun lah hujan emas di negeri orang ini pasti wa kaut dan kendong bawa pulang.

Kalau lu berada di Grasse sekarang ni, suhu nya 1 deg. celcius boleh membuat lu nak lari balik tanahair.  Di tanahair pula cuaca punya lah panas lu mula pula berangan nak berada di negara sejuk semula.

Sebaik turun dari bas kami berjalan ikut naluri. Sunyi sungguh pekan ini dan tak ramai orang yang wa berseliseh dengan nya. Rupa nya hari minggu kebanyakan kedai ditutup.

Musim sejuk pasti lah mereka berkelah dalam rumah saja.

Di hujung sana ada gedung dari bangunan lama menjual minyak wangi yang di buka.

Selain menjual segala macam minyak wangi, gedung ini  juga menjadi muzium mempamirkan pembuatan minyak wangi  sejak beratus ratus tahun dulu. Terdapat alatan dan perkakas lama di pamirkan.

Merakam gambar tidak dibenarkan. Maka terkulat kulat lah wa hanya mengantung dslr  di tengkuk.

Semput semput juga wa melihat harga minyak wangi yang di jual di situ. Mem wa kata dia beli yang paling murah saja. Satu statement dalam cubaan nye nak kawal mood wa. Agak nya dia tahu setiap kali dia beli sesuatu wa secara otomatik mencongak nya dalam RM.. haha.

Kalau kita pergi berjalan dan hanya menangkap gambar  …free tak ada bayaran. Itu logik wa di negara yang currency rate nya …nauzubilllah.

So… wa rakam kan gambar di persekitaran untuk wa abadikan sebagai kenangan dan mungkin juga pembaca blog ini sudi menatap nya sebagai sesuatu yang santai…

Gambar terakhir di bawah ini wa rakamkan di stesen bas pekan ini. Di bawah bumbung bus stand itu ada seorang kanak berbaju merah bersama ibu nya.

Mereka penduduk islam di pekan ini. Mereka lah yang kami ikut untuk mendapatkan bas pulang ke Cannes.

Kami kemudian pulang semula ke Cannes. Dan wa tidak perlu lagi bertanya sesiapa di mana wa patut turun di bandar besar itu. Wa petik loceng bas lagak mat french..

ngeeee.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: