peperangan itu..

Masa terus berlalu..

Bagaimanakah  harus wa gambarkan perasaan seorang datuk dan seorang nenek yang sedang di kelilingi keriangan cucu cucu nya yang ramai.

Dari sudut apakah juga yang di lihat oleh mereka berdua kepada semua insan insan itu yang sedang meniti alam kedewasaan dalam zaman yang sudah pun amat jauh berbeza dari segala yang telah di lalui oleh nya.  Ketika wa menulis ini  hampir setahun sudah sejak momen itu di rakamkan. Dan mereka semua telah pun beredar dari segala situasi semasa dan telah pun menuju ke hadapan.  Namun di sebalik keriangan itu siapa lah kita untuk mengetahui peperangan apakah yang telah  setiap dari mereka tempuri selama ini.

Sebahagian dari mereka telah pun merasai kepedihan dari keputusan rayuan ke UPU di tolak dan sebahagian lagi  akan melalui putaran nya, membuat persedian menghadapi  dan pasti juga akan melalui debaran dari penantian keputusan peperiksaan besar SPM, seterus nya meraikan  atau mungkin juga meraung dari kegagalan memasuki Universiti.

Sementara sebahagian  lain baru saja menjejakan  kaki ke alam berumah tangga maka sebahagian lagi sedang melalui debaran menantikan saat di nobat sebagai suami isteri.  Yang sudah bercahaya mata kadangkala terserlah kecelaruan kesan daripada keserabutan mengurus bahtera yang sering di lambung ombak.

Sambil sebahagian akan  mengikut saja kemana arus tuntutan kehidupan itu mengalir sebahagian lagi sudah pun merasai keperitan menentang nya. Kemanisan dan kepahitan kehidupan itu akan saling berganti. Namun kehidupan ini tidak lah terbahagi di antara kepahitan dan  kemanisan nya semata mata. Tanya lah pada insan yang sedang duduk di tengah tengah itu yang sudah lama merasa akan asam dan garam nya sekali.

Masa terus berlalu..

Semua nya telah berlalu semalam.  Meninggalkan nya demi beredar kehadapan kadangkala terlalu sukar namun setelah sekian waktu kita pasti dapati bahawa kita telah membuat keputusan yang terbaik. Kita semua akan terus menghadapi peperangan kita masing masing selagi hayat di kandung badan dan sebahagian besar dari peperangan itu pasti lah bermedan di dalam diri kita sendiri. Kemudian kita berpelukan dan sebaik saja mahu melepaskan nya, kita sedari bahawa kita telah di peluk lebih erat sebenarnya. Dan masa itu pasti berlalu…

25 Jun 2014.
Port Klang.
 

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

One response to “peperangan itu..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: