** ” Semoga misteri kehilangan penerbangan MH370 akan terungkai. Sama sama kita doakan. Wa upload blog entri ini membawa bersama rasa simpati wa terhadap ahli keluarga para penumpang dan krew pernerbangan MH370.”
.
.
Dari Paris kami bertolak ke London.
Selepas mengambil kira beberapa faktor kami memilih untuk menaiki bas. Gambar atas ini wa rakamkan dari tingkap bas.
Ketika gambar ini di rakam kami masih berada di negara Perancis dan matahari sedang melabuhkan diri berlatarkan salah satu perkampungan yang berada di sepanjang laluan lebuhraya itu. Rasa nya ini saja lah foto countryside yang boleh wa siarkan buat rakan blogger yang sudi mengikuti blog ini.
Buat seketika apabila kami memilih menaiki bas untuk ke London ia telah menimbulkan bayangan dan keghairahan wa untuk mengalami tiupan angin dan permandangan English Channel dari atas feri setibanya di sempadan nanti.
Namun ini semua tidak terjadi.
Setiba di sempadan pada waktu malam dan setelah melepasi pemeriksaan imigresen bas pun menunggu lampu isyarat yang pada wa bukan biasa lama nya. Kemudian apabila lampu hijau bernyala bas yang kami naiki bergerak naik atas laluan seolah pangkin kemudian bergerak lagi dan apabila wa sedari bas sudah berada dalam gerabak keretapi. Rupa nya wa melintasi English Channel melalui terowong bawah laut.
Kami muncul semula di daratan negara England dengan setitik air laut pun wa tak nampak. Bas meneruskan perjalanan ke London. Wa jenguk keluar tingkap bas dan dapati keadaan nya gelap sahaja dan keghairahan kerana sudah berada di England mati begitu saja.
Kami turun di Victoria Station dan menaiki teksi ke Hotel yang telah kami cari untuk penginapan menanti siang hari. Kami telah bertolak lebih awal dari rancangan asal dan apartment yang telah di tempah dari Malaysia hanya boleh di masuki keesokan nya.
Gambar atas ini merakamkan akan permandangan pertama mata wa di bumi England pada siang hari di ikuti dua gambar di bawah.
Kemudian setelah check-in di apartment di Southwark yang kebetulan berdekatan dengan London Tower Bridge itu kami pergi lah merayau rayau dan tidak ketinggalan melawat dan mengalami suasana di pasar Borrough.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di Oxford Street masa sudah suntuk ketika itu wa dan mem berpecah. Dia tergilakan gedung membeli belah Harrods wa pula mati mati mahu ke gedung National Geographic di seberang jalan yang bertentangan.
Walaupun wa pernah jejakan kaki di London namun wa tidak pernah masuk Harrods walaupun gedung terkenal itu sudah berada di depan mata.
.
Ini restoran masakan orang melayu daerah Paddington, Barat London. Ketika wa berada di restoran tukdin ini wa perasan ada orang putih pelangan restoran menyambut hari jadi. Mem wa juga bertemu kenalan nya di sini.
Tuk Din sebagaimana dia di kenali di sini adalah tuan punya restoran dan berasal dari Kedah, Sudah berapa tahun dia menetap di London ni wa dah lupa lah pulak. Dua gambar di bawah tu orang nya.
Antara menu yang wa order di sini adalah kangkung goreng belacan.
.
Di hari terakhir di London sebelum ke airport kami singgah ke Bicester Village. Bicester Village ini sama saja konsep nya dengan Johore Premium Outlet (JPO) kita di Senai Johor itu.
.
.
.
.
.
.
Bayang di bawah ini bukan bayangan tugu Sir Winston Churchill ya. Itu bayang nya the ol’ rascal.
Blogger separuh masa dari Malaysia… ngeeee.
Good morning, yesterday…. klik.
March 18th, 2014 at 12:24 AM
Sdr theolrascal,
Adakah gambar-gambar tersebut kelihatan menarik kerana jenis kamera atau bakat/kemahiran individu yang menggunakannya?
LikeLike
March 18th, 2014 at 6:47 PM
Sdr ujang kutik,
Malu pulak saya nak menjawab nya. Namun pada pendapat saya yang juga budak baru belajar, adalah bahawa sanye jenis kamera dan kemahiran itu sama kepentingan nya.
Saya dapati ada juga mereka yang menangkap gambar menggunakan kamera handphone saja pun mempamirkan gambar bagai eorang pro.
Begitu juga lah ada individu yang berkemahiran pun tidak berjaya menangkap gambar yang menarik dengan menggunakan kamera handphone yang sama.
Blog entri saya banyak bergantung pada gambar, melebihi kekuatan sepatut nya dibina pada perkataan, jalan cerita serta isi kandungan nya. Namun kalau tidak bergambar, perkataan2 nya susah sangat nak muncul ..ahaha… alahaiii.
LikeLike