little prairie..

Pada pertengahan tahun tahun 70’an dulu RTM menyiarkan satu siri drama keluarga bertemakan Western American bertajuk Little House on the Prairie .

Drama ini berlegar di sekitar kehidupan sebuah keluarga di sebuah ladang di mana watak utama nya adalah Charles Ingalls, isteri nya, Caroline, seorang suri rumah dan empat anak perempuan mereka Mary, Laura, Carrie dan Grace.

Apa yang menarik perhatian wa dulu adalah permandangan latarbelakang nya. Dalam satu scene yang siknifikan pada drama ini menyaksikan Laura sedang berlari lari di satu kawasan  Prairies yang keemasan, dan luas terbentang.

Dan pada Sabtu petang yang lepas sehari sebelum ketibaan Ramadan, wa memandu wagon wa ke Pulau Indah dan di sana wa bersua dengan kawasan Prairie  sapertimana yang di pamirkan dalam drama itu.. hehe.

Kawasan Little Prairie of Pulau Indah wa ini pasti lah kesan dari suhu cuaca panas terik dan di tambah pula ketandusan hujan buat sekian waktu sudah.  Maka wa ingin mengambil kesempatan mencuba cuba bereksperimen merakamkan  kawasan yang cantik keemasan dan juga terbentang ini.

Menatap nya semula wa dapati ia tidak terhasil sangat saperti yang wa harapkan namun wa siarkan sebagai salah satu hiburan selain memastikan blog ini terus ‘hidup’ dan dalam mode aktif.. haha. 

.

.

.

.

Laura Ingalls wa sedang bergurau gurau di atas wagon..

.

.

Namun Little House on the Prairie dalam keadaan semula jadi nya tidak mungkin mempamirkan permandangan lautan kerana ia terkunci di tengah  daratan yang amat luas.

Dalam perjalanan pulang petang sabtu itu, wa masih tidak juga dapat menahan diri dari merakamkan permandangan lautan.

Permandangan jeti nelayan saperti yang di bawah ini walaupun sudah berkali kali wa merakam nya namun wa tetap juga singgah dan berhenti untuk merakam nya buat sekian kali.

Selamat berpuasa wa ucapkan kepada semua pengunjung blog ini ..

 

 

 

6 thoughts on “little prairie..

  1. Saudara ol’rascal,

    Salam lebaran. Minal aidin wal faizin. Riang ria disamping keluarga sempena eidul fitri yang mulia ini. Dari PakMail….

    Like

    1. PakMail,

      Terima kasih Pak Mail.

      Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Pak Mail sekeluarga.
      Juga saya memohon kemaafan zahir dan batin jika selama berinteraksi di alam cyber boleh juga ujud terkasar bahasa dan sebagai nya jika ada.

      Selamat Maju Jaya buat blog ” Catatan Pak Mail “.

      Like

  2. Sdr theolrascal,

    1. Kita tidak akan pernah dewasa (tua) dengan momen-momen lampau yang tidak terlupakan.

    2. Siri itu diterbitkan pada tahun 1974-1983. Di mana dan bagaimanakah kita ketika itu?

    3. Mungkin ketika itu saudara belum lagi memiliki minat yang ekstrim terhadap alam semulajadi (termasuk laut).

    4. Sayangnya program TV tempatan tidak berminat menerbitkan siri-siri seperti itu.

    Like

    1. ujang kutik,

      Kadang kadang saya cuba menghayati kehidupan kita ini. Mengutarakan soalan soalan dan mencari cari sendiri jawapan nya. Tidak lah penghayatan itu menjadi lebih afdal selain dari ketika ia nya berada dalam bulan ramadan.

      Terima kasih atas kunjungan ke blog saya ini dan peringatan sdr akan malam malam terakhir Ramadan
      di blog sdr. Semga kita semua mendapat Rahmat Nya.

      Tahniah atas kemahiran baru ” mengoreng char koey teow ” yang saudara perolehi. Saya yakin pasti uummph.

      Like

comment.