east coast express..

Antara perkara paling menarik apabila kita pergi bermusafir adalah kita berjaya melepaskan diri  dari rejim rutin aktiviti kehidupan seharian.

Memulakan perjalanan dengan semangat yang tinggi  penuh kecerian lantas kita leka melayan persekitaran baru yang bukan lagi kebiasaan dan kita juga akan berjaya meninggalkan segala kerunsingan jauh di belakang sejauh jarak perjalanan kita itu. Hehe.

Sempena cuti Hari Pekerja minggu lepas wa pergi lah memandu manda ke Pantai Timur semenanjung negara kita.

Dari Port Klang wa memandu melalui Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Utara. Dari Kuala Kangsar menuju ke Gerik melintasi Tasik Banding ke arah Jeli melaui jalanraya yang menghubungi Timur dan  Barat.

Dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli  ini ada beberape kali wa ternampak akan papan tanda gambar gajah dan tenuk.. Awas Haiwan Liar Melintas. Walaupun tidak wa meminta akan sebarang musibah namun jauh di hati wa mengharap juga dapat melihat gajah atau tenuk melintas dalam keadaan semula jadi nya dari kejauhan.

Oleh kerana sudah hanya berdua maka kebebaasan milik mutlak di tangan kami.  Kami singgah di mana suka  dan makan di mana saja.  Ohh ya .. maksud wa. ‘kami’  itu..  adalah diri wa dan mem.  Just the two of us..

 

Lumrah nya dalam kehidupan masa kini kita di lengkapi dengan segala macam gadget dan applikasi lalu kita pasti tercenderung merakamkan segala gala.  Jangan kita bergaduh laki bini di khalayak. Ingat!.. YouTube tidak pernah melupakan pelanduk…. hahaha.

Apatah lagi kalau kita seorang blogger bertahap hyperaktif ,  kecenderungan untuk merkamkan segala peristiwa adalah tinggi.  Pada pengamatan wa, ..teh ais, tiket bas, ikan kering,  jeruk mangga …. semua nya mereka uploadkan ke social media.

Hah.. lebih kurang macam itu lah juga diri wa yang merakamkan gambar hidangan tengahari di restoran yang verandah nya menghidangkan  permandangan keindahan Tasik Banding.  Tabiat merakam gambar ini tidak ada peraturan tertentu asal tidak mengusik hak atau privasi orang lain, lalu wa hantam kromo sesuka hati.  Tak sempat pakai dslr,  wa bantai pakai handphone. Kadang kadang siap berselfie lagi..hehe.

Perjalanan ini juga adalah medan untuk wa mengenali dslr wa. Sungguhpun tidak banyak gambar yang wa rakamkan  namun ada juga yang wa terlupa  di bandar mana ia di rakamkan.

Kemudian nya wa juga tersedar betapa taksub nya wa akan keindahan pantai pantai dan pengkalan nelayan di sepanjang jalan di persisiran pantai negri negeri Pantai Timur sehingga kebanyakan gambar yang di rakamkan adalah .. sampan dan laut… ahahaha.

Namun tidak pernah juga wa lupa di sebalik kejadian dan keindahan alam tersirat kebesaran Allah SWT.

 

Gambar di bawah ini wa rakamkan ketika berada di pengkalan nelayan pantai di Pantai Sri Tujuh , Tumpat  Kelantan.

Ketika gambar ini di rakam matahari sudah semakin menegak dari arah barat wa. Dan dengan segala masa adalah milik wa, wa bedek lensa secukup rasa. Kelikik.. wa rakamkan.

Gambar ini kemudian nya wa kira sebagai killer lah sebab wa berpuas hati dengan hasil nya. Air yang tenang di tambah pula dengan refleksi bayangan sampan dan daratan di latar belakang.. fuhh.

Lu ingat ingat lah.. boleh kah kita mengkagumi diri kita sendiri? Boleh.. selagi orang lain tidak tahu ...ekekekek.

 

Di situ juga wa bertemu sebuah keluarga dalam sebatang anak sungai sedang leka mengorek pasir mencari sesuatu. Wa bertanya lah dalam Bahasa Malaysia standard pada yang paling senior bertopi lebar di situ dan rasa nya dia juga seorang nenek.

Kak, ..kakak buat apa?”  ” Kami cari tijoh. ”  Tijoh?. Dia kemudian menunjukan wa Tijoh yang di maksud kan. Tijoh adalah spesis kerangan sapertimana kepah dan sebagai nya.  Tijoh tijoh yang berjaya di korek itu kemudian di masukan dalam karung yang berada di dalam baju nya.

Wa juga meneliti geraktanda dari keluarga ini akan reaksi mereka apabila wa angkat kemera sebelum merakam kan gambar, dari reaksi ceria mereka wa anggap kebenaran telah di perolehi.

Bagaimana lah agak nya rasa nya si tijoh ini ye..

 

Kemudian wa teruskan perjalanan ke bandar Tumpat.

Antara mercu tanda Tumpat adalah stesen keretapi nya.  Wa teruskan perjalanan hingga sampai ke kompleks imegresen di muara Sungai Golok. Nun di seberang sana adalah Pekan kecil Tak Bai dalam negara Thailand.

Harga tambang bot untuk menyeberang ada lah RM1. Dari situ pemandu kereta kereta  sewa akan memberi tawaran untuk membawa kita ke bandar Narathiwat dan seterusnya menghala ke utara negara Thailand

Tak Bai mempunyai sejarah hitam antara penduduk islam nya dengan pemerintah dalam  bulan ramadan berbelas tahun yang lepas.

Sebelum mengambil keputusan menyeberang wa ukur juga tahap keadaan nya melalui perbualan dengan orang tempatan. Ketika wa menulis untuk entri ini siang tadi kita di kejutkan dengan beberapa letupan yang berlaku di pekan Hat Yai yang telah mengorbankan nyawa. Hat Yai yang kita ketahui sebelum ini adalah sebuah pekan yang aman yang menjadi tumpuan pengunjung dari negara kita.

.

Pekan Tak Bai kecil saja, wa perhatikan kebanyakan  gerai menjual pakaian yang juga banyak terdapat di pekan pekan lain di sepanjang sempadan sapertimana Rantau Panjang , Padang Besar dan lain lain.

Wa hanya berlegar di kawasan gerai berhampiran jeti.  Namun wa terlihat juga anggota pasukan keselamatan mereka meroda di lengkapi senjata api.

Setelah menyeberang semula ke tanah air wa pun memandu semula ke arah Kota Baru di mana wa telah bermalam pada hari pertama dan kemudian terus  menuju Kuala Trengganu.

 

Selepas solat jumaat wa teruskan perjalanan melalui persisiran pantai bermula dari  Pantai Irama di Bachok.

Di Sudara Beach Resort wa singgah makan tengahari yang ketika itu sudah pun hampir petang.

Di Kuala Trengganu wa check in sebelum Magrib. Malam kami tidak lagi mahu keluar kerana masih kenyang dan faktor paling utama adalah kerana malas.

 

Pagi nya kami bersarapan yang di sediakan oleh pihak hotel. Dari satu sisi  wa perasan di sebalik kemodenan bangunan hotel ia masih mempunyai jiran yang bangunan nya sudah usang. Di bawah ni gambar nya.

Kami pergi ke Pasar Payang.

Sementara mem melayan naluri nye wa juga melayan naluri wa. Dia akan melihat segala macam barangan yang di jual dan wa pula akan melihat segala macam orang yang berada di situ… heheh.

.

.

Selepas Pasar Payang kami terus saja menuju arah Bandar Kuantan.

Trengganu yang mempunyai persisiran pantai sejauh 244km akan wa ukur dengan mata.

Dan berikut adalah sebahagian  gambar yang wa rakamkan buat tatapan kepada yang sudi juga secara tak lansung menjadi arkib  journal perjalanan yang mungkin akan wa baca semula 10 tahun akan datang .

Itu pun wa tak pasti siapa kah yang akan pergi dulu,  blog di WordPress ini kah atau diri wa kah?. Jangan memain weiii.. ramai blogger yang telah pergi meninggalkan blog. Kecik kecik dulu mana ada blog, dah tua ni ujud pula blog. Blogging ni wa lihat macam sesuai saja  di jadikan hobby buat kita kita ni  yang telah berumur.

So wa ucapkan happy blogging kepada semua blogger di luar sana dengan ucapan … blog lah apa suka dengan harapan mereka yang membaca suka maka kita pun turut suka.

And i said to myself.. what a wonderful world…

 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Di bawah ini permandangan Pantai Balok di Kuantan.

Wa bermalam di bandar Kuantan.  Wa selak langsir bilik penginapan wa di hidangkan pula permandangan indah Sungai Kuantan.

Kuantan adalah bandar happening. Banyak yang ingin wa lawati dan lakukan tidak berkesempatan kerana peruntukan  masa untuk wa berada di sini hanya lah setengah hari siang.

Sungguhpun begitu wa bersyukur dalam masa yang singkat itu wa bertemu dengan Abang Jaafar yang sepuluh tahun senior dari wa berserta rakan se-projek beliau   Hj. Man.  Isteri  Abang Jaafar yang kami panggil sebagai Alang sudah lama berada dalam circle mem wa. Kami pernah makan lauk asam pedas melaka di rumah keluarga Alang di Melaka.

.

Mereka berdua ni mengusahakan tanaman cendawan spesis Silver Oyster. Ketika wa tiba lokasi inkubator cendawan mereka, hasil nya baru saja di tuai dan telah pun di pasarkan.

Banyak penerangan yang Abang Jaafar terangkan pada wa mengenai cara cara penjagaan tanaman, pasaran nya juga rancangan pembesaran di masa hadapan. Buat seketika wa rasa macam wa seorang Menteri Pertanian lah pulak…ekekek.

Hj Man muncul semula setelah menghilang buat seketika. Dia menghulurkan kami sekilo dua cendawan.. alahaii.  Thank you ..thank you. Buah tangan itu pun sudah mem wa masak buat sup. Sedap bukan main Silver Oyster ni weiii.

 

Kemudian wa di bawa pulak melawat kampung di persisir Sg. Belat. Kami pergi melawat jeti pemancing. Lain kali nak mancing boleh lah datang.

Kata  Ina … sampan fibre nya berserta enjin serta minyak nya sekali boleh  di sewa dengan harga RM50 sehari suntuk. Alahai  murah tuu ..  boleh jenuh memancing.

.

.

Kemudian Abang Jaafar escort pula  Menteri Pertanian melawat perusahaan membuat bot atau tongkang besar jenis belayar di lautan dalam.

Di bengkel itu kapasiti nya hanya dua buah tongkang setahun. Hari wa buat lawatan itu seorang tukang saja yang bekerja. Kata nya yang lain sedang bercuti.  Selain itu masih ada dua orang lagi yang sedang melakukan kerja kerja finishing touch pada tongkang yang sudah hampir siap di tepi sungai.

.

.

.

Satu ketika wa dan Abang Jaafar berteka teki akan bagaimana kah bot yang sudah siap di bengkel itu di bawa ke tepi sungai. Patut nya susah susah tanya saja tukang tadi tu..hehe.

Di akhir lawatan kami minum di Warung Mak Leha. Mungkin yang berdiri itu anak nya. Kemudian setelah hampir pukul dua belas kami minta diri kerana perlu check-out dari hotel.

.

Kami pun pulang.  Apa barang Menteri Pertanian terkial kial memandu sendiri kereta….

 

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

8 responses to “east coast express..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: