kellie’s coolies..

Petang sabtu yang lalu kami melakukan satu driving trip ke Ipoh. Oleh kerana sudah lewat petang kami terus menggunakan Lebuhraya Utara Selatan tanpa singgah di mana mana lagi.

Pada hari minggu kami memandu pulang melalui Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak lalu  menembusi daerah Teluk Intan dan menuju ke  Sabak Bernam dan seterus nya melalui persisiran pantai Negeri Selangor hingga ke Pelabuhan Klang.

Di Batu Gajah kami singah melawat Kellie’s Castle dan sudah selaluan kami singgah juga di Kompleks Sejarah Pasir Salak di tepian Sg. Perak di Mukim Kampung Gajah..

Mengikut sejarah nya istana yang tak sempat siap ini adalah kepunyaan William Kellie Smith.  Kellie dilahirkan  di Scotland pada tahun 1870.

 

Sementara itu,  pada tahun 1874 dan ketika si Kellie ini sedang berlari lari sebagai kanak kanak riang di Scotland sana tu,  di  Tanah Melayu pula khusus nya di Negeri Perak ini  seorang lagi orang putih dari England yang bernama  James Wheeler Woodford Birch berumur 48 tahun  telah di lantik sebagai British Resident yang pertama.

.

Tugas British Resident ini adalah sebagai Penasihat Kerajaan British untuk Sultan Perak.

James Wheeler Woodford Birch yang  lebih mudah kita ingati  sebagai  JWW Birch  dari sejarah di sekolah menengah dulu bagaimanapun telah mati di bunuh semasa sedang mandi di atas pelantar mandi terapung nya di Sungai Perak di Pasir Salak dalam tahun berikut nya lebih tepat lagi bertarikh  2 November 1875.

Ketika berada di tepian sungai di kompleks itu wa cuba cuba juga membayangkan akan peristiwa pembunuhan JWW Birch serta suasana persekitaran di lokasi itu yang sudah hampir menjangkau 140 tahun dulu.  Wa juga cuba nak pastikan setepatnya di lokasi mana pelantar mandi Tuan Birch itu di tambatkan.

Ada beberapa fakta yang tidak konsisten mengapa beliau di bunuh. Ada yang mengatakan beliau di bunuh kerana menghapuskan perdagangan hamba abdi yang di monopoli oleh Dato Maharajalela.

Ada juga yang mengatakan Birch ini berkurang ajar tidak menghormati adat serta amalan tradisi orang orang melayu setempat ketika itu. Bagaimanapun mengikut sejarah nya Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Pandak Indut telah di hukum gantung kerana pembunuhan Birch.

.

Itu tadi kisah di Pasir Salak..

Berbalik semula kita ke kisah si Kellie ini tadi, ….setelah 15 tahun peristiwa pembunuhan Tuan Birch berlalu maka dalam tahun 1890, William Kellie Smith yang sudah menjadi orang muda berusia 20 tahun pula  menjejakan kaki nya  di Malaya untuk bekerja sebagai Jurutera Awam dan rakan dagangan dengan syarikat juruukur yang juga sudah mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk membuka tanah hutan seluas 9000 hektar di Batu Gajah.

Kerja punya kerja lalu banyak lah keuntungan yang di perolehi. Kemudian Si Kellie ni beli pulak 1000 ekar tanah hutan buat tanam getah dan mencuba cuba pula industri perlombongan bijih timah. Dia menjadi kaya bukan main weii..  kaya giler.

Dua puluh lima tahun kemudian setelah  jadi kaya giler,  ..itu yang dia dirikan istana yang pembinaan nya di mulakan pada tahun 1905.  Batu bata dan para tukang dia impot dari Madras, India.

.

Termasuk dalam rancangan nya adalah elevator yang di jangka menjadi yang pertama se Malaya untuk menara 6 tingkat nya selain gelanggang Tennis dalaman dan laman hiburan di atas bumbung.

Malang nya ketika membuat lawatan pendek ke Lisbon, Portugal dalam tahun 1926, Kellie mendapat demam selsema lalu meninggal dunia ketika umur nya 56 tahun.

Maka itu lah istana yang tak sempat siap yang kini menjadi antara tarikan pelancong ke Negeri Perak, termasuk lah wa sendiri.. hehe. Maka dengan itu tamat lah sudah sedikit dari olahan sejarah memandai mandai wa ..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “kellie’s coolies..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: