dearland..

Sabtu lepas wa dan 3 rascals wa pergi ke Kuala Gandah, Pahang.

Rasa wa antara tempat menarik dan sesuai untuk di lawati ketika cuti sekolah bagi penduduk Lembah Klang khas nya adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang.

Menarik nya pada wa adalah kerana lawatan ke pusat konservasi ini sekali sekala dapat mengalihkan anak anak kita dari suasana bandaran kepada suasana hutan dan mengenali kehidupan haiwan liar sebenar dari haiwan yang bukan bukan saperti  Angry Bird dsb nya..

Selain paling sesuai kerana lokasi nya yang kurang dari dua jam pemanduan kereta yang berjarak lebih kurang 115km dari Ibu Kota Kuala Lumpur masuk adalah percuma!  Mereka hanya berharap kita memberikan sedikit sumbangan ikhlas. Kalau kita membawa bekalan makanan kegemaran kita semasa pergi berkelah maka ia akan lebih menjimatkan.

Pada pukul 2.30 petang itu 6 ekor gajah di bawa mandi di sungai berdekatan .

.

Di tepi sungai di pusat itu wa perasan ada kerja kerja pembinaan sedang berlaku. Rasa nya mereka mungkin membuat pelantar untuk orang ramai menyaksikan acara acara sungai saperti aksi gajah mandi dsbnya.

.

Selepas acara mandi di sungai gajah gajah itu naik dan berbaris di kawasan pentas pertunjukan. Pengacara renjer pusat memperkenalkan pada pengunjung nama nama setiap gajah itu sambil masing menunjukan aksi kebolehan dan kelebihan setiap haiwan yang amat istemewa ini.

Di akhir acara,  pengunjung berpeluang memberi makanan yang telah juga di sediakan percuma oleh pusat  kepada gajah gajah itu. Wa lihat mereka menyediakan buah buah betik  masak yang telah di potong potong.

Selepas lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan kami pergi pula ke Taman Rusa ‘ Deerland ‘ yang juga berdekatan. 

Wa perasan taman rusa ini ini semasa membelok simpang ke arah Kuala Gandah. Taman rusa di Lanchang ini di usahakan oleh pihak persendirian.  Tiket masuk adalah RM6/seorang. Di dalam nya, selain rusa rusa yang menjadi tarikan utama mereka juga ada haiwan haiwan lain saperti beberapa spesis burung dan ular sawa.

 

Kata rascals wa melihat rusa rusa itu  mengingatkan mereka  akan cerita animasi oleh Waltz Disney.. Bambi yang  berulang ulang kali mereka tonton dari Cartridge Video Player semasa mereka kecil.

.

Kami lalui lorong lorong yang telah tersedia di sepanjang kadang kandang haiwan. Taman ini adalah  zoo mini sebenarnya.

 

 

Dan kemudian di antara lorong lorong itu wa perasan sejenis tumbuhan dari spesis bunga sepit udang yang tidak pernah wa lihat lagi sebelum ini.  Setelah wa google wa dapat lah serba sedikit maklumat mengenai spesis ini.

Scientific name: Heliconia chartacea ‘Sexy Pink’

Common name: Pink Flamingo Heliconia

Family: Heliconiaceae

Origin: Guiana and Brazil

Category: Tropical perennial herb

 

Melawat di kedua dua tempat tempat menarik ini tidak lah mengambil masa yang panjang.  Selepas keluar wa pandu semula kearah Lebuhraya Pantai Timur dari susur keluar Lancang sapertimana wa datang pada mula nya tadi.

Namun kemudian oleh kerana masih mempunyai masa kami terus menuju arah Kuantan.

Sebelum berpatah semula arah Kuala Lumpur untuk pulang kami mengambil peluang ronda ronda  Bandar Ikan Patin, Temerloh.

.

Melihat bagaimana gajah gajah di Pusat Konservasi beraksi  cemerlang wa percaya pasukan Tok Gajah yang telah mengalahkan JDT  pasti akan menjunjung pulang Piala FA sabtu ini. 

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “dearland..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: