Haji Meli..

Hj. Meli memulakan perjalanan bersama seorang rakan seusia yang telah di umumkan melalui blog nya lebih kurang empat bulan yang lepas.

 

 

PENGKALAN HULU 11 April – Selepas bersara daripada perkhidmatan, dua warga emas berhasrat memenuhi impian mereka untuk berbasikal ke Mekah.

Nekad mencapai impian itu, bekas anggota komando Unit Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia Abd Karim Salleh, 64, dan pesara guru, Ramli Yusop, 63, memulakan kayuhan mereka dari Semenyih, Selangor ke Pengkalan Hulu, Sabtu lepas sebelum meninggalkan Malaysia melalui Betong, Thailand hari ini.

Hasrat berbasikal ke Mekah dirancang sejak setahun lalu dan mereka yakin dapat sampai ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Selain ke Mekah, kedua-dua individu itu juga berhasrat ke Madinah serta menziarahi masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Perjalanan kedua-dua mereka yang berasal dari Selangor itu akan melalui India, Iran, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu, Makkah, Madinah, Baitulmaqdis, Jordan, Palestin, Iraq dan Turki.

Menurut Ramli, perjalanan ke Mekah dijangka mengambil masa lebih tiga bulan.

“Saya akan terus melakukan kayuhan selepas pulang dari Mekah bagi membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu melakukan apa yang dilakukan mereka dari negara lain,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum memulakan kayuhan meninggalkan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Abd. Karim berkata, projek kayuhan basikal itu mendapat sokongan dan bantuan Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Veteran Komando Malaysia serta menerima sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Kami hargai dan sanjung tinggi bantuan dan sumbangan semua pihak hingga misi kayuhan ini berhasil,” katanya.

Kedua-duanya yang kelihatan bersemangat berharap hasrat mereka untuk tiba dengan selamat ke destinasi impian dengan hanya berbasikal tercapai. – BERNAMA

 

Mengikuti blog nya kita akan dapati orang tua lasak ini seakan akan tidak lagi mahu  berhenti dari berkayuh. Kayuhan nya kali ini beliau namakan sebagai Kayuhan Lambaian Kaabah.

Selamat maju jaya semoga beliau dan rakan nya akan berjaya dalam misi ini yang wa anggap juga sebagai  lasak giler buat mereka yang seusia Hj. Meli dan rakan nya.

Wa juga akan melakukan aktiviti pengembaraan lasak giler menjelajah semenanjung Malaysia. Wa akan lakukan dengan memandu van tua wa…

 

.. hehehe  alahaiii.

 

5 thoughts on “Haji Meli..

  1. Sdr theolrascal,

    Ketika tugas luar, saya selalu juga ditinggalkan sendirian di hotel Pengkalan Hulu oleh rakan-rakan yang makan angin di negeri orang. Agak menghairan banyak kedai di Pengkalan Hulu diusahakan oleh orang India.

    Like

    1. ujang kutik,

      Jika ada peluang nanti ingin juga saya melihat lihat Pekan Betung di negara jiran kita ini. Tidak pasti tahap keselamatan nya kini kesan dari kemelut politik yang masih belum selesai di Bangkok.

      Seminggu selepas pulang dari Hat Yai dulu berlaku letupan bom di Danok.

      Like

  2. Saudara olrascal,

    Ekspedisi menjelajah semenanjung Malaysia dengan mem ke atau seorang diri. Kalau seorang diri bolehlah saya temankan…. Bagus idea ini.

    Like

    1. PakMail,

      Haha..Terima kasih Pak Mail atas tawaran sebagai teman menjelajah pasti seronok dapat mendengar kisah kd sri perak dan segala cerita navy dari seseorang yang melalui nya sendiri.

      Namun rasa mem tidak juga mahu melepaskan peluang ini ..atau risau saya pergi seorang balik sudah berdua… hehehe.

      Like

comment.