merciful march..

Wa hantar semula si Batwoman Captain America ni pulang  ke Parit Raja.

Captain America ini  tiba tiba muncul di pintu rumah dalam bulan March. Bulan yang tiada cuti umum dalam kalender kehidupan seharian wa..hehe.

Cuaca panas bulan March amat menguji ketahanan.  Sepanjang laluan memandu di leburahraya arah selatan tanah air wa beberapa kali bertemu dengan kebakaran yang berlaku di beberapa lokasi di negeri Johor. Malah terdapat kebakaran betul betul di sebelah lebuhraya yang sudah tidak ada sesiapa pun yang sudi melayan nya.

Hujan telah juga tidak turun buat sekian waktu. Air tadahan  telah dilaporkan menurun ketahap kritikal.

Sebagai langkah bersiap sedia catuan air telah di laksanakan di sebahagian besar daerah daerah di negeri Selangor. Wa rasa bersyukur kerana walaupun daerah di mana wa tinggal termasuk dalam kawasan bercatu tapi pili di rumah wa telah tidak melalui laluan catuan nya.

Tiap pagi sepanjang perjalanan menuju  dan pulang dari kerja wa akan melalui suasana jerebu asap yang tebal. Mengikut laporan Jabatan Metrologi daerah Port Klang mempunyai Indeks Pencemaran Udara yang sudah ke tahap merbahaya. Maka wa arah anak yang bersekolah supaya bercuti malah lebih awal sebelum arahan yang sama di terima dari Jabatan Pendidikan lagi.

Dan di salah satu hari itu wa pergi lah ke McDonald mahu membeli bubur kerana anak wa mengadu tekak nya sakit tidak boleh menelan.

Maaf pakcik, bubur takde. Kenapa pulak?

Kerana air takde,  jawab budak McDonald tu pada wa.. alahaii.

Dan di sebalik kepananasa cuaca bulan March 2014 kita juga melalui kepanasan nya pertembungan antara dua gergasi besar politik tanahair pada PRK Kajang. Kadang kadang tu dalam kita berpolitik seringkali kita lihat perlakuan atau permainan silap mata. Fakta boleh  menjadi fitnah begitu jugalah fitnah juga boleh saja  bertukar menjadi fakta.

Wa sejukan hati lalu menganggap ini semua sebagai salah satu rentetan peristiwa yang pasti  berlalu jua. Kebenaran itu pasti muncul namun ia akan menjadi  terlalu lama untuk kita nantikan.

Itu lah  kebakaran yang berlaku betul betul di sebelah jalan di lebuhraya yang wa maksudkan sudah tiada lagi yang sudi melayan diatas tadi sewaktu perjalanan wa, mem menghantar Batwoman ke Parit Raja.

.

Mem wa masih mahu singgah di Air Hitam. Motivasi nya sebagai nenek cukup kuat. Akan ada saja yang ingin di beli untuk si cucu.

.

Selang  dua minggu kemudian hujan telah turun dengan lebat nya.

 

Wa berada di kilang ketika itu dan tempias hujan di sertai angin kuat telah membuat air bertakung hingga ke gelanggang badminton.

Alhamdullillah keadaan sekeliling telah secara drastik berubah menjadi sejuk lagi nyaman. Semua gembira dengan turun nya hujan.

Merenung hujan yang lebat nostalgia wa kembali  akan sebuah lagu lama oleh Neil Sedaka. Kata nya dia ketawa dalam hujan.

Kalau lu klik jangan tumpukan sangat pada paparan images nya ya, wa hanya gemarkan melodi nya…

.

 

Dan krisis air juga sudah melalui penyelesaian  jelas. Pedulikan kaitan politik nya.. hehe.

Bulan March juga menyaksikan kami kembali semula menikmati nasi daun pisang ketika waktu rehat.

.

.

.

Di belakang balai polis  Pekan Pandamaran wa perasan ada kedai baru menjual basikal terpakai yang di import dari Jepun.

Melihat basikal yang banyak lagi beragam dan beraneka jenis membuat wa singgah untuk melihat lihat dari dekat. Sungguhpun begitu harga yang tercatit tidak juga melambangkan ia basikal yang sudah terpakai.

.

Kalau Captain America minta sebuah untuk di kayuh berulang alik dari kolej kediaman ke kelas nya,  rasa ketika itu juga wa belikan.

.

Kemudian muncul lagi suasana baru.

Ketibaan musim bunga …

.

.

 

Dan pada satu pagi sabtu dalam musim bunga wa pergi ke pekan Port Klang untuk bersarapan sekembali dari pasar. Di Restoran Ibundo wa dan mem menikmati roti canai bercicahkan rendang kerang dan semangkuk kecil lagi rendang daging.

Sedap giler… mengambil kata kata orang muda zaman sekarang.

.

Tengahari itu bersama rakan dan bekas rakan sekerja kami memenuhi jemputan kahwin dari Chia.

 

 

Maka tidak lah lengkap jika dalam bulan March 2014 tidak wa catatkan sekali betapa kita dan seluruh dunia mengikuti peritiwa kehilangan penerbangan MH370 dengan penuh debaran dan persoalan akan bilakah pesawat itu akan di temui.

Pada kemuncak nya PM telah mengumumkan bahawa pesawat itu telah mengakhiri penerbangan nya di koridor selatan yang jauh terpencil pada keluasan Lautan Hindi. Tiada yang lebih menyedihkan apabila menerima berita ini melebihi ahli keluarga para penumpang juga kakitangan kabin seta Pilot serta Co-Pilot nya.

Al-Fatihah buat mereka saudara se Islam kita serta ucapan takziah kita pada semua kaum keluarga mereka yang menerima takdir ini..

Lets just be glad we had some times to spend together… haa

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: