writer’s block…?

Satelah sekian waktu maka hari ini wa merakamkan siaran baru.

 

Kali terakhir setelah  lama tidak bersiaran, seketika dulu  ada rakan blogger bersangka wa sudah pulang ke rahmatullah. Buat seketika wa juga berasa sedikit terhibur dengan sangkaan saperti itu.  Al maklumlah memandangkan umur kita yang semakin meningkat dan kian dekat. Namun jika kemudian nya secara tiba tiba kita pula jatuh sakit yang kesakitan nya agak luar dari biasa maka kita sendiri pun akan bersangka sangka ‘adakah masa ku sudah sampai’.. alahaii.. haha.

Sebagai penulis blog wa juga mengalami sindrom writer’s block. Segan juga wa nak menyebut nya. Bila wa sebut sindrom itu maka perasan nya saperti wa mengangkatkan  diri wa persis penulis penulis yang telah menghasilkan novel novel bestseller. Malu pulak rasanya, dengan blog yang di kunjungi tak seberapa kerat ini, wa mengalami writer’s block! . hehe.   Kalau lah wa bergantung hidup daripada hasil penulisan sebagai punca pendapatan maka lama sudah wa mati kebuluran. Harapkan jambang saja yang akan semakin panjang. Sungguhpun begitu selama wa tidak bersiaran, wa juga telah melalui beberapa fasa dalam kehidupan ini.

Gambar burung merpati di atas itu wa rakamkan di tingkat lapan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.  Beberapa ekor lagi sedang memakan cebisan cebisan roti yang wa hulurkan berdekatan dari katil di mana Ayahanda wa sedang berbaring.  Di rumah nya dia juga sering memberi makan pada burung burung liar yang singgah di atas tembok rumah. Ayahanda wa di masukan ke wad setelah mengadu sesak nafas sejak empat hari yang lepas.

Seketika kemudian doktor memanggil wa dan menerangkan akan tahap keadaan kesihatan nya yang semakin menurun dan meminta wa menandatangani dokumen. Mendengar penerangan doktor kaki wa serta merta terasa sejuk. Apabila dia mengadu sendi sendi nya sakit wa urut urut kaki nya sambil menyuruh nya berzikir zikir.  Apabila wa pulang bertukar giliran penjagaan nya wa berikan pula penerangan kepada abang dan adik wa yang akan menjaga nya.  Bermacam macam yang melintas di fikiran.

Lalu wa teringat satu ketika dulu selepas kami pekena teh tarik  di restoran mamak dia secara tiba tiba menyuruh wa memberhentikan kereta. Kata nya dia ternampak sahabat lama nya di depan deretan kedai. Sebelum keluar dari kereta  dia menyeluk nyeluk poket nya. Menyedari ketiadaan wang dia meminta dari wa dan wa berbesar hati memberikan pada nya. Wang itu kemudian diberikan pula kepada kawan nya. Wa lihat mereka amat riang sekali dapat bertemu dan bertanya khabar. Katanya itu adalah rakan nya semasa muda.

Setelah pulang ke rumah wa saling berhubungan dari semasa ke semasa dengan adik dan abang wa dari hospital. Tengah malam itu adik wa memberitahu akan keadaan nya. Wa sudah hampir siap untuk ke hospital semula bila mana wa menerima satu lagi panggilan menyatakan Ayahanda kami telah  kembali ke rahmatullah.  Innalillahiwainnailaihirojiun, Ayahanda kami telah meninggal dunia di pagi Jumaat 16 May 2014. Umur nya 82 tahun.

Semoga segala dosa dosa nya diampunkan dan ruh nya sentiasa cucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

9 responses to “writer’s block…?

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: