na’im..

 

Sudah 15 tahun ya umur kamu kini ..rupa nya.

 

Kamu semakin menuju kedewasaan  pada pengamatan pakcik.  Kamu juga pakcik lihat lebih cool dan terurus.

Dan rasa nya hari hari nya di mana kucing kucing liar mahupun yang di pelihara di sepanjang  Jalan 10 akan bertempiaran lari menyelamatkan diri sebaik saja terlihat kelibat kamu juga sudah jauh kamu tinggalkan.

Masih segar di ingatan pakcik bilamana kamu menyergah anjing jiran tionghua kita yang sedang tidur. Lalu kamu terkinja kinja menari dan menyanyi oppa gangnam style didepan haiwan  yang sedang menggila menyalak. Hanya rantai dan pagar rumah itu saja yang menghalang ia dari menerkam kamu.

Kemudian tu jiran pakcik yang dah pindah dulu tu pernah mengadu pada pakcik kata nya kamu patahkan logo bintang tiga kereta Mercedes nya. Herot berot muka nya pakcik lihat ketika dia meluahkan nya pada pakcik.

Kenderaan pakcik hanya lah sebuah van buruk yang sudah tua tapi bila mana viper belakang nya kamu patahkan pun pakcik sudah rasa terkedu inikan pula logo kereta  yang menjadi simbol  kemewahan sebuah kereta mahal..

Kemudian nya pakcik perasan kamu berada di mana mana saja. Kamu berada di sebelah jentera jengkaut yang sedang mengorek jalan. Di hari yang lain kamu juga berada diantara para juruteknik yang sedang membetulkan pendawaian talipon. Kamu juga berada di Warung Tok Janggut. Kamu  berada di tepi longkang sekali sekala kamu menjenguk di bawah nya. Kamu lalu lalang di belakang rumah. Kadang pakcik lihat kamu berada dalam bas sekolah Pakcik Atan.

Kamu juga berada di majlis kenduri kendara samada di jemput mahupun tidak. Kamu kelihatan di masjid pada malam jumaat dan di sebelah siang nya pakcik terlihat kamu menggerakan tabung yang terhenti dari pengedaran nya.

Namun setelah berada di seluruh pelusuk kampung kita kamu tidak juga berada di tempat di mana sepatutnya kamu berada….

 

 

Pada satu hari Pakcik bertanya pada makcik..  Na’im ni tidak pergi ke sekolah kah?

Makcik jawab…  Dulu dia bersekolah. Di sekolah dia tidak boleh duduk diam. Dia keluar masuk bilik darjah sesuka hati. Paling malang dia ganggu murid lain. Ibubapa murid lain komplen pada sekolah, guru tidak boleh mengawal nya. Dia hyperaktif.

Pakcik tanya lagi pada makcik..  kalau begitu kenapa tidak hantar dia ke sekolah khas?

Makcik jawab..   Sekolah khas tu ada,.  Tapi sekolah tu jauh di Kg, Delek nu.  Siapa nak hantar.  Mak dia bekerja  kilang di sebelah kedai nasi ayam tu.  Adik adik dia yang lagi dua orang tu pun tidak ada siapa yang menjaga nya.

Pakcik tanya lagi pada makcik… bapak dia di mana?

Makcik jawab.. Entah lah. Bapak dia tu sekejap ada sekejap lagi dah tak ada.

Kemudian pakcik tanya soalan cepuemas pada makcik…  Habis tu masa depan budak tu bagaimana?

Makcik jawab, jawapan cepuemas…   Awak nak tahu awak tanya lah sendiri pada emak nya.

 

in their own world...

 

Dan melalui peredaran masa pakcik tidak lagi terlihat kamu sekerap satu masa dulu.

Kamu pakcik rasa saperti seorang yang streetsmart. Rezeki kamu juga amat murah. Satu ketika pakcik dapati  kamu sentiasa saja mengendong bungkusan makanan pulang ke rumah ketika pulang dari masjid atau dari majlis kenduri atau dari warung tok janggut. Ramai yang menghulurkan wang.

Pakcik Hj. Ramli juga memberitahu pakcik dia ada membawa kamu untuk membuka akaun dalam Tabung Haji untuk kamu. Dan tidak mustahil jika di takdir Allah SWT kamu pula yang naik haji dahulu dari kebanyakan pakcik pakcik di kampung ini termasuk lah diri pakcik ini sendiri… alahaii.

Terima kasih kerana sudi berposing untuk pakcik rakamkan gambar paling atas.

.

Na’m..

.

 

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

3 responses to “na’im..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Catatan ini digubah begitu tertib, sopan dan sangat bertimbang-rasa kepada seorang anak yang bapanya ‘ sekejap ada, sekejap tiada’.

    Saya juga masih terkesan dengan ‘karya’ saudara mengenai foto anak orang asal di Pahang.

    Like

  • Cinta Menora

    Olrascal,

    Saya membaca dengan agak “suspen” kisah si Na’im ini … takut pada kesudahan yang mungkin akan menyedihkan. Tapi alhamdulillah … walaupun di wajahnya jelas terlihat kenakalan, saya yakin, Allah terlalu amat menyayanginya. Doa saya bersertanya ….

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: