beneteau..

Wa sambung lagi meng-upload gambar gambar dari trip ke Europe..

Dari Cannnes France kami naik keretapi pergi Monte Carlo. Satu hari satu bandar sesuai lah buat mem wa yang sudah bertaraf nenek.

Seorang nenek tidak  berjalan macam lu orang pergi berjalan. Nenek  jalan perlahan dan cepat penat. Walau kaki sudah tak berapa nak mahu tapi di hati tetap mahu..hehe.

Sapertimana kebiasaan nya di tanahair kemana wa pergi  nenek akan pergi  tapi nenek pilih duduk dalam kereta menunggu. Nenek akan menunggu kemunculan wa dari mana mana semak atau selut. Ikut tetap ikut…

Begitu lah di Monte Carlo.., ketika wa rakamkan bot kecil yang comel berwarna biru bertanda nama Beneteau   mem wa sedang menunggu di tangga dataran marina ..haha. Wa pulak tak gemar melihat sesuatu dari jauh. Wa google translate apa makna nya beneteau.. google keluarkan result beneteau juga. Mungkin itu nama tuan empunya bot.

Di Monte Carlo sebuah negara bandar  Monaco wa tak bertemu pun sekatan imigresen nya. Mungkin wa  masuk melalui France mereka tak perlu tapisan lagi.

Bandar untuk rich n famous ini hujan ketika wa sampai. Ketika hujan aktiviti merakam gambar jadi terencat. Kami naik bas city tour dan melihat lihat saja…

Tidak pula wa berseliseh dengan mereka yang rich n famous yang wa kenal ketika berada di bandar ini.

Namun kalau wa boleh jadi rich tapi tak famous.. pun tak apa lah. Lu orang pun macam tu jugak kan..kan.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: